Dec 31, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BOLING PADANG - PERLIS

TARIKH : 27 Disember 2016
TEMPAT
 : Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
MASA
 : 10.00 pagi - 6.30 petang
KEHADIRAN
 JSM USPTNPs - Kamis Bin Harun
                            JSM USPTNPs - Saifulnizam Ishak
                       
ATLET : 15 orang atlet (8 L / 7 W)

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Single (Ranking)
3. Cooling down

PERTANDINGAN
Ranking antara atlet

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Latihan petang ini dijalankan dengan membuat pertandingan kecil (ranking) sesama atlet.
2.           Semua atlet akan berlawan antara satu sama lain (round-robin) dan pertandingan hanya dijalankan 1 jam bagi satu perlawanan.  
3.       Ranking ini akan dijalankan 3 bulan sekali untuk melihat kosistensi prestasi atlet berbanding dengan ranking yang telah dijalankan sebelum ini. Selain itu, ia juga pendedahan kepada atlet pelapis berdepan dengan atlet elite negeri. 

Sekian, terima kasih.

Dec 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN DALAMAN SUKAN PELAYARAN 2016 - PERLIS

TARIKH : 25 Disember 2016
TEMPAT : Pusat Sukan Air Empangan Timah Tasoh, Perlis
MASA : 10.00 pagi - 6.30 petang
KEHADIRANJSM USPTNPs -  Encik Salehhodin
                       JSM USPTNPs - Encik Azro'in Bin Mahmood
                       JSM MSNPs - Encik Abdul Aziz

ATLET : 12 orang atlet (L), 12  orang atlet (W)

UJIAN
Tiada

LATIHAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Dalaman Sukan Pelayaran 2016

PERALATAN
5 buah bot Laser Radial,2 buah bot Int. 420's, 2 Windsurf Bic Techno dan 10 buah bot Optimist.

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Penyertaan atlet yang menyertai kejohanan ini adalah seramai 24 orang daripada 30 orang atlet dan hanya 4 race sahaja dijalankan untuk kejohanan dalaman ini.
2.           Fokus utama kejohanan dalaman ini dianjurkan adalah untuk memberi pengalaman dan pendedahan suasana regatta kepada atlet baru yang menyertai sukan pelayaran terutama atlet optimist dan windsurf.
3.      Selain itu juga, satu taklimat diberikan kepada ibu bapa atlet berkenaan program latihan dan kejohanan untuk tahun 2017.
4.      Secara keseluruhannya objektif kejohanan dalaman ini mencapai sasaran untuk memberikan pengalaman dan pendedahan kepada atlet baru berkenaan suasana dan prosedur semasa regatta berlangsung.

Sekian, terima kasih.

Dec 14, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH - PERLIS

TARIKH : 13 Disember 2016
TEMPAT : Lapang Sasar Memanah,MSN Perlis (PLN)
MASA : 4.00 - 6.30 petang
KEHADIRANJPM MSNPs – Encik Aiman Hafizuddin
                       JSM USPTNPs -  Encik MD Zain
                       
ATLET : 16 orang atlet (L/8,W/8).

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Shooting form
3. Free shooting 30 & 60 meter
4. Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Sedia ada

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Latihan pada sesi petang dijalankan dengan latihan shoot form dan free shooting 30 & 60 meter.
2.      Beberapa orang atlet yang tidak dapat menjalani latihan kerana terlibat dengan kelas di pusat pengajian.
3.      Jurulatih dan atlet PLN membuat persediaan akhir sebelum ke Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2016.
4.      Perbincangan bersama jurulatih diadakan untuk meletakkan sasaran atlet di Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2016 dan benchmark kepada atlet untuk dimasukkan ke dalam program elite negeri.

Sekian, terima kasih.

Dec 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN - PERLIS

TARIKH : 12 Disember 2016
TEMPAT : Pusat Sukan Air Empangan Timah Tasoh, Perlis
MASA : 3.00 petang - 6.30 ptg
KEHADIRANJSM USPTNPs -  Encik Salehhodin
                       JSM USPTNPs - Encik Azro'in Bin Mahmood
                       JSM MSNPs - Encik Abdul Aziz

ATLET : 10 orang atlet (L), 11  orang atlet (W)

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Basic sailing training (Optimist)
3. Mini Race (Laser, 420's & windsurf)
4. Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
3 buah bot Laser 4.7,2 buah bot Laser Radial, 3 Windsurf Bic Techno dan 7 buah bot Optimist.

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Kehadiran atlet yang menajalani sesi latihan amat memuaskan di mana kebanyakkan atlet turun menjalani latihan,
2.           Latihan diteruskan mengikut jadual latihan yang dirancang oleh jurulatih terutama latihan untuk atlet baru kelas optimist  dan windsurf.
3.      Sesi latihan pada hari tersebut turut berlangsung juga Karnival Horey-Heray anjuran Tasoh Lake Resort. Pihak Persatuan Pelayaran Negeri Perlis juga mengambil kesempatan dari karnival ini untuk membuat sesi pengenalan sukan pelayaran dan  memilih atlet baru yang berminat dengan sukan pelayaran. Penerangan diberikan kepada ibu bapa dan atlet yang berminat dengan sukan pelayaran dan satu klinik akan diadakan untuk menjelaskan lagi sukan pelayaran kepada atlet yang baru mencuba sukan ini.
4.      Pengenalan berkenaan sukan pelayaran di karnival tersebut berjaya menarik minat 15 atlet muda bawah 12 tahun untuk menceburi sukan ini.

Sekian, terima kasih.

Dec 9, 2016

LAPORAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016


TARIKH                        : 29 November - 3 Disember 2016
TEMPAT                       : Melaka
MASA                          : 8.00 Pagi – 7.00 Petang
KEHADIRAN
1)      1 orang KUN
2)      4 orang Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) USPTNPs
2)     18 orang JSM Negeri Perlis
3)     89 Atlet Baka Negeri Perlis

PERTANDINGAN
Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016

KEPUTUSAN PENUH NEGERI PERLIS SAHAJA

SUKAN
EMAS
PERAK
GANGSA
JUMLAH
ANGKAT BERAT
3
3
3
9
OLAHRAGA
1

1
2
MEMANAH




SEPAK TAKRAW


1
1
TINJU

1
1
2
GIMRAMA


1
1
JUMLAH
4
4
7
15

SUKAN
NAMA ATLET
PINGAT
ACARA
EMAS
PERAK
GANGSA
Angkat Berat
Muhammad Nabil Fikri Bin Hadzri

1

50 kg (Bawah 15)
Muhammad Nur Faris B Supriyanto


1
56 kg (Bawah 15)
Muhamad Nur Iman Bin Mohd Ani

1

77 kg (Bawah 15)
Nurul Ain Husna Bt Che Mohd Nor
1


48 kg (Bawah 15)
Nur Farah Wahida Bt Mat Husin
1


53 kg (Bawah 15)
Nurul Umairah Bt Sahar
1


58 kg (Bawah 15)
Sharifah Aiesyah Al Qadree


1
48 kg (Bawah 13)
Nur Aina Binti Badon


1
>63 kg (Bawah 15)
Nur Afifah Bt Badon

1

>48 kg (Bawah 13)
Olahraga
Muhammd Nadhir Bin Md. Nizam
1


L 14
Shadid Bin Adnan


1
L 13
Sepak Takraw
Muhammad Aiman Halim


1
Regu B 14
Muhammad Shahahril Aimin Halim
Ku Shuhaimi Ku Isa
Muhammad Fikri Rohaizi
Muhammad Fahmi Dinie
Tinju
Mohd Mazli Akmal B Hashim


1
54 kg
Mohd Iqbal Naim Bin Hamzah

1

66 kg
Gimrama
Nurul Hasuha


1
Berpasukan
Najidah
Nahidah
Memanah





JUMLAH KESELURUHAN
4
4
7
15

ULASAN
 
1.         Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016  yang diadakan di Melaka bermula dari 30 Nov hingga 3 Dis 2016 merupakan siri terakhir kejohanan peringkat bakat pada tahun 2016. Pasukan Negeri Perlis menghantar sebanyak 6 sukan di dalam kejohanan kali ini iaitu Angkat Berat, Sepak Takraw, Olahraga, Tinju, Memanah dan Gimrama. Kontinjen Negeri Perlis dengan kekuatan penuh seramai 89 orang atlet, 18 orang jurulatih dan 5 orang pegawai telah menyertai kejohanan ini.

2.         Prestasi atlet Pelapis Negeri Perlis agak memuaskan bagi semua sukan dimana setiap sukan berjaya menyumbang pingat kepada Negeri Perlis kecuali sukan memanah. Sukan Angkat Berat  menjadi penyumbang pingat utama bagi kejohanan kali ini dengan  menyumbang 3 emas, 3 perak dan 3 gangsa. Manakala sukan olahraga menyumbang 1 emas dan 1 gangsa. Sukan Tinju hanya menyumbang 1 pingat perak dan 1 gangsa manakala sukan sepak takraw dan gimrama masing-masing membawa pulang 1 pingat gangsa. Menjadikan keseluruhan pingat bagi kontijen Negeri Perlis adalah sebanyak 4 emas, 4 perak dan 7 gangsa.

3.          Tiada sebarang kecederaan  dilaporkan pada sepanjang kejohanan ini berlangsung.

4.         Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah USPTN Melaka diatas kejayaan menganjurkan kejohanan ini. Atlet akan cuba untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan mereka akan mempamerkan persembahan yang terbaik.
Sekian, terima kasih.






LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BOLING PADANG - PERLIS

TARIKH : 8 Disember 2016
TEMPAT
 : Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
MASA
 : 5.00 - 7.00 petang
KEHADIRAN
 JSM USPTNPs - Kamis Bin Harun
                       
ATLET : 8 orang atlet (4 L / 4 W)

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Mini Game (Pairs)
3. Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Atlet menjalankan latihan seperti biasa walaupun sesetengah atlet tidak dapat menjalani latihan kerana tidak sihat.
2.           Latihan dijalankan dengan mini game Pairs antara atlet untuk persediaan Kejohanan Dalaman Siri 3/2016 yang bakal berlangsung pada 24-25 Disember 2016. Acara yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut ialah Single & Pairs
3.       Kejohanan dalaman ini untuk mengukur prestasi atlet yang baru menyertai kejohanan dalaman siri 2/2016 pada 19-20 November yang lalu.
4.       Pendedahan kejohanan dalaman untuk atlet pelapis negeri membantu atlet dalam penyesuaian diri di dalam suasana kejohanan dan pengalaman ketika berdepan dengan musuh yang lebih berpengalaman.    

Sekian, terima kasih.