Tarikh : 18 Februari 2016
Tempat : -SMK Syed Sirajuddin 8.00-10.00 pagi
-SMK Putra 3.00-6.30 petang
KEHADIRAN
1. Pegawai Pusat Satelit ISN Perlis
2. 4 PPN USPTNPs
3. 3 Penyelaras MSNPs
4. JSM sukan memanah,tinju,olahraga,angkat berat, berbasikal dan karate.
5. 71 pelajar SMK Syed Sirajuddin
6. 126 pelajar SMK Putra.
UJIAN
- Ujian yang dijalankan adalah mengikut kepada sukan yang ditetapkan. Antaranya:-
1. Antropometrik (berat badan, tinggi,tinggi duduk dan panjang depa)
2. Jangkauan melunjur
3. Lompat jauh berdiri
4. Lompat menegak
5. Bleep/Yoyo Test
6. 4x10 meter lari ulang alik
7. Tekan tubi maksima
8. 1 minit bangun tubi
9. 40 meter lari pecut
ULASAN
1. Program ini diadakan selama 1 hari untuk sukan olahraga, berbasikal, memanah, angkat berat dan tinju. Ujian TID ini dijalankan pada sebelah pagi untuk SMK Syed Sirajuddin dan pada sebelah petang dijalankan di SMK Putra.
2. Sebanyak 71 orang pelajar daripada SMK Syed Sirajuddin yang menghadiri ujian ini terdiri daripada pelajar berumur 13, 14 dan 16 tahun. Manakala di SMK Putra pula 126 orang pelajar menghadiri ujian TID dimana pelajar yang menghadiri ujian ini terdiri daripada umur 13 dan 14 tahun sahaja.
3. Sebanyak 5 jenis sukan yang terlibat dalam program TID ini iaitu memanah, angkat berat, tinju, olahraga, berbasikal dan karate.
4. Sukan angkat berat dan olahraga mencatatkan jumlah penyertaan paling tinggi berbanding sukan lain yang dijalankan dengan 98 orang pelajar sukan angkat berat dan 51 orang untuk sukan olahraga.
5. Pihak ISN memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang program TID dijalankan.
6. JSM pada masa yang sama turut memilih pelajar yang mempunyai kelayakan spesifikasi sukan masing-masing untuk diserapkan ke dalam program Pelapis peringkat negeri.
Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated