Dec 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN - PERLIS

TARIKH : 12 Disember 2016
TEMPAT : Pusat Sukan Air Empangan Timah Tasoh, Perlis
MASA : 3.00 petang - 6.30 ptg
KEHADIRANJSM USPTNPs -  Encik Salehhodin
                       JSM USPTNPs - Encik Azro'in Bin Mahmood
                       JSM MSNPs - Encik Abdul Aziz

ATLET : 10 orang atlet (L), 11  orang atlet (W)

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Basic sailing training (Optimist)
3. Mini Race (Laser, 420's & windsurf)
4. Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
3 buah bot Laser 4.7,2 buah bot Laser Radial, 3 Windsurf Bic Techno dan 7 buah bot Optimist.

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Kehadiran atlet yang menajalani sesi latihan amat memuaskan di mana kebanyakkan atlet turun menjalani latihan,
2.           Latihan diteruskan mengikut jadual latihan yang dirancang oleh jurulatih terutama latihan untuk atlet baru kelas optimist  dan windsurf.
3.      Sesi latihan pada hari tersebut turut berlangsung juga Karnival Horey-Heray anjuran Tasoh Lake Resort. Pihak Persatuan Pelayaran Negeri Perlis juga mengambil kesempatan dari karnival ini untuk membuat sesi pengenalan sukan pelayaran dan  memilih atlet baru yang berminat dengan sukan pelayaran. Penerangan diberikan kepada ibu bapa dan atlet yang berminat dengan sukan pelayaran dan satu klinik akan diadakan untuk menjelaskan lagi sukan pelayaran kepada atlet yang baru mencuba sukan ini.
4.      Pengenalan berkenaan sukan pelayaran di karnival tersebut berjaya menarik minat 15 atlet muda bawah 12 tahun untuk menceburi sukan ini.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated