TARIKH : 20 - 22 November 2013
TEMPAT : Lapang Sasar MSN Keramat
MASA : 8 pagi - 1 petang
KEHADIRAN
1. Atlet pelapis negeri, serantau dan kebangsaan.
2. JPM dan JSM sukan memanah setiap negeri.
3. SDO sukan memanah setiap negeri.
UJIAN
Tiada
LATIHAN
Tiada
PERTANDINGAN
Kejohanan Memanah Sirkit Remaja Kebangsaan bawah 16 Tahun siri 2/2013
KECEDERAAN
Tiada
ULASAN
1. Kejohanan ini berlangsung dari 20 hingga 24 November 2013 dan merupakan kali ke 2 diadakan pada tahun ini.
2. Atlet negeri Perlis menetap di sebuah homestay di Taman Keramat Permai dan mengambil masa selama 10 minit untuk ke tempat pertandingan.
3. Pada 20 November, sighters diadakan pada sebelah pagi yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para atlet untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan padang dan peralatan masing-masing. Mesyuarat pengurus pasukan juga turut diadakan.
4. Pada 21 November, pertandingan dimulakan dengan jarak 70 meter dan 60 meter bagi individu lelaki manakala jarak bagi individu wanita adalah 60 meter dan 50 meter. Prestasi atlet memanah Perlis bagi hari pertama ini agak kurang memuaskan. Hanya seorang sahaja atlet wanita negeri Perlis iaitu Nurul Afza berada dalam top 20 pada hari pertama kejohanan.
5. Pada 22 November, pertandingan bersambung dengan jarak 50 meter dan 30 meter bagi individu lelaki manakala jarak bagi individu wanita adalah 40 meter dan 30 meter. Prestasi pada hari kedua atlet memanah negeri Perlis masih kurang memuaskan. Hanya Nurul Afza mengekalkan kedudukan keseluruhan nya dalam top 20 iaitu ranking ke 17.
Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis
No comments:
Post a Comment
Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated