Dec 31, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT

TARIKH            : 30 DISEMBER 2015
TEMPAT           : Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA               : 5.30 Petang
KEHADIRAN
1)  JSM Rusli Othman
2)  JSM Mohd Faiz Musa
Atlet : 12 orang atlet (12 L, 5 W)

UJIAN
-Tiada-
LATIHAN
1)   Warm Up 
2)   Front Squat
3)   Clean & Jack
4)   Clean Pull
5)   Cooling Down
PERTANDINGAN
-Tiada-
PERALATAN
Yang sedia ada
KECEDERAAN
-Tiada-
PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1.Kehadiran atlet ke sesi latihan adalah seramai 17 orang termasuk atlet Elit dan seorang atlet  baru wanita Negeri Perlis.
2.JSM memaklumkan program latihan pendedahan atlet wanita ke pusat latihan serantau Negeri Kelantan adalah satu ketetapan dan pendedahan yang amat baik untuk atlet angkat berat wanita Negeri Perlis.
3.JSM juga memaklumkan dan berharap agar program seperti itu dapat diteruskan pada setiap tahun.

Sekian terima kasih
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan







LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN SEPAK TAKRAW


Tarikh : 29.12.2015
Masa : 05.00 Petang
Tempat : Dewan Terbuka MSNPs
Kehadiran :
Jurulatih
1. En. Aziz Bin Abdullah
2. En. Rosli bin Mansor
Atlet : 18 orang

LATIHAN
1. Wamp up
2. Latihan kemahiran mengawal bola
3. Latihan tubi dan kawalan bola

UJIAN
Tiada
PERTANDINGAN
Tiada
KECERDERAAN
Tiada
PERALATAN
Peralatan yg sedia ada
PROGRAM BINAAN
1. Kejohanan dalaman

ULASAN
1.  Latihan seperti biasa dan berjalan lancar kerana proses naik taraf dewan telah siap sepenuhnya. 
2.  Latihan ditumpukan untuk penyediaan kejohanan bagi tahun 2016.
3.  Bagi atlet pelapis JSM memaklumkan bahawa latihan akan berjalan seperti biasa bagi persiapan     kejohanan MSSPs yang akan bermula pada bulan MAC 2016.

Sekian terima kasih
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan






Dec 23, 2015

LAPORAN PEMANTUAN PLN SUKAN MEMANAH

TEMPAT  : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan Negeri
TARIKH  : 23/12/2015
MASA    : 8.00am-11.00am
JSM    : 1. Muhd Zain Shaffee
             2. Aiman Hafizuddin Kamarzaman JPM MSNPs
             3. Norizham Ishak JPM MSNM
        
ATLET : 4 Lelaki, 5 Wanita
LATIHAN : Warm Up, Shoot Frome, 40m Shoot, 30m Shoot.
ULASAN :
Seramai 9 orang atlet yang hadir pada sesi latihan pagi di mana semua atlet tersebut merupakan atlet yang tersenarai bagi pemilihan sukma 2016 nanti. Seperna cuti sekolah semua atlet pelapis negeri dan sukma dapat menjalani sesi latihan bersama pagi dan petang yang dibantu oleh jurulatih dari MSNM En Norizham Ishak yang kebetulan pulang ke kampong halamannya bercuti. Semua atlet dan jurulatih negeri mengambil kesempatan menjalani latihan bersama En Norizham memperbaiki teknik dan setting dalam latihan tersebut selain bertukar-tukar pandangan dan idea untuk program latihan memanah di PLN Perlis. Pihak Unit mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian JPM En Norizham dalam membantu atlet PLN Perlis menjalani latihan sepanjang beliau berada di Perlis.




Dec 21, 2015

LAPORAN KEM TAHUNAN USPTN PERLIS 2015

KEM TAHUNAN USPTN PERLIS 2015

TEMPAT : SISTEM PENYELIDIKAN FRIM JALAN KAKI BUKIT PERLIS
TARIKH : 14-16 DISEMBER 2015

SUKAN : 1. OLAHRAGA - 6 P,14 L (20)
                 2. TINJU - 18 L
                 3. ANGKAT BERAT - 4P,9L (13)
                 4. L.BOWLS - 2P,6L (8)
                 5. T.BOWLING - 3P,7L (10)
                 6. TENIS  - 3P,6L (9)
                 7. S.TAKRAW - 8L

 JUMLAH : 18P,68L = 86 ORG

 TINTATIF PROGRAM

 HARI PERTAMA (14 DIS 2015)
 9.00 am-10.00am : Pendaftaran bertolak ke Kem Frim
11.00 am-12 pm : Sesi pegenalan
12.30 pm - 2.00 pm : Taklimat kem/Persiapan Makan/Solat
2.00 pm - 4.00 pm : Ice Breaking/LDK
4.00pm - 6.30 pm : Persiapan Tempat/solat/persiapan Makan
7.00 pm - 8.30 pm : Solat magrib/Isyak
8.30 pm -11.30 pm : Pengurusan masa/LDK/Taklimat Survival
11.30 pm : Lampu tutup
2.30 am :Emergency RV

HARI KEDUA (15 DIS 2015)
5.00 am-7.30 am : Solat Subuh/Kuliah Subuh/Selamat Pagi Donia/Sarapan
8.00 am - 1.30 pm : Survival/Eplorace/Makan tengahari
2.00 pm - 5.30 pm : Obstacle Game/Asar/LDK
5.30pm-6.30pm : Persiapan Makan
7.00pm-8.30 pm : Solat magrib/isyak
8.30pm-10.30 pm : motivasi/mlm kebudayaan
10.30 pm - 11.30 pm : Peperangan
11.30 pm : lampu tutup
2.30 am : Emergency RV

HARI KETIGA (16 DIS 2015)
5.00 am - 7.30 am : Subuh/Kuliah/sarapan/Selamat Pagi Donia
8.00am - 9.00am : Jungle Treking
9.00am-10.30am : Refleksi
10.30 am - 11.00 am : Persiapan Majlis Penutup
11.30 am-12.30pm : Majlis Penutup
2.00pm : Bertolak Pulang

ULASAN

Seramai 86 orang atlet dan 7 sukan yang terlibat dalam Kem Tahunan USPTN Perlis 2015, Kem tersebut  bertempat di Sistem Penyelidikan FRIM Jalan Kaki Bukit Perlis dan melantik Perunding Program (Consultant) dari Syarikat X4s Tactical Enterprise begi menjayakan program tersebut disamping dipantau oleh USPTNPs selama tiga hari dua malam. Objektif utama kem tahunan kali ini adalah memupuk semangat kerja sama, disiplin, berdikari dan pengurusan masa yang betul. Seramai 8 orang fasilitator dari Team X4s yang terlibat. Semua atlet menunjukan semangat yang tinggi dalam setiap program yang diadakan dan pihak USPTNPs mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak X4s kerana membantu menjayakan kem tahunan pelapis 2015. Majlis penutupan pihak unit menjemput tuan pengarah MSNPs En Syaiful Rizal Muhd Sukri,Pegawai Pembangunan Negeri En Noor Zaidi Hamad, En Hairul Anuar Abu Bakar dan wakil dari pihak Frim bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Tepat jam 3.00ptg semua atlet bergerak pulang ke MSNPs.






























Nov 23, 2015

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS NEGERI PERINGKAT ZON AKHIR 2015 - PERLIS

TARIKH                        : 11 hingga 15 November 2015
TEMPAT                       : Johor Bharu, Johor
MASA                           : 
8.00 Pagi – 7.00 Petang

KEHADIRAN
1)      3 orang Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) USPTNPs
2)     10 orang JSM Negeri Perlis
3)     45 Atlet Pelapis Negeri Perlis (34 lelaki dan 11 wanita)

PERTANDINGAN
Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Akhir 2015

KEPUTUSAN PENUH NEGERI PERLIS SAHAJA
KEDUDUKAN PINGAT MENGIKUT SUKAN
BIL
SUKAN
EMAS
PERAK
GANGSA
JUMLAH
1
ANGKAT BERAT
2
4
4
10
2
OLAHRAGA
1
3
3
7
3
TINJU
0
0
1
1
4
SEPAK TAKRAW
0
0
0
0
5
MEMANAH
0
1
0
1
JUMLAH
3
8
8
19


ULASAN
1.         Ini merupakan Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Akhir Siri 2015 yang diadakan di Johor Bharu bermula dari 11 Nov hingga 15 Nov 2015. 5 sukan dipertandingan dalam kejohanan kali ini iaitu Angkat Berat, Sepak Takraw, Olahraga, Tinju dan Memanah. Kontinjen Negeri Perlis dengan kekuatan penuh seramai 45 orang atlet, 10 orang jurulatih dan 3 orang pegawai telah menyertai kejohanan ini.
2.         Prestasi atlet Pelapis Negeri Perlis agak memuaskan bagi semua sukan dimana setiap sukan berjaya menyumbang pingat kepada Negeri Perlis kecuali sukan sepak takraw. Sukan Angkat Berat  menjadi penyumbang pingat utama bagi kejohanan kali ini dengan  menyumbang 2 emas, 4 perak dan 4 gangsa. Manakala sukan olahraga menyumbang 1 emas, 3 perak dan 3 gangsa. Sukan Tinju hanya menyumbang 1 pingat gangsa dan sukan Memanah pula menyumbang 1 perak. Menjadikan keseluruhan pingat bagi kontijen Negeri Perlis adalah sebanyak 3 emas, 8 perak dan 8 gangsa.
3.         Cuaca sepanjang kejohanan berlansung agak baik pada sebelah pagi dan sedikit hujan pada sebelah petang. Tiada sebarang kecederaan  dilaporkan pada sepanjang kejohanan ini berlangsung.
4.         Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah USPTN Johor diatas kejayaan menganjurkan kejohanan ini. Atlet akan cuba untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan mereka akan mempamerkan persembahan yang terbaik.

Sekian, terima kasih.


DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

Oct 29, 2015

PROGRAM BINAAN - KEJOHANAN DALAMAN SUKAN PELAYARAN OKTOBER 2015

TARIKH : 24-25 OKT 2015
TEMPAT : PLN Timah Tasoh
MASA : 9.00 am- 5.00 pm

KEHADIRAN
1. JSM Azro'in Mahmud
2. JSM Salehoddin 
3. Encik Hafiz (Pegawai Fisiologi ISN)
4. Encik Sukri (Penyelaras Sukma MSNPs)
2. Atlet 12 orang (8 lelaki, 4 wanita)


PROGRAM BINAAN
- Kejohanan dalaman Bulan Oktober 2015

KEPUTUSAN KEJOHANAN PERLIS TERTUTUP OKTOBER 2015
 
Optimist Class
1. Anuar Irfan Idris
2. Siti Nabilah Yusseran
3. Muhammad Daim b. Muhd Fauzi
4.  Nur Adlina Nazreen Ahmad Nazri

Dinghy Class
1. Anuar Hudzaifah Mohd Idris
2. Farhana Balqyss Muhamed Muhairiss
3. Muhammad Shafiq Salahuddin
4. Muhammad Eizlan Nizam
5. Muhammad Rizuwan Muhd Rizal
6.Farahin

Windsurf
1. Nur Iman Yazin Jaafar
2. Muhammad Alif Yazin Jaafar

KECEDERAAN
- Seorang Atlet wanita InSyira Iriena bt Shamsul mengalami kecederaan di bahu
  kanan akibat terjatuh di rumah, beliau telah membuat pemeriksaan di 
  hospital tiada mengalami kecederaan yang serius dan perlu berehat selama
  tiga minggu bagi memulihkan semula kecederaan di bahu tersebut.

ULASAN
1.  Program tersebut diadakan selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25 Oktober 2015
     bertempat di Kompleks Sukan Pelayaran Empangan Timah Tasoh.
2.  Pada 24 hb aktiviti bersama pegawai ISN En Hafiz ( latihan fizikal dan
     Conditioning ).
3.  Pada 25 hb Program Kejohanan Dalaman diadakan bermula pada jam 12.30
     tengahari berikutan di sebelah pagi ketiadaan angin.
4.  Objektif utama program ini di laksanakan adalah bagi mempertingkatkan
     prestasi atlet pelayaran dari masa ke semasa agar sentiasa berada dalam
     keadaan bersedia untuk menghadapi kejohanan, selain itu juga ianya
     merupakan satu langkah untuk menguji atlet bagi persediaan ke temasya
     sukma nanti. Atlet yang sentiasa menunjukkan prestasi yang baik akan
     terpilih ke temasya Sukma 2016 nanti.






Oct 27, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI - SUKAN ANGKAT BERAT

TARIKH            : 26 Oktober 2015
TEMPAT           : Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA                : 5.30 Petang

KEHADIRAN
1)  JSM Rusli Othman
2)  JSM Mohd Faiz Musa
Atlet : 12 orang atlet (12 L, 4 W)

LATIHAN
1)   Warm Up 
2)   Front Squat
3)   Clean & Jack
4)   Clean Pull
5)   Cooling Down

PERALATAN
Yang sedia ada

ULASAN
1. Kehadiran atlet ke sesi latihan adalah seramai 16 orang termasuk atlet Elit Negeri Perlis.
2. JSM memaklumkan perlu ada makanan tambahan seperti creatine, asid amino, malti vitamin dan  
    sports drink untuk semasa latihan dan pertandingan.
3. JSM juga memaklumkan, ramai atlet yang terlibat dengan program sekolah, dan ramai atlet 
    terpaksa lambat turun menjalani latihan.

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan

          

Oct 22, 2015

Fwd: LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN MEMANAH - PERLIS



Tarikh   : 21 Oktober 2015
Masa     : 4.00 - 7.00 petang
Tempat  : Dewan Serbaguna, MSNPs

Kehadiran :

1. En Md Zain Bin Shaffee - JSM USPTNps
2. En Aiman Hafizuddin Bin Kamarzaman - JPM MSNps
3. 3 orang Pegawai ISNPs
3. Atlet - 6 Lelaki & 10 Wanita

Ujian Kecergasan :

1. Anthropometric
2. Flexibility
3. Muscle Strength
4. Muscle Endurance
5. Aerobic Capacity
Ulasan :

1. Ujian Kecergasan ini telah mengumpulkan seramai 16 orang atlet sukan memanah iaitu 6 lelaki dan 10 wanita. Ujian ini telah dikendalikan oleh 3 orang pegawai dari pihak Pusat Satelit Institut Sukan Negara Perlis. Ujian ini telah diadakan pada jam 4.00 petang dan atlet diminta berkumpul pada jam 3.30 petang. Ujian diadakan mengikut sukan ketetapan daripada Institut Sukan Negera.

2. Tujuan ujian ini diadakan bagi mengukur tahap kecergasan atlet bagi persediaan menghadapi SUKMA SARAWAK 2016. Hasil ujian ini akan dianalisa oleh pihak ISN dan ujian seterusnya akan dijalankan pada bulan Jan 2016 akan datang. Kerjasama dari semua terutamanya dari pihak ISN, jurulatih dan ibu bapa yang sudi membantu dalam memberi sokongan dan tenaga amatlah dihargai.


DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara


LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN TINJU - PERLIS

Tarikh   : 19 Oktober 2015
Masa     : 4.00 - 7.00 petang
Tempat  : Dewan Serbaguna, MSNPs

Kehadiran :

1. En Hamzah Bin Abdullah - JSM USPTNps
2. En Prem A/L Kiang - JPM MSNps
3. 3 orang Pegawai ISNPs
3. Atlet - 15 Lelaki

Ujian Kecergasan :

1. Anthropometric
2. Flexibility
3. Muscle Strength
4. Strength Endurance
5. Power
6. Agility
7. Speed
8. Aerobic Capacity

Ulasan :

1. Ujian Kecergasan ini telah mengumpulkan seramai 15 orang atlet sukan tinju. Ujian ini telah dikendalikan oleh 3 orang pegawai dari pihak Pusat Satelit Institut Sukan Negara Perlis. Ujian ini telah diadakan pada jam 4.00 petang dan atlet diminta berkumpul pada jam 3.30 petang. Ujian diadakan mengikut sukan ketetapan daripada Institut Sukan Negera.

2. Tujuan ujian ini diadakan bagi mengukur tahap kecergasan atlet bagi persediaan menghadapi SUKMA SARAWAK 2016. Hasil ujian ini akan dianalisa oleh pihak ISN dan ujian seterusnya akan dijalankan pada bulan Jan 2016 akan datang. Kerjasama dari semua terutamanya dari pihak ISN, jurulatih dan ibu bapa yang sudi membantu dalam memberi sokongan dan tenaga amatlah dihargai.


DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN OLAHRAGA - PERLIS

Tarikh   : 16 Oktober 2015
Masa     : 4.00 - 7.00 petang
Tempat  : Dewan Serbaguna, MSNPs

Kehadiran :

1. En Nazmizan Bin Muhammad - JSM
2. En Sanusi Bin Zainal Abidin - JSM
3. Atlet - 20 Lelaki & 5 Wanita

Ujian Kecergasan :

1. Anthropometric
2. Flexibility
3. Muscle Strength
4. Muscle Endurance
5. Power
6. Speed
7. Aerobic Capacity

Ulasan :

1. Ujian Kecergasan ini telah mengumpulkan seramai 25 orang atlet sukan olahraga iaitu 20 lelaki dan 5 wanita. Ujian ini telah dikendalikan oleh 3 orang pegawai dari pihak Pusat Satelit Institut Sukan Negara Perlis. Ujian ini telah diadakan pada jam 4.00 petang dan atlet diminta berkumpul pada jam 3.30 petang. Ujian diadakan mengikut sukan ketetapan daripada Institut Sukan Negera.

2. Tujuan ujian ini diadakan bagi mengukur tahap kecergasan atlet bagi persediaan menghadapi SUKMA SARAWAK 2016. Hasil ujian ini akan dianalisa oleh pihak ISN dan ujian seterusnya akan dijalankan pada bulan Jan 2016 akan datang. Kerjasama dari semua terutamanya dari pihak ISN, jurulatih dan ibu bapa yang sudi membantu dalam memberi sokongan dan tenaga amatlah dihargai.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara