Feb 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 1/2016 - PERLIS

TARIKH          : 24 - 28 Februari 2016
TEMPAT         : Keramat, Kuala Lumpur
MASA             : 8.30 pagi- 5.00 petang

KEHADIRAN

PEGAWAI    : Dzulfifi Hafiz Bin Mamat (SDO USPTN)

JURULATIH : 1. Aiman Hafizuddin Bin Kamarzaman (JPM MSNPs)

                     2. Md Zain Bin Shaffee (JSM USPTNps)

ATLET         : 4 orang lelaki

                     4 orang wanita

PERTANDINGAN

Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 1 2016

KECEDERAAN

Tiada

KEPUTUSAN

NAMA ATLET

KEDUDUKAN/SCORING

OLIMPIK ROUND

MUHD ZUBAIR BIN AHMAD

45/532

Round 1/16

MUHD KHAIRUL AKMAL

69/487

-

MUHD KHAIRUL AMIRIN

71/478

-

FAROUQ MAJDI

80/440

-

AIMUNI SABIHAH

23/465

Round 1/16

NATALIA EMILY

29/442

Round 1/32

NURUL AFZA

46/376

Round 1/16

NUR AINA YASMIN

47/373

Round 1/32

ULASAN

1.     Kejohanan pertama pada tahun 2016 ini disertai oleh negeri-negeri di Malaysia dan terdapat juga beberapa buah pasukan luar negara yang dijemput.

2.     Secara purata, atlet memanah Perlis berada di kedudukan pertengahan para peserta dengan purata pungutan mata sebanyak 250. Kesemua atlet wanita berjaya melayakkan diri ke pusingan Olimpik. Atlet lelaki hanya Muhd Zubair yang layak ke pusingan Olimpik. Bagi acara berpasukan, pasukan wanita dan campuran sahaja yang layak.

3.     Pada kejohanan kali ini, kebanyakkan atlet memanah Perlis tidak dapat memberikan keputusan yang baik kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan arrow yang baru.


Sekian, terima kasih.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

LAPORAN PEMANTAUN PLN BERBASIKAL

TEMPAT : MSNPs
TARIKH : 26 Feb 2016
MASA : 5.45pm
KEHADIRAN : Jsm Narisara
                           Atlet : L 6, W 4.
                           Peg : Sdo,KU USPTNPs

ULASAN : 
Sepuluh orang atlet baru hasil dari program tid pada 18 feb yang lalu di SMK Syed Sirajuddin Arau hadir bagi menjalani sesi latihan asas berbasikal di MSNPs. JSM Narisara memaklumkan kehadiran tersebut merupakan sebahagian atlet yang tersenarai dalam pemilihan program tid tersebut. Atlet baru ini akan menjalani latihan asas berbasikal selama 3 bulan di sekitar MSNPs bagi membiasakan diri atlet dengan program latihan sebenar di jalan raya yang akan dilaksanakan jsm nanti. JSM memaklumkan bahawa dia dan pihak isn akan memantau tahap kecergasan atlet ini dari masa kesemasa dan kehadiran, bagi memastikan atlet-atlet baru ini terus minat dan kekal dalam program. Atlet yang kurang berminat dan jarang hadir dalam sesi latihan akan diambil tindakan untuk tidak disenaraikan dalam program latihan dibawah MSNPs dan USPTNPs.




Feb 26, 2016

TID SUKAN ANGKAT BERAT, MEMANAH, BERBASIKAL DAN TINJU 2016-PERLIS


Tarikh  : 18 Februari 2016
Tempat : -SMK Syed Sirajuddin 8.00-10.00 pagi

                -SMK Putra 3.00-6.30 petang

KEHADIRAN

1.     Pegawai Pusat Satelit ISN Perlis

2.     4 PPN USPTNPs

3.     3 Penyelaras MSNPs

4.     JSM sukan memanah,tinju,olahraga,angkat berat, berbasikal dan karate.

5.     71 pelajar SMK Syed Sirajuddin

6.     126 pelajar SMK Putra.

UJIAN

- Ujian yang dijalankan adalah mengikut kepada sukan yang ditetapkan. Antaranya:-

1.     Antropometrik (berat badan, tinggi,tinggi duduk dan panjang depa)

2.     Jangkauan melunjur

3.     Lompat jauh berdiri

4.     Lompat menegak

5.     Bleep/Yoyo Test

6.     4x10 meter lari ulang alik

7.     Tekan tubi maksima

8.     1 minit bangun tubi

9.     40 meter lari pecut


ULASAN 

1.  Program ini diadakan selama 1 hari untuk sukan olahraga, berbasikal, memanah, angkat berat dan tinju. Ujian TID ini dijalankan pada sebelah pagi untuk SMK Syed Sirajuddin dan pada sebelah petang dijalankan di SMK Putra.

2. Sebanyak 71 orang pelajar daripada SMK Syed Sirajuddin yang menghadiri ujian ini terdiri daripada pelajar berumur 13, 14 dan 16 tahun. Manakala di SMK Putra pula 126 orang pelajar menghadiri ujian TID dimana pelajar yang menghadiri ujian ini terdiri daripada umur 13 dan 14 tahun sahaja.

3. Sebanyak 5 jenis sukan yang terlibat dalam program TID ini iaitu memanah, angkat berat, tinju, olahraga, berbasikal dan karate.

4. Sukan angkat berat dan olahraga mencatatkan jumlah penyertaan paling tinggi berbanding sukan lain yang dijalankan dengan 98 orang pelajar sukan angkat berat dan 51 orang untuk sukan olahraga.

5. Pihak ISN memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang program TID dijalankan.

6. JSM pada masa yang sama turut memilih pelajar yang mempunyai kelayakan spesifikasi sukan masing-masing untuk diserapkan ke dalam program Pelapis peringkat negeri.

Sekian,terima kasih.

Feb 24, 2016

LAPORAN PEMANTAUN KEJOHANAN MEMANAH MSSPs - PERLIS

TARIKH                        : 15 - 18 Februari 2016
TEMPAT                       : SK Behor Mali
MASA                           : 2.30 - 6.30 Petang


KEHADIRAN

1)     JSM Mohd Shubanthiro Bin Mohd Suhaimi

2)     JSM Mohd Zain Bin Shaffee

3)     PPN Dzulfifi Hafiz Bin Mamat

4)  Peserta : Bawah 18 (19 orang)

                   Bawah 15 (24 orang)

                   Bawah 12 (21 orang)

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

-Tiada-

PERTANDINGAN

Kejohanan Memanah MSSPs 2016

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.         Kejohanan memanah MSSPs pada kali ini kurang penyertaan berbanding pada edisi lalu keran kekangan dari segi peralatan dari pihak sekolah. Hal ini telah dibincangkan bersama-sama dengan Pengerusi Teknikal JPN Perlis.

2.         Seperti biasa, kejohanan kali ini juga telah didominasikan oleh atlet-atlet yang berada di dalam Program USPTN Perlis. Dari segi scoring, edisi ini mempunyai peningkatan pada sesetengah atlet program.

3.          Edisi kali ini, terdapat berberapa pemanah yang dapat diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri.

Sekian, terima kasih.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

PEMANTUAN PUSAT LATIHAN TINJU

TARIKH : 23 Feb 2016
TEMPAT : Gelanggang Tinju MSNPs
MASA : 5.45 Pm
KEHADIRAN: JSM En.Hamzah Hj Abdullah, JPM MSNPs En Prame Kiang
ATLET : 4 orang Atlet SUKMA, 7 orang pelapis.

LATIHAN
1. 6 km Slow Jog
2. Shadow Boxing
3. Pergerakan 1&2
4. Coach Pedding

PERALATAN
Gunapakai peralatan yang sedia ada, dan pihak MSNPs sudah membuat pembelian baru bagi PLN Tinju sesi 2016.

ULASAN
Bagi di awal tahun 2016 bulan Januari sehingga Jun merupakan fasa latihan intensif bagi pasukan SUKMA 2016 di Sarawak nanti. Bagi program latihan 2016 atlet PLN akan dibantu oleh JPM MSNPs dalam teknikal latihan harian. Latihan bagi atlet PLD dari SMK Guar Nangka berjalan seperti biasa seminggu sekali setiap hari rabu. Jsm memaklumkan bahawa beberapa perancangan awal latihan bersama pasukan negeri lain akan dilaksanakan menjelang temasya Sukma nanti.













LAPORAN PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL - PERLIS

TARIKH  : 21 Februari 2016
TEMPAT : Kompleks Sukan MSNPs
MASA      : 8.30 pagi 
KEHADIRAN : JPM - Muhammad Afandi Abdullah
                        JSM – Narissara a/p Sompong
                         ATLET - 7 Org (6L),(1w)
UJIAN             : Tiada
LATIHAN       : Endurance 80 km
KEJOHANAN : Tiada
KECEDERAAN : Tiada
ULASAN :
1. Latihan dijalankan seperti biasa pada hari minggu dengan kehadiran atlet yang terpilih untuk persediaan Sukma Sarawak 2016, Atlet mengadakan latihan di sekitar negeri Perlis dengan merangkumi jarak laluan sejauh 80 Km.
2. Mencadangkan atlet dibawah program sukma 2016 akan menjalani latihan Intensif dan latihan pusat untuk meningkatkan mutu kayuhan setiap atlet. Kem Latihan Pusat akan diadakan dalam masa terdekat ini.
 
Sekian terima kasih.
DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

Feb 22, 2016

Laporan Pemantauan Sukan Pelayaran

TARIKH            : 21 Februari 2016
TEMPAT           : PLN Timah Tasoh
MASA               : 2.00-7.00 Petang

 

KEHADIRAN

1. JSM Azro'in Mahmud

2. JSM Salehoddin 

3. Encik Hafiz (Pegawai Fisiologi ISN)

4. Encik Sukri (Penyelaras Sukma MSNPs)

5. Encik Fitri (PPN)

2. Atlet 13 (L/9, P/4)

                                                       

LATIHAN

1. Warm Up 

2. Persiapan bot

3. Triangle Course
4. Windward
5. Leeward

 

PERALATAN


2 buah bot Optimist, 3 buah bot Laser dan 1 buah bot 420

 

KECEDERAAN


Tiada

 

ULASAN

 

1.  Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran 9 orang atlet pelapis dan 4 orang dari atlet SUKMA.

2. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa sesi latihan.

3. Cuaca semasa latihan adalah baik, dimana angin bertiup kuat dan kadang kala sederhana dan ini membantu sesi latihan atlet berdepan dengan kekuatan tiupan angin yang berbeza.

 

Sekian, terima kasih.

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT

TARIKH            : 17.02.2016
TEMPAT           : Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA               : 5.30 Petang

KEHADIRAN
1)  JSM Rusli Othman
Atlet : 6 orang atlet (6 L,)

LATIHAN
1)    Warm Up 
2)   Front Squat
3)   Clean & Jack
4)   Clean Pull
5)   Cooling Down

PERALATAN
Yang sedia ada

ULASAN
1.Kehadiran atlet ke sesi latihan adalah seramai 6 orang, ramai atlet tidak dapat turun menjalani 
   latihan kerana terlibat dengan program peringkat sekolah.
2.Program TID di dua ( 2 ) pusat latihan PLD di SMK Putra dan SMK Syed Sirajuddin akan    
  diadakan  pada 18.02.2016 ( Khamis ) seperti yang telah ditetapkan. 
3.Tuan Pengarah berharap selepas TID nanti akan ada penambahan atlet yang berkualiti  di 2 pusat  
   PLD yang telah ditubuhkan, dan berharap sukan angkat berat di Negeri Perlis bertambah maju dan 
   dapat melahirkan atlet ke peringkat kebangsaan.

Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan






LAPORAN PEMANTUAN SUKAN SEPAK TAKRAW


Tarikh : 17.02.2016
Masa : 02.30 Petang
Tempat : Dewan Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perlis
Kehadiran :
Jurulatih
1. En. Aziz Bin Abdullah
2. En. Shahrul Ezmier Bin Che Romli
Atlet : 140 orang

KEJOHANAN
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Perlis ( MSSPs )

TARIKH KEJOHANAN
15  - 19 Feb 2016

PENGLIBATAN
28 Sekolah yang terlibat

PERALATAN
Peralatan KPM

ULASAN

1.  Sebanyak 28 sekolah yang terlibat untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Perlis  
     2016.
2.  Ramai atlet telah terpilih mengikut peringkat umur bawah 15 tahun untuk diserapkan di bawah 
     program USPTN tahun 2016.
3.  Jurulatih En. Aziz Bin Abdullah memaklumkan program pembangunan sukan sepak takraw 
     dari  USPTN/MSNPs banyak membantu dan menarik minat sekolah-sekolah lain untuk turun 
     menjalani latihan bersama program USPTN/MSNPs.
4. Maklum balas dari semua jurulatih yang terlibat semasa kejohanan MSSPs, banyak atlet 
    menunjukan peningkatan yang baik dan ramai pelajar telah berminat untuk mengikuti program 
    yang telah dianjurkan oleh USPTN/MSNPs.
4. Semua jurulatih juga berharap agar program ini dapat diteruskan demi pembangunan sukan sepak 
    takraw di Negeri Perlis.

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan







Feb 1, 2016

PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT

TARIKH            : 29.01.2016
TEMPAT           : Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA               : 5.30 Petang
KEHADIRAN
1)  JSM Rusli Othman
2)  JSM Mohd Faiz Musa
Atlet : 10 orang atlet (10 L,)

LATIHAN
1)   Warm Up 
2)   Front Squat
3)   Clean & Jack
4)   Clean Pull
5)   Cooling Down

PERALATAN
Yang sedia ada

ULASAN
1.Kehadiran atlet ke sesi latihan adalah seramai 10 orang, ramai atlet tidak dapat turun menjalani latihan kerana terlibat dengan program merentas desa  peringkat sekolah.
2.Dua ( 2 ) pusat latihan PLD pembangunan angkat berat iaitu SMK Putra dan SMK Syed Sirajuddin telah pun diwujudkan dan mendapat sokongan penuh dari pengetua kedua-dua sekolah tersebut.
3.JSM memaklumkan satu perubahan yang besar untuk sukan angkat berat bagi tahun 2016 di negeri Perlis, dan berharap dengan tertubuhnya 2 pusat latihan PLD di Negeri Perlis akan ada atlet dilahirkan untuk diketengahkan ke peringkat tinggi.
3.Hasil perbincangan bersama Pengetua SMK Putra dan SMK Syed Sirajuddin, kedua-dua sekolah bersetuju program TID akan dilaksanakan pada tarikh 18.02.2016 selepas tahun baru China.
4.Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis memberi sokongan penuh dan sedia membantu dalam menyediakan peralatan di PLD yang diwujudkan. Tuan Pengarah juga berharap dengan penubuhan 2 pusat LPD ini, perkembangan sukan angkat berat di Negeri Perlis bertambah maju dan dapat melahirkan atlet ke peringkat kebangsaan.

Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan