TARIKH :10/10/2015
TEMPAT : Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra KangarMASA : 7.00 am - 12.00pm
AKTIVITI YANG DIJALANKAN : 1. Kayuhan Jelajah Berbasikal Perlis
2. Berjalan kaki 1000 langkah
3. Senamrobik
4. Pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.
5. Pertandingan Bola Jaring, Futsal, Boling Padang,
Bola Tanpar Dewan.
ATURCARA :
7.00 Pagi : Ketibaan para peserta dan tetamu kehormat.
8.20 pagi : Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Azlan Man,M.B. Perlis
8. 30 pagi : Ketibaan DYTM Raja Muda Perlis
: Ucapan aluan oleh YAB Dato Seri MB Perlis.
: Titah perasmian Oleh DYTM Raja Muda Perlis.
: Gimik pelancaran
: Aktiviti regangan
9.10 pagi : Pelepasan peserta kayuhan berbasikal
(Oleh DYTM R.M.Ps )
: Senamrobik
: Taklimat berjalan kaki (1000 langkah)
: Aktiviti sukan lain bermula
12.00 tgh : Cabutan bertuah Oleh DYTM R.M.Ps
ULASAN :
Hampir 2000 orang peserta membanjiri Perkarangan Kompleks Tuanku Syed Putra dengan pelbagai aktiviti dijalankan semperna Hari Sukan Negara 2015. Majlis tersebut dihadiri M.B Perlis dan dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perlis. Majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan mengikut aturcara yang ditetapkan. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian
Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan
Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke
arah Wawasan 2020. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan
menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif
memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih
lagi rendah. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup
cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar
penyakit dikalangan rakyat Malaysia
No comments:
Post a Comment
Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated