Mar 26, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN BOLING PADANG




TARIKH : 24 Mac 2013
TEMPAT : Gelanggang Lawn Bowls, JBS Kangar
MASA : 9 - 11 pagi

KEHADIRAN
1. JSM Kamis Harun
2. Atlet - 9 lelaki, 1 perempuan

LATIHAN
1. Drive shot
2. Center Jack
3. Ball weight
4. 'Friendly game' antara atlet

PERTANDINGAN
-tiada

PROGRAM BINAAN
- tiada

ULASAN

1. Latihan hanya dijalankan pada hari Selasa, Khamis dan Ahad sahaja kerana kekangan dari pihak sekolah untuk membenarkan atlet berlatih pada setiap hari.
2. Kebanyakan atlet akan berkumpul dan berlatih pada  hari Ahad sahaja.
3. Latihan pada Ahad dijalankan pada pagi bermula jam 8 sehingga 11 pagi.
4. Semua atlet dalam keadaan sihat tanpa masalah kecederaan.
5. Pada 2 kejohanan yang lepas iaitu Kejohanan National Singles 2013 dan Kejohanan Pairs B21, atlet Perlis mencatatkan keputusan memuaskan berada ranking kedua lelaki dan wanita (Pairs)
6. Perbincangan antara JSM dan PPN adalah untuk menjalankan Kem Sukan Boling Padang 2013 yang melibatkan semua atlet pada bulan Jun nanti.



Mar 23, 2013

BENGKEL PELAN PERIODISASI 2013




Tarikh : 9 - 10 Mac 2013
Tempat : Dewan Komputer, Bhg. Pengurusan Teknologi Malumat, Ting.3 Bangunan SUK Lama Kangar, Perlis
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang (Sabtu)
           9.00 pagi - 1.00 tengahari (Ahad)

KEHADIRAN 
1. En. Mohd Manshahar Abd Jalil (Fasilitator)
2. Urusetia (Staff USPTN / MSN Perlis)
3. Jurulatih USPTN / MSN Perlis

ULASAN

(9 MAC 2013)
1. Pendaftaran jurulatih pada pukul 8.30 pagi.
2. Bengkel dimulakan dengan wakil USPTN memberikan objektif pelan periodisasi ini kepada semua jurulatih. 
3. Bengkel dimulakan dengan En. Manshahar menerangkan kepada peserta mengenai keperluan pelan periodisasi terhadap kejurulatihan di mana beberapa aspek telah disentuh antaranya pengenalan kepada maksud periodisasi dan kepentingan period dalam aspek kejurulatihan.
4. Program diteruskan dengan fasilitator menerangkan aplikasi sains sukan dalam pelan periodisasi  dan pelan periodisasi dalam latihan. Sepanjang sesi penerangan tersebut, beberapa 'term' sains sukan dalam jadual perio diterangkan oleh fasi antaranya ialah microcycle, macrocycle, general phase preparation, spesific phase preparation dsb.
5. Sesi petang diteruskan dengan latihan penulisan pelan periodisasi oleh peserta dengan tunjuk ajar dari fasilitator. 
6. Bengkel tamat jam 5 petang.

(10 MAC 2013)
1. Hari ke-2 adalah sesi pembentangan dimulakan pada pukul 9.30 pagi. 
2. Pembentangan dimulakan dengan sukan kenu oleh JSM Sham Hj. Husin @ Kasim. Pembentangan diteruskan oleh sukan olahraga dan lain2. Sesi soal jawab dijalankan antara jurulatih dan fasilitator.
3. Keseluruhan perjalanan bengkel berakhir dengan majlis penutup oleh  Tuan Pengarah MSNPs, En. Muhammad Azahari Ramli.
4. Dalam ucapan ringkas beliau, beberapa perkara disentuh antaranya adalah mengenai kehadiran jurulatih untuk bengkel ini. Antara perkara lain adalah pihak MSNPs akan menjalankan Bengkel Periodisasi sekali lagi untuk mengumpulkan semua JSM MSN / USPTN Perlis.
5. Majlis berakhir dengan saguhati kepada fasilitator, En. Mohd Manshahar dan sijil penyertaan kepada jurulatih yang hadir.

Sekian, terima kasih


Akmal Syarifuddin Ahmad
PPN Angkat Berat, Boling Padang & Sepak Takraw

MESYUARAT DI SMK ABI - AFTER SCHOOL PROGRAM 2013 (ANGKAT BERAT & BERBASIKAL)




Tarikh : 20 Mac 2013
Tempat : SMK Abi
Masa : 10 pagi

KEHADIRAN

1. PKU En. Mahazir Baharom
2. PPN En. Akmal Syarifuddin Ahmad
3. PPN En. Shairul Ambri Salim
4. En. Hamran Jantan - Pen. Kanan Kokurikulum SMK Abi
5. En. Muhamad Nabil Abd. Manaf

ULASAN

Perjumpaan antara 2 pihak membicangkan beberapa isu antaranya melibatkan majlis penyerahan rasmi tempat latihan antara pihak MSN Perlis dan pihak sekolah. 

Isu kedua yang dibincangkan adalah kemudahan tempat latihan yang telah dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif sendiri untuk memasang kunci untuk memastikan kemudahan tersebut dijaga rapi.

Isu-isu lain yang telah dibincangkan termasuklah peralatan angkat berat untuk sesi latihan. Pihak USPTN degan kerjasama JSM akan menghantar keperluan tersebut berperingkat-peringkat dengan bantuan dari pihak MSN Perlis.
Pihak sekolah juga bersetuju untuk menempatkan atlet angkat berat di asrama sekolah jika mendapat persetujuan pihak ibubapa.

Untuk sukan berbasikal, pihak sekolah bersetuju untuk menempatkan beberapa kemudahan baru untuk pelan jangka panjang selepas bangunan veledrom siap dibina di Perlis. Pihak USPTN dalam perancangan untuk menjadikan SMK Abi sebagai salah satu projek di bawah 'After School Program' di mana kesesuaian sekolah tersebut yang berdekatan dengan veledrom yang bakal siap kelak.

Perbincangan antara dua pihak akan diteruskan lagi bagi menambahkan lagi atlet berpotensi dalam sukan Angkat Berat & Berbasikal di Negeri Perlis.

Sekian. Terima kasih

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MEMANAH




Tarikh : 22 Mac 2013
Tempat : Sek Bohor Mali Simpang Empat
Jam : 5.30 petang

Kehadiran : JSM 1.Mohd Zain Shaffie JSM 2. Mohd Shubanthirio Mhd Suhaimi

                   Atlet : L - 4 orang. W - 7 orang

LATIHAN

1. Free Shot 30 meter, 40 meter dan 60 meter

UJIAN 

1. 30 meter Shot (Junior bawah 14thn)

PERTANDINGAN

-tiada-

PROGRAM BINAAN

-tiada-

ULASAN

Atlet sedang giat menjalani latihan bagi persiapan Kejohanan MSSM pada 25 hingga 29 Mac nanti di Kuala Lumpur. Selain itu juga perbincangan mengenai pertukaran ASP memanah MRSM Beseri ke Sek Men MATRI Tunjung Beseri sebagai ASP baru tahun 2013. JSM memaklumkan bahawa seorang jurulatih baru akan ditempatkan di sana nanti. Sesi latihan berjalan seperti biasa bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 petang.

Sekian terima kasih.

Disediakan Oleh :

Mahazir Baharom
PKU/PPN
Memanah, Pelayaran & Tinju

Mar 13, 2013

PEMANTAUAN PLN SEPAK TAKRAW




Tarikh : 11/3/2013
Masa : 5.00 petang
Tempat : Dewan Rakan Sukan, MSNPs

KEHADIRAN  
1. JSM Aziz Abdullah                        
2. JSM Rosli Mansur                          
3. Atlet 10 orang


LATIHAN
1. Servis tubi
2. Killer

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Latihan dijalankan seperti biasa sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan anjuran JPN.
2. Kehadiran atlet memuaskan, kebanyakan mereka adalah dari SMK Syed Hasan Kangar
3. JSM masih belum dapat mengumpulkan atlet dari SMK Syed Alwi untuk menjalani latihan pusat di Dewan Rakan Sukan, MSNPs.


PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT




Tarikh : 11/3/2013
Tempat : Gimnasium Angkat Berat, MSNPs
Masa : 5.30 petang

KEHADIRAN
1. JSM Mohd Faiz Musa
2. JSM Rosli Othman
3. Atlet 11 lelaki, 3 perempuan

LATIHAN
1. Snatch
2. Snatch pull
3. Back Squat

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Kejohanan Angkat Berat Sirkit 1 Kebangsaan & Bawah 20 Tahun 2013

KECEDERAAN
Seorang atlet mengalami demam campak & telah mendapatkan rawatan

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan tetapi peningkatan prestasi atlet adalah memuaskan.
3. Latihan dijalankan untuk menghadapi Kejohanan Angkat Berat Sirkit 1 Kebangsaan & Bawah 20 di Kota Kinabalu, Sabah.
4. Seramai 4 orang atlet dan seorang jurulatih akan menyertai kejohanan tersebut.
5. JSM memaklumkan kapur untuk latihan tidak mencukupi.
6. Seorang atlet yang mengalami kemalangan kecil tempoh hari telah kembali menjalani latihan ringan di bawah bimbingan JSM Mohd Faiz Musa.

Mar 12, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SEPAK TAKRAW




Tempat : Dewan Rakan Sukan MSNPs
Tarikh : 25 Feb. 2013
Masa : 5.30 petang
Kehadiran : JSM 1. Aziz Abdullah
                  JSM 2. Rosli Mansur

                   Atlet : 12 orang

LATIHAN

1. Dribbling 
2. Latihan rejaman dijalankan.

UJIAN

- Tiada

PERTANDINGAN

- Tiada

KECEDERAAN

-Tiada

PROGRAM BINAAN

- Tiada

ULASAN

Latihan dijalankan 3x seminggu berpusat di Dewan Rakan Sukan MSNPs iaitu pada Isnin hingga Rabu manakala pada Khamis dan Jumaat berpusat di SMK Syed Alwi, Kangar. Latihan seperti biasa dijalankan dari jam 5  hingga 7 petang.

Atlet kini terbahagi kepada 2 kumpulan yang berlatih di MSNPs adalah terdiri daripada pelajar SMK Syed Hassan manakala di SMK Syed Alwi terdiri dari pelajar sekolah tersebut.

Sekian, terima kasih

Disediakan Oleh:

Akmal Syarifuddin Ahmad
SDO
Boling Padang, Angkat Berat & Sepak Takraw

Mar 11, 2013

Pemantaun Latihan Tenpin Bowling - 4 Mac 2013












Tarikh : 4 Mac 2013
Masa : 8.00 malam
Tempat : Perlis Bowl.
Kehadiran : JSM - Shahidi @ Shaharani bin Othman
                             Zunika bt. Zainal
                     Atlet - L : 11 Orang , W - 2 Orang.

Laporan

Latihan
 - Skill Drill

Ulasan
Perjumpaan dan latihan pertama bersama coach dan juga atlet. Kehadiran pelatih juga baik. Nur Sabrina menghadiri pemilihan untuk "National Youth". 9 orang atlet telah dipilih untuk ke Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Junior Circuit 2013- Pahang leg. Tiada sebarang masalah dari segi kehadiran dan juga latihan. Sokongan dari pada ibubapa juga amat baik. 

Sekian, terima kasih



NUR AMALINA BT ADZNAN
PPN BADMINTON, OLAHRAGA & TENPIN BOWLING.
USPTN PERLIS.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BASIKAL




SUKAN         : BERBASIKAL
TARIKH        : 06/03/2013
MASA           : 5.30p.m - 7.00p.m
TEMPAT       : JALAN LEBUHRAYA SERIAB
KEHADIRAN : 2 JURULATIH & 12 ATLET LELAKI

LATIHAN

1) Easy ride 30 KM dari rumah sebelum sampai di tempat latihan
2) warm up
3) akan mengadakan ITT 19 km

UJIAN

 Ambil masa setiap atlet untuk dibuat penilaian sebelum menghadapi kejohanan sportexcel road pada 8, 9 & 10 Mac 2013.

PERTANDINGAN

Pertandingan ITT 19km diadakan oleh pihak MSNPs & Persatuan Berbasikal Negeri Perlis. Pertandingan ini diadakan setiap bulan untuk meningkatkan semangat para atlet.

KEPUTUSAN

1) Muhammad Khairul Naim Lotfi ( 27 minit 24 saat )
2) Noor Afif bin Mohd Ghazali ( 29 minit 30 saat )
3) Nur Nazarul Nazmir bin Norhiham ( 30 minit 32 saat )
4) Muhammad Amirul Aizad ( 30 minit 42 saat )
5) Futhol Bari bin Elias ( 31 minit 43 saat )
6) Syafiq bin Suhario ( 31 minit 13 saat )
7) Mohammad Nazarib bin Mustaffa ( 31 minit 50 saat )
8) Muhammad Syahril bin Md Harun ( 32 minit 54 saat )
9) Muhammad Naufal bin Nadzri ( 33 minit 30 saat )
10) Muhammad Shahrul Nizam Bin Abd Aziz ( 34 minit 11 saat )
11) Muhammad Syahir bin Mohammad Shokri ( 34 minit 34 saat )
12) Muhammad Amirul Ilham bin Aziz ( 34 minit 40 saat )

PERALATAN

     - TIADA -

PROGRAM BINAAN

    - TIADA -

ULASAN

1) Atlet perlu pertingkatkan lagi latihan. Pencapaian atlet masih sederhana.

2) Perlu pertingkatkan lagi dari segi keselamatan atlet apabila berada dijalan raya.

Mar 8, 2013

LAPORAN KEJOHANAN SPORTEXCELL/NSC/MILO TENPIN BOLING - Perak Leg




Tempat : Ampang Superbowl, Ipoh Perade, Perak.

Tarikh : 22 - 24 Februari 2013

Kehadiran : JSM 1 : Shahidi @ Shaharani bin Othman
                 JSM 2 : Zunika bt Zainal
                 SDO : Nur Amalina Bt. Adznan

                  Atlet : L : 6 org  P : 3 org

Laporan Ringkas Kejohanan

Seramai  9 Atlet Pelapis Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis di bawah umur 18 Tahun telah dipilih untuk mewakili Negeri Perlis bagi menyertai Kejohanan tersebut. Perlis mengambil bahagian dalam 5 acara yang dipertandingkan iaitu Boys Open, Girls Open, Boys Graded, Girls Graded dan Boys Under 12. Dilampirkan senarai nama atlet mengikut acara dan keputusan pertandingan yang disertai di bawah :                      

NAMA

ACARA

PRESTASI

RANKING

Nurul Shahira Bt Shahidi

Girls' Graded

2477

3/39

Nur Sabrina Bt Rozaidi

Girls' Open

1108

29/31

Nur Hazwani Bt Hamzah

Girls' Open

1216

23/31

Aidil Ajmal B. Muhd Fazilah

Boys' Open

2446

13/60

Muhammad Zharfan B. Shahidi

Boys' U12

825

15/50

Wan Zuhairi Izlan B. Wan Saiful Baharin

Boys' Graded

2384

9/67

Muhammad Azril B. Roslan

Boys' U12

636

35/50

Abdul Rashid B. Azizan

Boys' Open

1116

56/60

Ezzam B. Azmi

Boys' Open

1139

53/60


Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh
Nur Amalina Adznan
SDO Tenpin Boling, Olahraga & Badminton
USPTN Perlis

LAPORAN KEJ. NATIONAL SINGLES 2013 (Day 3)

Tarikh : 7 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara

KEJOHANAN :

Hari ke-3 kejohanan melibatkan peringkat kalah mati (round 16) di mana 3 atlet Perlis bertanding iaitu Daeng Dhadyry Dahasry, Daeng Dessy Dhabita Dahasry & Abdul Syafiq Afif Abd Rahman. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:-

ROUND 16
Men Singles, 10.00 pagi :

Daeng (PER) klh Fairus (ATM)
(5-8,8-9)
Syafiq (PER) klh Raja (ATM)
(4-7,8-8)

Women Singles, 2.00 petang:

Dessy(PER) klh Che Som (MLK)
(16-1, tarik diri)

ULASAN :
Pencapaian yang memuaskan di kalangan atlet Pelapis negeri yang bertanding bersama bekas pemain kebangsaan sepanjang kejohanan ini. Beberapa aspek perlu ditingkatkan lagi untuk persiapan menghadapi SUKMA 2014.


Sekian

Disediakan oleh,
Akmal Syarifuddin Ahmad
SDO Boling Padang, Angkat Berat & Sepak Takraw
USPTN Perlis
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone