Dec 8, 2014

LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL T20

TARIKH : 08 Disember 2014
TEMPAT : Hotel Seri Petaling

KEHADIRAN
1. PPN Akmal Syarifuddin Ahmad
2. JSM Nishanthini Suresh
3. Atlet :
- Nur Nazarul Nazmir Nur Hisham
- Sunan Promwichit Wirach
- Arianna Promwichit
- Muhd Amirul Aizad Md Nizam (Terlibat bersama Kem ACC)

ULASAN 

1. Hari kedua kem ini dimulakan seawal jam 6.30 pagi dengan aemua atlet berkumpul di lobi hotel untuk senaman pagi. Kemudian semua atlet bersarapan dan bersiap ke ISN untuk ujian kecergasan hari ini.

2. Ujian kecergasan hari ini melibatkan seramai 12 atlet lelaki dan 18 atlet wanita. Ujian hari ini dikendalikan pihak TID ISN. Kesemua atlet telah menjalani ujian ini dengan bersungguh-sungguh sambil dibantu oleh pihak JSM yang hadir. Antara ujian dijalankan adalah seperti berikut:

- 40m sprint test
- Static Vertical Jump
- Countermovement Jump
- Standing Broad Jump
- Seated Medicine Ball Throw
- Plank
- Yoyo endurance test

3. Pada sesi petang pula,latihan trek dijalankan di Velodrom Cheras. Sesi latihan petang ini menumpukan kepada 'Warm Up Spesific Sprint/Endurance Training Skill on Track'. Jurulatih memberikan penekanan kepada sesi memanaskan badan di dalam trek dengan masa yang tertentu. Selain itu juga, penekanan terhadap keselamatan ketika berada di dalam trek ditekankan oleh pihak jurulatih. 

4. Sesi sebelah malam adalah sesi motivasi yang bertajuk Asas Kecederaan Sukan yang disampaikan oleh Encik Sabilaini Ibrahim dari ISN Bukit Jalil. Dalam ceramah beliau banyak menekankan aspek kecederaan dan penyembuhan kepada atlet berbasikal. Atlet juga turut bertanyakan soalan kepada beliau serta berkongsi maklumat sebagai pelumba berbasikal.

4. Sesi malam ini tamat pada jam 10.00 malam.

Sekian,terima kasih.


















No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated