Feb 25, 2014

KEJOHANAN SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC JUNIOR CIRCUIT 2014-PENANG LEG

TARIKH            : 21 - 23  Februari 2014
TEMPAT           : Mega Bowling Centre, Prai, Penang.
MASA               : 5.30 petang – 9.30 malam

 

KEHADIRAN

 

1.     JSM Shahidi @ Shaharani bin Othman

2.     JSM Zunika bt Zainal

3.     SDO Nur Amalina Bt. Adznan

4.     Atlet  L : 12 org  P : 6 org

 

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN

 

Seramai  18 orang Atlet Pelapis Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis di bawah umur 18 Tahun telah dipilih untuk mewakili Negeri Perlis bagi menyertai Kejohanan tersebut. Perlis mengambil bahagian dalam 5 acara yang dipertandingkan iaitu Boys Open, Girls Open, Boys Graded, Girls Graded dan Boys Under 12. 

Dilampirkan senarai nama atlet mengikut acara dan keputusan pertandingan yang disertai di bawah :    

Atlet yang di "bold"kan merupakan atlet yg layak ke pusingan kedua.  

 

Tahniah kepada atlet yg berjaya ke pusingan kedua dan harap dapat mengekalkan prestasi di kejohanan 

yang akan datang.        

 

NAMA

ACARA

PRESTASI    ( AVE )

RANKING

Nurul Shahira Bt Shahidi

Girls' Open

161.88

20/31

Zarul Natasya bt Zamzuri

Girls' Open

162.13

19 / 31

Nor Athira Najwa Bt Rosli

Girls' Open

135.75

30 /31

Wan Nooranis Bt Wan Zaid

Girls' Graded

157.38

21 / 43

Amiera Dannia bt Mat Isa

Girls’ U12

132.90

9/28

Nurhani Yasmin bt Mohd Saad

Girls’ U12

127.90

11/28

Imran Az – Zahari B. Zainon

Boys' Graded

187.93

8/75

Zarul Akmar B. Zamzuri

Boys' Graded

167.75

30/75

Iskandar Zulkarnain b. Dali

Boys' Graded

147.13

56/75

Mifzal Haziq bin Mustaffa

Boys' Graded

144.38

59/75

Muhammad Amir Fauzan b. Norizal

Boys' Graded

128.88

68/75

Wan Zuhairi Izlan bin Wan Saiful Baharin

Boys’ Open

191.07

15/57

Abdul Rashid bin Azizan

Boys’ Open

168.50

42/57

Muhammad Asyraf b. Azme

Boys Open

163.50

46/57

Muhammad Alif B. Mahidi

Boys Open

159.75

49/57

Nasiruddin bin Najmi

Boys Open

154.63

51/57

Muhammad Zharfan B. Shahidi

Boys' U12

165.90

5/36

Muqri Hadif bin Mustaffa

Boys' U12

145.70

12/36

 

 

Sekian, Terima kasih

 


Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TENPIN BOLING

TARIKH            : 12 Februari 2014
MASA               : 8 - 10.30 Malam
TEMPAT           : Perlis Bowl.

KEHADIRAN

1) JSM Shahidi @ Shaharani b. Othman
2) JSM Zunika bt.Zainal
3) Atlet : 11 Lelaki, 9 Perempuan

LATIHAN

1 )  Knee Down
2 )  Balancing

PERTANDINGAN 

1 )        Kejohanan Tenpin Boling Junior Circuit - Penang Leg pada 21 - 23 Februari 2014

ULASAN 

1 )        Perjumpaan pertama Jurulatih, atlet dan Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Tenpin Bowling. Ucapan tahniah kepada atlet yang berjaya dan dipilih untuk mewakili Program Pelapis USPTN Perlis.

2 )        SDO memberi pesanan agar berlatih bersungguh - sungguh dan berharap agar tidak ponteng latihan.

3 )        Jurulatih menjalankan "Roll - Off" untuk pemilihan atlet ke Kejohanan Tenpin Boling Junior Circuit 2014 - Penang Leg.

 

Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

Feb 24, 2014

BENGKEL PEMANTAPAN KEJURULATIHAN SUKMA KONTIJEN NEGERI PERLIS 2014

TARIKH          : 13 Februari 2014
TEMPAT         : Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis
MASA             : 8 pagi – 5.30 petang

KEHADIRAN

1.    JPM/JSM USPTN dan MSN Perlis
2.    Penyelaras Sukan/SDO USPTN
3.    Pegawai Institut Sukan Negara (ISN) Satelit Perlis dan Kelantan

ULASAN

1.         Bengkel Pemantapan Kejurulatihan SUKMA Kontijen Negeri Perlis 2014 ini bertujuan untuk penyediaan pelan periodisasi tahunan mengikut sukan.

2.         Antara sukan-sukan yang terlibat dalam bengkel ini adalah terdiri dari sukan dibawah program USPTN sendiri iaitu Angkat Berat, Lawn Bowl, Berbasikal, Sepak Takraw, Memanah, Pelayaran, Tinju, Bowling, Olahraga dan beberapa sukan dibawah kelolaan Majlis Sukan Negeri Perlis iaitu Gimrama, Tennis, Petanque, Menembak, Kayak dan Golf.

3.         Berikut merupakan tentatif program bengkel tersebut :-

            0800-0830         Pendaftaran
            0830-0900         Ucapan alu-aluan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis
            0900-1000         Pengenalan Pelan Periodisasi
                                    (Pakar Suaian Fizikal ISN)
            1000-1030         Minum Pagi
            1030-1300         Merangka Pelan Periodisasi
                                    (Fasilitator : Pakar Suaian Fizikal ISN)
            1300-1415         Makan tengahari
            1415-1600         Menyiapkan Pelan Periodisasi
                                    (Fasilitator : Pakar Suaian Fizikal ISN)
            1600-1630         Minum petang
            1630-1730         Review Pelan Periodisasi
                                    (Fasilitator : Pakar Suaian Fizikal ISN)
            1730                 Pengumpulan Pelan Periodisasi


Sekian, terima kasih. 


Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

Feb 19, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN - EKSPEDISI MERENTAS SELAT MELAKA DARI KUALA PERLIS KE LANGAKWI

TARIKH          : 12 Februari 2014
TEMPAT         : Jeti Kuala Perlis
MASA             : 9 pagi - 7 petang

KEHADIRAN

1.    3 orang Atlet Pelapis Negeri Perlis dan 4 orang pelayar bebas.
2.    JSM sukan Pelayaran Negeri Perlis.
3.    PPN sukan Pelayaran Negeri Perlis.
4.    Pemangku Ketua Unit USPTN Perlis.
5.    Pengarah Pelancongan Negeri Perlis.
6.    Maritim Negeri Perlis.
7.    Ibubapa Atlet Pelayaran Negeri Perlis.

UJIAN

Tiada

LATIHAN

Tiada

PERTANDINGAN

Kejohanan 11th Langkawi International Regatta Perdana 2014

KECEDERAAN

Tiada

ULASAN

1.         Ekpedisi merentas Selat Melaka dari Kuala Perlis ke Langkawi ini disertai oleh 7 orang pelayar. 6 pelayar lelaki dan seorang pelayar wanita.

2.         Atlet Pelapis Negeri Perlis turut menyertai ekspedisi ini. Mereka adalah Muhammad Shaufi bin Salehoddin (Windsurfing), Muhammad Syafiq bin Salehoddin (Laser 4.7) dan Anwar Hudzaifah bin Mohd Idris (Laser 4.7).

3.         Tujuan utama ekspedisi ini diadakan adalah untuk mempromosikan Temasya SUKMA Perlis 2014 yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Mei 2014 ini. Ekspedisi ini juga bertujuan untuk menguji kekuatan mental dan fizikal atlet pelayaran Pelapis Negeri Perlis yang merupakan juga atlet SUKMA Negeri Perlis bagi sukan pelayaran.

4.         Ekspedisi bermula pada tepat jam 10 pagi yang dirasmikan dan dilepaskan oleh Pengarah Perlancongan Negeri Perlis iaitu Encik Anuar. Para pelayar diiringi oleh bot Maritim Negeri Perlis dan Bot Persatuan Pelayaran Malaysia dari Kuala Perlis ke Langkawi.

5.         Cuaca yang amat banyak membantu dalam melancarkan ekspidesi ini dan para pelayar tiba di Langkawi pada jam 6.35 petang.

6.         Atlet Pelapis Negeri menyertai Kejohanan 11th Langkawi International Regatta Perdana 2014 bertempat di National Sailing Centre, Langkawi, Kedah pada keesokkan harinya.

Sekian, terima kasih. 



Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

Feb 12, 2014

PEMANTAUAN SUKAN LAWN BOWL

TARIKH            : 11 Febuari 2014
TEMPAT           : Gelanggang Lawn Bowl JBS Kangar
MASA               : 6.15 petang

KEHADIRAN

1. JSM Kamis Harun
2. Atlet 6 lelaki dan 6 wanita

LATIHAN

1. Yard
2. Draw in
3. Mini game single ranking

PERALATAN

- Mohon bantuan peralatan dari pihak cawangan

PROGRAM BINAAN

- Kem Pemantapan Sukan Lawn Bowl (SUKMA) pada awal Mac

PERTANDINGAN

- Kejohanan Pra SUKMA (Single,Pairs,Triple dan Fours) pada 16-22 Mac 2014

ULASAN

1.         Kehadiran atlet pada latihan amat memuaskan.

2.         Keseluruhan atlet SUKMA terutamanya menjalani latihan walaupun ada diantara atlet yang baru pulang dari Kejohanan SUKIPT.

3.         JSM memaklumkan pihak Persekutuan Lan Bowl Malaysia akan menganjurkan kejohanan pra sukma pada Mac nanti.

4.         Pada kejohanan SUKIPT atlet Perlis yang mewakili UiTM telah berjaya membawa pulang 1 emas dan 1 perak menerusi acara single dan paira wanita.

5.         Latihan persediaan SUKMA akan ditambah iaitu pada Selasa,Khamis,Sabtu dan Ahad.


Sekian,terima kasih

 

Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

PEMANTAUAN SUKAN SEPAK TAKRAW

TARIKH            : 11 Febuari 2014
MASA               : 5.30 petang
TEMPAT           : Dewan Rakan Sukan MSNPs

KEHADIRAN

1. JSM Aziz Abdullah
2. JSM Rosli Mansor
3. Atlet 20 orang

LATIHAN

1. Warm up/regangan
2. Teknik servis
3. First ball
4. Latih tubi
5. Skipping

PERALATAN

- Memohon tambahan jaring kerana jaring sedia ada sudah koyak

ULASAN

1.         Pihak USPTN dan SMK S.Hassan bekerjasama erat dalam program pembangunan sepak takraw di mana atlet2 yang terpilih ke dalam program akan ditempatkan sepenuhnya di sekolah tersebut.

2.         Senarai penuh atlet baru akan dimaklumkan kemudian kerana masih terdapat atlet2 takraw yang belum hadir untuk latihan.

3.         Hanya 3 orang atlet pembangunan yang membarisi mewakili Perlis pada SUKMA nanti.


Sekian,terima kasih

Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

PERJUMPAAN BERSAMA ATLET BERBASIKAL NEGERI PERLIS

TARIKH            :11 Febuari 2014
MASA               : 5.30 petang
TEMPAT           : Sekitar kawasan pejabat MSNPs

KEHADIRAN

1. JPM Mohd Affendi Abdullah
2. JSM Narissara
3. JSM PPS Nishanti
4. Atlet 15 lelaki dan 6 wanita

LATIHAN

- Latihan gimnasium dibantu oleh Pegawai dari ISNPs.

PERTANDINGAN

1. Kejohanan Lumba Basikal Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2014

KECEDERAAN

- beberapa orang atlet mengalami demam panas akibat cuaca terik di Perlis

PERALATAN

- Peralatan tiub dalam dan tayar yamg kehabisan

ULASAN

1.         JPM menegur beberapa orang atlet yang kurang memuaskan kehadiran.

2.         Kebanyakan atlet siam tidak dapat hadir ke latihan keranan kekangan dari pihak sekolah.

3.         Surat pelepasan atlet twlah dihantar ke pihak JPN untuk tindakan.

4.         Terdapat juga atlet yang mengalami demam yang panjang

5.         Pasukan berbasikal Perlis akan memulakan latihan SUKMA pada 24hb Febuari ini hingga 4 Mac di Cameron Highland. Beberapa orang atlet pembangunan juga akan dibawa berlatih bersama pasukan SUKMA

6.         Beberapa atlet baru juga turut sama berlatih pada petang ini di mana atlet PPS akan didaftarkan.

Sekian,terima kasih

Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH BERBASIKAL PERLIS

TARIKH       : 10 Januari 2014
MASA          : 4.00 petang
TEMPAT       : Bilik Mesyuarat MSNPs

KEHADIRAN

1. JPM Mohamad Affendi Abdullah
2. JSM Rahizal Mohd Ghazali (BMX)
3. JSM Narissara
4. JSM Nishanti

PERTANDINGAN:

1. Kejohanan Lumba Basikal Trek Remaja Kebangsaa Sirkit 1/2014
2. Kejohanan MTB Challenge Baling

ULASAN:

1.         PPN memperkenalkan diri sebagai SDO Basikal yang baru bagi menggantikan En. Shairul Ambri Salim yang telah bertukar ke jabatan lain. 


2.         Beberapa agenda dibincangkan berkenaan senarai atlet SUKMA yang akan didaftarkan. JPM/JSM telah bersetuju untuk membahagikan kouta penyertaan untuk acara road race dan acara BMX/MTB/Downhill


3.         PPN juga ada menerangkan berkenaan laporan jurulatih dan permohonan bajet bagi sukan berbasikal mestilah dihantar setiap bulan supaya pihak pentadbiran dapat membayar elaun secepat mungkin.


4.         Perbincangan berkenaan program PPS di mana perancangan pada tahun ini adalah untuk menjalankan program ini pada bulan Mac kerana pada bulan Julai akan ada banyak kekangan program dan sebagainya. PPN juga merancang untuk membuka 1 lagi pusat PPS di SMK Dato Jaafar Hassan dan JSM yang akan dilantik adalah dari kalangan bekas pelumba sendiri.


5.         Perancangan juga adalah untuk memasukkan acara BMX di bawah USPTN bagi memudahkan pemantauan dan sokongan dari pihak cawangan Pelapis serta mendapat bantuan peralatan.


6.         Pada SUKMA Mei nanti,sukan berbasikal Perlis akan mencuba untuk mendapatkan sekurang2nya 3 pingat as dalam acara road race manakala bg acara BMX/MTB/Downhill 1 pingat emas.


7.         JPM juga ada meluahkan hasrat untuk melihat ramai lagi bekas2 atlet yang dilantik menjadi jurulatih di peringkat negeri. 


8.         Perancangan pada tahun ini adalah berdasarkan pada KPI yang telah ditetapkan oleh PN sendiri.

 

Sekian,terima kasih


Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

Feb 3, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU

TARIKH                        : 30 Januari 2014
TEMPAT                       : 
Dry Gym
MASA                           : 
5.30 Petang


KEHADIRAN

1)     JSM Hamzah Hj. Abdullah

2)     PPN Muhamad Nizam

3)     2 orang atlet

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

1)     5 km slow jog

2)     Coach Padding

PERTANDINGAN

-Tiada-

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.            Kebanyakkan atlet pelapis negeri masih tidak dapat menghadirkan diri ke sesi latihan kerana aktiviti sekolah yang sudah bermula.

2.            JSM ada memaklumkan tentang peralatan latihan yang tiada dan tidak mencukupi. Antara peralatan latihan yang tiada dan tidak mencukupi di PLN tinju adalah seperti bandages, gloves, punch bag, padding, skipping ropes, fitness jacket dan lain-lain.

3.         JSM juga berharap perkara yang dibangkitkan ini mendapat perhatian daripada pihak Cawangan Pelapis bagi melancarkan proses latihan dijalankan.

4.            Tiada kecederaan serius berlaku sepanjang sesi latihan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis