Feb 12, 2014

PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH BERBASIKAL PERLIS

TARIKH       : 10 Januari 2014
MASA          : 4.00 petang
TEMPAT       : Bilik Mesyuarat MSNPs

KEHADIRAN

1. JPM Mohamad Affendi Abdullah
2. JSM Rahizal Mohd Ghazali (BMX)
3. JSM Narissara
4. JSM Nishanti

PERTANDINGAN:

1. Kejohanan Lumba Basikal Trek Remaja Kebangsaa Sirkit 1/2014
2. Kejohanan MTB Challenge Baling

ULASAN:

1.         PPN memperkenalkan diri sebagai SDO Basikal yang baru bagi menggantikan En. Shairul Ambri Salim yang telah bertukar ke jabatan lain. 


2.         Beberapa agenda dibincangkan berkenaan senarai atlet SUKMA yang akan didaftarkan. JPM/JSM telah bersetuju untuk membahagikan kouta penyertaan untuk acara road race dan acara BMX/MTB/Downhill


3.         PPN juga ada menerangkan berkenaan laporan jurulatih dan permohonan bajet bagi sukan berbasikal mestilah dihantar setiap bulan supaya pihak pentadbiran dapat membayar elaun secepat mungkin.


4.         Perbincangan berkenaan program PPS di mana perancangan pada tahun ini adalah untuk menjalankan program ini pada bulan Mac kerana pada bulan Julai akan ada banyak kekangan program dan sebagainya. PPN juga merancang untuk membuka 1 lagi pusat PPS di SMK Dato Jaafar Hassan dan JSM yang akan dilantik adalah dari kalangan bekas pelumba sendiri.


5.         Perancangan juga adalah untuk memasukkan acara BMX di bawah USPTN bagi memudahkan pemantauan dan sokongan dari pihak cawangan Pelapis serta mendapat bantuan peralatan.


6.         Pada SUKMA Mei nanti,sukan berbasikal Perlis akan mencuba untuk mendapatkan sekurang2nya 3 pingat as dalam acara road race manakala bg acara BMX/MTB/Downhill 1 pingat emas.


7.         JPM juga ada meluahkan hasrat untuk melihat ramai lagi bekas2 atlet yang dilantik menjadi jurulatih di peringkat negeri. 


8.         Perancangan pada tahun ini adalah berdasarkan pada KPI yang telah ditetapkan oleh PN sendiri.

 

Sekian,terima kasih


Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated