TARIKH : 12 Februari 2014
TEMPAT : Jeti Kuala Perlis
MASA : 9 pagi - 7 petang
KEHADIRAN
1. 3 orang Atlet Pelapis Negeri Perlis dan 4 orang pelayar bebas.
2. JSM sukan Pelayaran Negeri Perlis.
3. PPN sukan Pelayaran Negeri Perlis.
4. Pemangku Ketua Unit USPTN Perlis.
5. Pengarah Pelancongan Negeri Perlis.
6. Maritim Negeri Perlis.
7. Ibubapa Atlet Pelayaran Negeri Perlis.
UJIAN
Tiada
LATIHAN
Tiada
PERTANDINGAN
Kejohanan 11th Langkawi International Regatta Perdana 2014
KECEDERAAN
Tiada
ULASAN
1. Ekpedisi merentas Selat Melaka dari Kuala Perlis ke Langkawi ini disertai oleh 7 orang pelayar. 6 pelayar lelaki dan seorang pelayar wanita.
2. Atlet Pelapis Negeri Perlis turut menyertai ekspedisi ini. Mereka adalah Muhammad Shaufi bin Salehoddin (Windsurfing), Muhammad Syafiq bin Salehoddin (Laser 4.7) dan Anwar Hudzaifah bin Mohd Idris (Laser 4.7).
3. Tujuan utama ekspedisi ini diadakan adalah untuk mempromosikan Temasya SUKMA Perlis 2014 yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Mei 2014 ini. Ekspedisi ini juga bertujuan untuk menguji kekuatan mental dan fizikal atlet pelayaran Pelapis Negeri Perlis yang merupakan juga atlet SUKMA Negeri Perlis bagi sukan pelayaran.
4. Ekspedisi bermula pada tepat jam 10 pagi yang dirasmikan dan dilepaskan oleh Pengarah Perlancongan Negeri Perlis iaitu Encik Anuar. Para pelayar diiringi oleh bot Maritim Negeri Perlis dan Bot Persatuan Pelayaran Malaysia dari Kuala Perlis ke Langkawi.
5. Cuaca yang amat banyak membantu dalam melancarkan ekspidesi ini dan para pelayar tiba di Langkawi pada jam 6.35 petang.
6. Atlet Pelapis Negeri menyertai Kejohanan 11th Langkawi International Regatta Perdana 2014 bertempat di National Sailing Centre, Langkawi, Kedah pada keesokkan harinya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated