Apr 5, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT - PERLIS

TARIKH                        : 4 April 2017
TEMPAT                       : Pusat Latihan Angkat Berat MSNPs
MASA                           : 5.00 petang hingga 7.00 petang

KEHADIRAN

1)     JSM Rosli Bin Othman

2)     JPM Negeri - Faiz Musa & Fatin Atikah

3)     PPN Dzulfifi Hafiz Bin Mamat

4)    12 orang atlet ( 7 lelaki, 5 wanita)

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

1)     Snatch Squat

2)     Snatch Pull

3)     Back Squat

PERTANDINGAN

- Tiada -

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.           Seramai 12 orang atlet telah menghadiri sesi latihan pada kali ini dengan kehadiran 7 orang lelaki dan 5 orang wanita. Pada sesi kali ini, atlet menjalani latihan Snatch Squat, Snatch Pull dan Back Squat beberapa ulangan. Selain itu, ketika latihan, atlet ditekankan untuk memecahkan angkatan terbaik peribadi masing-masing. Atlet menunjukkan komitment tinggi dan memberikan penumpuan yang amat baik.

2.            Beberapa perbincangan dilakukan bersama-sama JSM USPTNPs dan JPM MSNPs dalam memperbaiki dan merancang program latihan untuk meningkatkan prestasi semasa atlet.

3.            Tiada isu yang dimaklumkan oleh JSM buat masa kini.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated