Jul 24, 2013

PEMANTAUAN PLN RENANG





Tarikh : 22 Julai 2013
Tempat : Gimnisium MSNPs
Masa : 5ptg

Kehadiran

1) Jurulatih En. Mohd Yusoh Bin Bakar
2) Atlet lelaki 4orang atlet perempuan 5 orang

Latihan

Latihan untuk menguatkan kekuatan otot supaya ketahanan fizikal akan tinggi semasa berada didalam kolam renang. Antara latihan yang dilakukan adalah Biceps curl iaitu latihan menguatkan lengan dan latihan squart untuk kekuatan kaki.

Kecederaan

Tiada kecederaan yang dialami, cuma atlet cepat keletihan kerana berpuasa.

Ulasan

Atlet masih tidak lagi menepati masa latihan dan mereka juga masih tidak memberi tumpuan serta melakukan dengan betul semasa latihan dijalankan.

--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

Jul 22, 2013

PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT





Tarikh : 17 Julai 2013
Tempat : Dewan Angkat Berat, MSNPs
Masa : 10.00 malam

KEHADIRAN
- JSM Mohd Faiz Musa
- Atlet 4 lelaki, 2 perempuan

LATIHAN
Clean & Jerk
- C. pull
- B. Jerk
- Press

PERALATAN
- tiada (set peralatan baru dari pihak cawangan masih belum diambil)

PERTANDINGAN
- Kejohanan Angkat Berat Putrajaya pada 17-20 Oktober 2013

KECEDERAAN
- tiada

ULASAN
1. Latihan masih dijalankan pada sebelah malam sepanjang Ramadhan bermula jam 10 sehingga 12 malam.
2. Kehadiran atlet hanya melibatkan atlet senior sahaja.
3. Kebanyakan atlet junior hanya berlatih di waktu petang dan hanya melibatkan segelintir atlet sahaja. Ada atlet yang terpaksa menangguhkan latihan akibat terlibat PMR dan SPM.
4. Perbincangan JSM untuk menghantar atlet untuk program attachment bersama PLN Kedah pada penghujung Oktober nanti.
5. Atlet kini bersedia untuk kejohanan di Putrajaya pada Oktober nanti.

Sekian. 

--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

PEMANTAUAN PLN SEPAK TAKRAW





Tarikh : 17 Julai 2013
Tempat : Dewan Rakan Sukan, MSNPs
Masa : 6.00 petang

KEHADIRAN
JSM 1. Rosli Mansor
        2. Aziz Abdullah
Atlet 20 orang lelaki

LATIHAN
- Regangan
- Kecergasan
- Kemahiran Individu
- Latih tubi
- Servis
- Umpanan
- Rejaman
- Warm Down

PERALATAN
- tiada

PERTANDINGAN
- tiada

KECEDERAAN
- tiada

ULASAN
Latihan dijalankan pada jam 5.30 petang pada bulan Ramadhan
- Kehadiran atlet setiap kali latihan amat memuaskan kerana kebanyakan atlet telah dipindahkan dan ditempatkan di SMK Syed Hassan sepenuhnya.
- Proses penempatan atlet telah dibantu sepenuhnya oleh JPN Perlis.
- Cuma, kekurangan pertandingan di peringkat kebangsaan untuk atlet pembangunan Pelapis di mana JSM terpaksa mencari alternatif kejohanan yang lain untuk tahun ini.

Sekian.

--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis