Dec 9, 2016

LAPORAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016


TARIKH                        : 29 November - 3 Disember 2016
TEMPAT                       : Melaka
MASA                          : 8.00 Pagi – 7.00 Petang
KEHADIRAN
1)      1 orang KUN
2)      4 orang Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) USPTNPs
2)     18 orang JSM Negeri Perlis
3)     89 Atlet Baka Negeri Perlis

PERTANDINGAN
Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016

KEPUTUSAN PENUH NEGERI PERLIS SAHAJA

SUKAN
EMAS
PERAK
GANGSA
JUMLAH
ANGKAT BERAT
3
3
3
9
OLAHRAGA
1

1
2
MEMANAH




SEPAK TAKRAW


1
1
TINJU

1
1
2
GIMRAMA


1
1
JUMLAH
4
4
7
15

SUKAN
NAMA ATLET
PINGAT
ACARA
EMAS
PERAK
GANGSA
Angkat Berat
Muhammad Nabil Fikri Bin Hadzri

1

50 kg (Bawah 15)
Muhammad Nur Faris B Supriyanto


1
56 kg (Bawah 15)
Muhamad Nur Iman Bin Mohd Ani

1

77 kg (Bawah 15)
Nurul Ain Husna Bt Che Mohd Nor
1


48 kg (Bawah 15)
Nur Farah Wahida Bt Mat Husin
1


53 kg (Bawah 15)
Nurul Umairah Bt Sahar
1


58 kg (Bawah 15)
Sharifah Aiesyah Al Qadree


1
48 kg (Bawah 13)
Nur Aina Binti Badon


1
>63 kg (Bawah 15)
Nur Afifah Bt Badon

1

>48 kg (Bawah 13)
Olahraga
Muhammd Nadhir Bin Md. Nizam
1


L 14
Shadid Bin Adnan


1
L 13
Sepak Takraw
Muhammad Aiman Halim


1
Regu B 14
Muhammad Shahahril Aimin Halim
Ku Shuhaimi Ku Isa
Muhammad Fikri Rohaizi
Muhammad Fahmi Dinie
Tinju
Mohd Mazli Akmal B Hashim


1
54 kg
Mohd Iqbal Naim Bin Hamzah

1

66 kg
Gimrama
Nurul Hasuha


1
Berpasukan
Najidah
Nahidah
Memanah





JUMLAH KESELURUHAN
4
4
7
15

ULASAN
 
1.         Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016  yang diadakan di Melaka bermula dari 30 Nov hingga 3 Dis 2016 merupakan siri terakhir kejohanan peringkat bakat pada tahun 2016. Pasukan Negeri Perlis menghantar sebanyak 6 sukan di dalam kejohanan kali ini iaitu Angkat Berat, Sepak Takraw, Olahraga, Tinju, Memanah dan Gimrama. Kontinjen Negeri Perlis dengan kekuatan penuh seramai 89 orang atlet, 18 orang jurulatih dan 5 orang pegawai telah menyertai kejohanan ini.

2.         Prestasi atlet Pelapis Negeri Perlis agak memuaskan bagi semua sukan dimana setiap sukan berjaya menyumbang pingat kepada Negeri Perlis kecuali sukan memanah. Sukan Angkat Berat  menjadi penyumbang pingat utama bagi kejohanan kali ini dengan  menyumbang 3 emas, 3 perak dan 3 gangsa. Manakala sukan olahraga menyumbang 1 emas dan 1 gangsa. Sukan Tinju hanya menyumbang 1 pingat perak dan 1 gangsa manakala sukan sepak takraw dan gimrama masing-masing membawa pulang 1 pingat gangsa. Menjadikan keseluruhan pingat bagi kontijen Negeri Perlis adalah sebanyak 4 emas, 4 perak dan 7 gangsa.

3.          Tiada sebarang kecederaan  dilaporkan pada sepanjang kejohanan ini berlangsung.

4.         Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah USPTN Melaka diatas kejayaan menganjurkan kejohanan ini. Atlet akan cuba untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan mereka akan mempamerkan persembahan yang terbaik.
Sekian, terima kasih.






No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated