Nov 23, 2015

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS NEGERI PERINGKAT ZON AKHIR 2015 - PERLIS

TARIKH                        : 11 hingga 15 November 2015
TEMPAT                       : Johor Bharu, Johor
MASA                           : 
8.00 Pagi – 7.00 Petang

KEHADIRAN
1)      3 orang Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) USPTNPs
2)     10 orang JSM Negeri Perlis
3)     45 Atlet Pelapis Negeri Perlis (34 lelaki dan 11 wanita)

PERTANDINGAN
Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Akhir 2015

KEPUTUSAN PENUH NEGERI PERLIS SAHAJA
KEDUDUKAN PINGAT MENGIKUT SUKAN
BIL
SUKAN
EMAS
PERAK
GANGSA
JUMLAH
1
ANGKAT BERAT
2
4
4
10
2
OLAHRAGA
1
3
3
7
3
TINJU
0
0
1
1
4
SEPAK TAKRAW
0
0
0
0
5
MEMANAH
0
1
0
1
JUMLAH
3
8
8
19


ULASAN
1.         Ini merupakan Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Akhir Siri 2015 yang diadakan di Johor Bharu bermula dari 11 Nov hingga 15 Nov 2015. 5 sukan dipertandingan dalam kejohanan kali ini iaitu Angkat Berat, Sepak Takraw, Olahraga, Tinju dan Memanah. Kontinjen Negeri Perlis dengan kekuatan penuh seramai 45 orang atlet, 10 orang jurulatih dan 3 orang pegawai telah menyertai kejohanan ini.
2.         Prestasi atlet Pelapis Negeri Perlis agak memuaskan bagi semua sukan dimana setiap sukan berjaya menyumbang pingat kepada Negeri Perlis kecuali sukan sepak takraw. Sukan Angkat Berat  menjadi penyumbang pingat utama bagi kejohanan kali ini dengan  menyumbang 2 emas, 4 perak dan 4 gangsa. Manakala sukan olahraga menyumbang 1 emas, 3 perak dan 3 gangsa. Sukan Tinju hanya menyumbang 1 pingat gangsa dan sukan Memanah pula menyumbang 1 perak. Menjadikan keseluruhan pingat bagi kontijen Negeri Perlis adalah sebanyak 3 emas, 8 perak dan 8 gangsa.
3.         Cuaca sepanjang kejohanan berlansung agak baik pada sebelah pagi dan sedikit hujan pada sebelah petang. Tiada sebarang kecederaan  dilaporkan pada sepanjang kejohanan ini berlangsung.
4.         Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah USPTN Johor diatas kejayaan menganjurkan kejohanan ini. Atlet akan cuba untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan mereka akan mempamerkan persembahan yang terbaik.

Sekian, terima kasih.


DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara