TARIKH : 03 – 09 Jun 2015
TEMPAT : Akademi Serantau dan Dewan Latihan Angkat Berat
MASA : 4.30 petang – 7.00 petang
KEHADIRAN
1) PPN Muhamad Nizam
2) JSM Rusli Othman
3) 7 orang atlet
4) 3 orang Jurulatih Pelapis Serantau
5) 3 orang atlet Pelapis Serantau
UJIAN
-Tiada-
LATIHAN
-Tiada-
PERTANDINGAN
Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2/2015 Kedah
PERALATAN
Barbell, Plate dan Getah Platform
KECEDERAAN
-Tiada-
PROGRAM BINAAN
-Tiada-
ULASAN
1. Program ini dijalankan bagi memberi latihan dan pendedahan tambahan kepada atlet Pelapis sukan Angkat Berat Negeri Perlis. Program ini melibatkan 7 orang atlet Pelapis Negeri Perlis. Tumpuan diberikan kepada atlet yang berusia 15 tahun ke bawah.
2. Program ini juga dijalankan untuk memberi persediaan kepada atlet untuk menghadapi Kejohanan Pelapis Negeri Zon Utara Siri 2/2015 di Kedah dan juga bagi mengahadapi kejohanan yang akan datang.
3. Jurulatih di Pelapis Serantau banyak memberi tumpuan dan tunjuk ajar dari segi teknik angkatan kepada atlet pelapis. Atlet juga mudah faham dengan apa yang diajar oleh jurulatih tersebut.
4. PPN juga turut mendapat komen-komen positif dari Jurulatih Pelapis Serantau berkaitan atlet Pelapis Negeri Perlis. Antara komen yang dilontarkan oleh Jurulatih Pelapis Serantau adalah atlet Pelapis Negeri Perlis mempunyai asas angkatan yang baik.
5. PPN dan USPTN Perlis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Akademi Serantau kerana member kerjasama yang baik sepanjang kami berada di sana bagi menjalani latihan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated