Apr 30, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PLD SUKAN MEMANAH - PERLIS

TARIKH : 29 April 2016
TEMPAT : Pusat Latihan Daerah, SK Behor Mali, Perlis
MASA : 4.50 - 7.00 ptg
KEHADIRANJPM MSNPs – Encik Aiman Hafizuddin
                           JSM USPTNPs -  Encik MD Zain
                           JSM USPTNPs - Encik Mohd Shubanthirio
                           JSM USPTNPs - Encik Abdul Rashid
                           JSM USPTNPs -  Encik Fauzussaid
ATLET : 8 orang Atlet SUKMA, 13 orang pelapis.

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Free Shooting 
3. Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Sedia ada

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet sebanyak 21 orang.
2.           Latihan bagi atlet pelapis dan pembangunan dijalankan seperti biasa dengan melakukan persiapan untuk ke Karnival Bakat 2016.
3.         Atlet Sukma membuat persiapan untuk ke Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit Kedua di UUM pada 4-8 Mei 2016.
4.        Perjumpaan bersama jurulatih dilakukan untuk membincangkan persiapan atlet ke kejohanan yang akan berlangsung pada masa terdekat ini.

Sekian, terima kasih

Apr 27, 2016

LAPORAN PEMANTUAN PLN SEPAK TAKRAW




Tarikh    : 26.04.2016
Masa      : 05.30 Petang
Tempat   : Dewan Terbuka MSNPs

Kehadiran :
Jurulatih
1. En. Aziz Bin Abdullah
2. En. Rosli Bin Mansor
Atlet : 18 orang

LATIHAN
1. Wamp up
2. Latihan kemahiran mengawal bola
3. Latihan tubi dan kawalan bola

PERTANDINGAN
- Kejohanan Remaja Kebangsaan Sirkit 3 PSM/MSN 2016, MSN Keramat.
- Kejohanan Bakat Kebangsaan, Terangganu

PERALATAN
Peralatan yg sedia ada

PROGRAM BINAAN
Klinik dan Kejohanan Dalaman - ( 30-31 Mei 2016 )

ULASAN
1.  Latihan ditumpukan untuk Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan di Keramat pada 5-8 Mei 2016 
     dan Kejohanan Bakat Kebangsaan yang akan bermula pada 12-15 Mei 2016 di Terangganu.
2.  Bagi atlet PLD menjalani latihan di pusat masing-masing. Setiap hari Jumaat dan Sabtu, atlet di 
     PLD Syed Alwi akan turun menjalani latihan bersama di Dewan Terbuka MSNPs.

Sekian terima kasih
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan

Apr 26, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN - PERLIS

TARIKH : 23 April 2016
TEMPAT : Pusat Sukan Air Empangan Timah Tasoh, Perlis
MASA : 2.30 - 6.00 ptg
KEHADIRANJSM MSNPs – Encik Muhammad Syaufi Bin Salehhodin
                           JSM MSNPs -  Encik Abdul Aziz Bin Ahmad
                           JSM USPTNPs - Encik Azro'in Bin Mahmood
                           JSM USPTNPs - Encik Salehhodin Bin Hamzah
ATLET : 5 orang Atlet SUKMA, 8 orang pelapis.

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Latihan pusingan bouy 
3. Mini Race

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
2 buah bot Optimist , 3 buah bot Laser, 2 buah bot 420's dan 2 windsurf Bic techno

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet sebanyak 13 orang. Terdapat atlet yang tidak dapat menjalani latihan kerana mengikuti aktiviti sekolah.
2.           Latihan bagi atlet pelapis diteruskan mengikut jadual latihan seperti yang telah dirancang oleh Jurulatih untuk meningkatkan prestasi semasa atlet.
3.        Sesi latihan atlet Sukma mengfokuskan kepada pembetulan teknik semasa melakukan pusingan di bouy.
4.        Perjumpaan bersama atlet dan jurulatih juga dilakukan untuk menerangkan  perancangan program pembangunan terutama untuk ke kejohanan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Apr 25, 2016

LAPORAN PEMANTUAN PLN ANGKAT BERAT

TARIKH            : 24.04.2016
TEMPAT           : GIMNASIUM ANGKAT BERAT MAJLIS SUKAN NNEGERI PERLIS
MASA               : 5.30 Petang

KEHADIRAN
1)  JSM Mohd Hanie Bin Musa
     Atlet : 22 orang atlet ( 17 L, 5 W )

LATIHAN
1)    Warm Up 
2)   Front Squat
3)   Clean & Jack
4)   Clean Pull
5)   Cooling Down

PERTANDINGAN
- Kejohanan Bakat Terangganu

PERALATAN
Peralatan yang sedia ada

ULASAN
1.       Seramai 22 orang atlet PLD SMK Syed Sirajuddin turun menjalani latihan di Gimnasium 
          Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis.
2.       Jurulatih memaklumkan peralatan yang sedia ada di PLD SMK Syed Sirajuddin tidak 
          mencukupi kerana atlet bertambah ramai. Dengan itu jurulatih mengambil langkah dengan   
          membawa semua atlet menjalani latihan di Gimnasium Angkat Berat MSNPs pada setiap hari 
          Sabtu ujung minggu.
3)       Jurulatih juga memaklumkan ramai waris memberi sokongan yang amat baik kerana sanggup 
          menghantar anak2 ke Gimnasium Angkat Berat MSNPs pada setiap hari Sabtu.
  
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan




Apr 22, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BOLING PADANG - PERLIS

TARIKH : 21 April 2016
TEMPAT
 : Gelanggang Boling Padang MSNPs
MASA
 : 5.00 petang
KEHADIRAN
JSM MSNPs – Abdul Syafiq Afif bin Abdul Rahman
                           JSM USPTNPs - Kamis Bin Harun
                           JSM USPTNPs - Saifulnizam Bin Ishak
ATLET
 : 10 orang Atlet SUKMA, 10 orang pelapis.

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Triples
3. Fours
4. Cooling down

PERTANDINGAN
Perlawanan persahabatan dengan pasukan PDRM dan FAMA Perlis.

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet sebanyak 20 orang. Kehadiran atlet untuk sesi latihan ini amat memuaskan dengan semua atlet pelapis dan pembangunan hadir,
2.       Latihan bagi atlet pelapis diteruskan mengikut jadual latihan seperti yang telah dirancang oleh Jurulatih untuk meningkatkan prestasi semasa atlet.
3.       Pada sesi kali ini atlet Sukma mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan PDRM dan FAMA Perlis.
4.       Pasukan PDRM akan mengadakan perlawanan persahabatan seterusnya dengan atlet Sukma pada 24/4/2016.
5.       Perlawanan persahabatan ini dijalankan untuk persedian atlet sebelum ke Kejohanan Lawn Bowls Labuan International dan Pra Sukma.

Sekian, terima kasih.

Apr 18, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN - PERLIS

TARIKH : 17 April 2016
TEMPAT : Pusat Sukan Air Empangan Timah Tasoh, Perlis
MASA : 2.30 - 6.00 ptg
KEHADIRANJSM MSNPs – Encik Muhammad Syaufi Bin Salehhodin
                           JSM MSNPs -  Encik Abdul Aziz Bin Ahmad
                           JSM USPTNPs - Encik Azro'in Bin Mahmood
                           JSM USPTNPs - Encik Salehhodin Bin Hamzah
ATLET : 5 orang Atlet SUKMA, 11 orang pelapis.

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Starting practice
3. Latihan taktikal perlumbaan

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
3 buah bot Optimist , 3 buah bot Laser dan 2 buah bot 420's

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet sebanyak 16 orang. Kehadiran atlet menjalani latihan adalah memuaskan.
2.           Latihan bagi atlet pelapis diteruskan mengikut jadual latihan seperti yang telah dirancang oleh Jurulatih untuk meningkatkan prestasi semasa atlet.
3.        Sesi latihan atlet Sukma mengfokuskan kepada taktikal dan teknikal yang digunakan dalam perlumbaan.
4.        Cuaca semasa latihan adalah baik untuk sesi latihan dimana cuaca tidak terlalu panas.

Sekian, terima kasih.

Apr 15, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN JURULATIH PELAPIS KEBANGSAAN - PERLIS

TARIKH  : 13 April 2016
TEMPAT : Kompleks Sukan MSNPs
MASA      : 5.30 petang 
KEHADIRAN : JPM PK - Encik Suod Bin Hussin
                        JPM - Muhammad Afandi Abdullah
                        JSM - Narissara Sompong
                        JSM - Nishantini Suresh
                         ATLET PELAPIS - 8 Org (7L),(1w)
                         ATLET BAKAT - 22 Org (12L) (10W)
UJIAN             : Tiada
LATIHAN       : Easy Ride 50 KM dan Fitness(BAKAT)
KEJOHANAN : Kejohanan PLN Bawah 15 & 16
KECEDERAAN : Tiada
ULASAN :
1. Latihan dijalankan seperti biasa dimana JPM Pelapis Kebangsaan datang melakukan pemantauan pusat latihan.
2. Banyak teguran telah dilakukan keatas JPM untuk melakukan penambah baikkan didalam menjalankan latihan kepada atlet.
3.  Seorang atlet bawah 15 telah terpilih untuk menghadiri pemilihan Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

Apr 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN DAN KEJOHANAN DALAMAN ANGKAT BERAT PERLIS

TARIKH            : 09.04.2016
TEMPAT           : Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA               : 08.00 Pagi
KEHADIRAN
1)  JSM Rusli Othman
2) JSM Mohd Faiz Musa
3) JSM Fatin Atikah Binti Osman
4) JSM Mohd Faiz Musa ( PLD )
5) JSM Ku Azarul Ku Othman ( PLD )
Atlet : 47 orang atlet (33 L, 14 W )

ATURCARA
~ 08.00 - 08.30 Pagi - Pendaftaran atlet dan timbang berat badan
~ 08.45 - 10.00 Pagi - Kategori Wanita ( SNATCH )
~ 10.00 - 11.00 Pagi - Kategori Wanita ( CLEAN & JERK )
~ 11.00 Pagi - 01.00 Tgh - Kategori Lelaki ( SNATCH )
~ 01.00 Tgh - 02.00 Ptg - REHAT ( Solat )
~ 02.00 Ptg - 05.00 Ptg - Kategori Lelaki ( CLEAN & JERK )
~ 05.00 Ptg - 06.00 Ptg - PENYAMPAIAN HADIAH

UJIAN
- Ujian Angkatan 

PERTANDINGAN
- Kejohanan Remaja Kebangsaan dan Kejohanan Bakat 2016

PERALATAN
Yang sedia ada

KECEDERAAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
- Kejohanan Dalaman dan Ujian Angkatan ( 09.04.2016 )

ULASAN
1. Kehadiran atlet Kejohanan dalaman adalah seramai 47 orang, 33 orang atlet lelaki dan 14 orang 
    atlet wanita. Semua atlet yang terlibat adalah berumur 12 - 16 tahun.
2. Kejohanan Dalaman ini bertujuan untuk memberi pededahan pertandingan kepada atlet untuk 
    menyertai Kejohanan Bakat di Terangganu dan Kejohanan Remaja Kebangsaan nanti.
3. Siri ke 2 Kejohanan Dalaman akan diadakan pada penghujung bulan Jun 2016, Siri 3 pada Ogos 
    2016 dan Siri 4 pada November 2016. Kejohanan Dalaman ini juga akan diteruskan untuk 
    tahun-tahun seterusnya dan menjadi acara tahunan program USPTNPs/MSNPs untuk mencari 
    bakat-bakat baru di Negeri Perlis.      
4. Terima kasih kepada semua waris kerana ramai datang memberi sokongan dan dorongan kepada 
​​    anak-anak.
5. Terima kasih​ juga kepada MSNPs  memberi peruntukan kewangan untuk penyedian hadiah untuk
    Kejohanan Dalaman tersebut.
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan







LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH

TARIKH                        : 12 April 2016
TEMPAT                       : Lapang Sasar Memanah, Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA                           : 4.30 - 7.00 Petang


KEHADIRAN

1)     JSM Mohd Zain Bin Shaffee

2)     JSM MSNPs Aiman Hafizuddin Bin Kamarzaman

3)    PPN Mohd Fitri Bin Azmi

4)  Peserta : Atlet Elite (8 orang) (4 L/4 P)

                       Atlet Pelapis (3 orang)

UJIAN

Scoring FITA

LATIHAN

-Tiada-

PERTANDINGAN

-Tiada-

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.         Kehadiran atlet menjalani latihan adalah memuaskan walaupun terdapat atlet yang mengikuti aktiviti sekolah berlarutan hingga petang.

2.         Ujian Scoring FITA dijalankan 2 kali seminggu dan scoring ujian akan di kutip setiap 2 minggu. Ujian ini bertujuan untuk memantau prestasi atlet dengan jadual latihan yang baru serta kesan sesi psikologi kepada atlet.

3.          Atlet menunjukkan kesan awal yang positif hasil daripada jadual latihan baru yang telah diubahsuai dengan keperluan atlet sebelum ke temasya Sukma Sarawak 2016 nanti.

Sekian, terima kasih.

Apr 7, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU - PERLIS

TARIKH                        : 6 April 2016
TEMPAT                       : 
Gelanggang Tinju Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA                           : 
5.00 petang


KEHADIRAN

1)     JSM Hamzah Hj. Abdullah

2)     PPN Dzulfifi Hafiz Bin Mamat

3)    6 Atlet Elit, 11 Atlet Pelapis dan 16 Atlet Bakat (SMK Guar Nangka)

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

1)     Warming Up

2)   5 KM Jogging

2)     Shadow Boxing

3)     Sparing

4)   Warming Down

PERTANDINGAN

-Tiada-

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.            Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet 6 orang(Elit), 11 orang(Pelapis) dan 16 orang(Bakat). Latihan bersama ini diadakan setiap hari Rabu di PLN Majlis Sukan Negeri Perlis.

2.            Latihan pada kali ini menumpukan pada segi teknikal ketika pertandingan. Kebanyakan atlet Bakat akan di bawa pada Karnival Bakat di Terengganu nanti.

3.            Tiada kecederaan serius berlaku sepanjang sesi latihan dijalankan.

 Sekian, terima kasih.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

LAPORAN PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL - PERLIS

TARIKH  : 6 April 2016
TEMPAT : Kompleks Sukan MSNPs
MASA      : 5.30 petang 
KEHADIRAN : JPM - Muhammad Afandi Abdullah
                         ATLET - 8 Org (7L),(1w)
UJIAN             : Tiada
LATIHAN       : Cadeance 50 km
KEJOHANAN : Junior Cycling Malaysia Criterium Series
KECEDERAAN : Tiada
ULASAN :
1. Latihan Pasukan berbasikal negeri perlis diadakan seperti biasa dengan kehadiran semua atlet senior. Latihan pada hari ini melibatkan kayuhan sejauh 50km dengan melakukan cadeance.
2. Atlet program Bakat dikendalikan oleh JSM Narisara di kumpleks sukan dengan seramai 12 orang atlet.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara