Jun 27, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH - PERLIS

TARIKH : 25 Jun 2016
TEMPAT : Lapang Sasar Memanah,MSN Perlis (PLN)
MASA : 10.00 - 12.30 malam
KEHADIRANJPM MSNPs – Encik Aiman Hafizuddin
                           JSM USPTNPs -  Encik MD Zain

ATLET : 8 orang Atlet SUKMA, 1 orang pelapis.

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Free shoot 30 meter dan 70 meter
3. Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Sedia ada

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet sebanyak 9 orang. Kehadiran amat memuaskan bagi atlet SUKMA Perlis dengan kehadiran penuh atlet pada sesi latihan malam untuk hujung minggu.
2.           Latihan bagi atlet pelapis dijalankan seperti biasa dengan latihan bersama atlet SUKMA Perlis.
3.         Atlet SUKMA melakukan latihan free shooting jarak 30 meter dan 70 meter untuk hari ini.
4.        Pembentangan prestasi bulanan atlet SUKMA turut dilakukan pada sesi latihan tersebut.

Sekian, terima kasih

Jun 21, 2016

LAPORAN PEMANTUAN SUKAN ANGKAT BERAT

TARIKH           : 20.06.2016
TEMPAT           : GIMNASIUM ANGKAT BERAT MAJLIS SUKAN NNEGERI PERLIS
MASA              : 10.00 - 12.00 Malam

KEHADIRAN
1)  JSM Mohd Hanie Bin Musa
2) JSMFatin Atikah Binti Osman
3) JSM Rusli Bin Othman
Atlet : 19 orang atlet ( 14 L, 5 W )

LATIHAN
1)    Warm Up 
2)   Front Squat
3)   Clean & Jack
4)   Front Press
5)   Cooling Down

PERTANDINGAN
- Kejohanan Bakat Siri 2/2016 Pulau Pinang.

PERALATAN
Peralatan yang sedia ada

PROGRAM BINAAN
- Klinik dan Kejohanan Dalaman siri 2/2016 ( 06-07.08.2016 )

ULASAN
1.Seramai 15 orang atlet PLD SMK Syed Sirajuddin dan 4 orang atlet PLN turun menjalani latihan 
   di Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis.
2.Jurulatih memaklumkan hanya atlet yang berdekatan dan atlet yang dapat dihantar oleh waris   
   sahaja yang dapat turun menjalani latihan di Bulan Ramadan.

Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan




Jun 16, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU - PERLIS

TARIKH                        : 15 Jun 2016
TEMPAT                       : Gelanggang Tinju Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA                           : 10.00 malam hingga 12.00 malam

KEHADIRAN

1)     JSM Hamzah Hj. Abdullah

2)     JSM Mohd Dino Bin Md Zazali

2)     PPN Dzulfifi Hafiz Bin Mamat

3)    6 Atlet Sukma, 5 Atlet Pelapis

UJIAN

Fitness Test pada 17 Jun 2016

LATIHAN

1)     Warming Up

2)     School Of Boxing

3)   Warming Down

PERTANDINGAN

-Tiada-

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.            Latihan pada malam ini diadakan secara sederhana kerana pada siang hari, latihan kecergasan diadakan selama satu jam iaitu pada pukul 5.30 sehingga 6.30 petang.

2.            Latihan banyak tertumpu kepada teknikal ketika pertandingan.

3.            Tiada kecederaan serius berlaku sepanjang sesi latihan dijalankan.

 Sekian, terima kasih.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

Jun 10, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL - PERLIS

TARIKH  : 10 Jun 2016
TEMPAT : Kompleks Sukan MSNPs
MASA      : 5.00 petang 
KEHADIRAN : JPM - Muhammad Afandi Abdullah
                         ATLET - 8 Org (7L),(1w)
UJIAN             : Tiada
LATIHAN       : Easy Ride 2 hour
KEJOHANAN : Junior Cycling Malaysia Criterium Series dan SUKMA Sarawak
KECEDERAAN : Tiada
ULASAN :
1. Latihan Pasukan berbasikal negeri perlis diadakan seperti biasa dengan kehadiran semua atlet senior. Latihan pada hari ini melibatkan kayuhan selama 2 jam dengan light gearing kerana bulan ramadhan.
2. Pada bulan ramadhan kayuhan banyak terarah kepada speed pada jarak dekat kerana kebanyakkan atlet adalah beragama islam.
3. Selepas Raya Puasa, satu latihan intensif akan diadakan untuk penumpuan kepada persediaan SUKMA Sarawak.

Sekian, terima kasih.
DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU - PERLIS

TARIKH                        : 9 Jun 2016
TEMPAT                       : 
Gelanggang Tinju Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA                           : 
10.00 malam hingga 12.00 malam


KEHADIRAN

1)     JSM Hamzah Hj. Abdullah

2)  JSM Mohd Dino Bin Mohd Zazali

2)     PPN Dzulfifi Hafiz Bin Mamat

3)    5 Atlet Sukma, 7 Atlet Pelapis

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

1)     Warming Up

2)   3 KM Jogging

2)     Shadow Boxing

3)     School Of Boxing

4)   Warming Down

PERTANDINGAN

-Tiada-

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.            Latihan pada bulan Ramadhan dijalankan pada sebelah malam selepas waktu tarawih. Secara keseluruhannya, kehadiran atlet amat memuaskan kerana menunjukkan komitmen yang sangat tinggi.

2.            Latihan pada kali ini menumpukan pada segi kecergasan dan teknikal di dalam tinju.

3.            Tiada kecederaan serius berlaku sepanjang sesi latihan dijalankan.

 Sekian, terima kasih.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

Jun 9, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH - PERLIS

TARIKH : 8 Jun 2016
TEMPAT : Lapang Sasar Memanah,MSN Perlis (PLN)
MASA : 4.30 - 6.00 ptg
KEHADIRANJPM MSNPs – Encik Aiman Hafizuddin
                           JSM USPTNPs -  Encik MD Zain

ATLET : 7 orang Atlet SUKMA, 2 orang pelapis.

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Scoring jarak 30 meter
3. Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Sedia ada

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet sebanyak 9 orang. Terdapat atlet tidak dapat menghadiri latihan kerana melapor diri ke universiti masing-masing untuk pembukaan semester baru pembelajaran.
2.           Latihan bagi atlet pelapis dijalankan seperti biasa dengan latihan yang dirancang oleh jurulatih untuk meningkatkan prestasi.
3.         Atlet Sukma membuat scoring jarak 30 meter untuk hari ini.
4.        Perjumpaan bersama jurulatih dilakukan untuk membincangkan jadual latihan waktu malam untuk atlet SUKMA dalam bulan ramadhan ini.

Sekian, terima kasih

Jun 6, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BOLING PADANG - PERLIS

TARIKH : 5 Jun 2016
TEMPAT
 : Gelanggang Boling Padang MSNPs
MASA
 : 9.00 pagi
KEHADIRAN
JSM MSNPs – Abdul Syafiq Afif bin Abdul Rahman
                           JSM USPTNPs - Kamis Bin Harun
                           
ATLET
 : 8 orang Atlet SUKMA, 7 orang pelapis.

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Warm up
2. Target (target plate)
3. Pairs
4. Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Nurul Ain Sabrina mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan tidak dapat hadir untuk menjalani latihan.

ULASAN
1.           Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet sebanyak 15 orang. Kehadiran atlet untuk sesi latihan ini kurang kerana terdapat atlet yang tidak dapat mngikuti latihan disebabkan kecederaan dan urusan keluarga,
2.       Latihan bagi atlet pelapis diteruskan mengikut jadual latihan seperti yang telah dirancang oleh Jurulatih untuk meningkatkan prestasi semasa atlet.
3.       Pada sesi kali ini atlet membuat latihan menggunakan target plate untuk meningkatkan kemahiran balingan dalam mengenai sasaran.
4.       Selepas latihan menggunakan target plate, latihan diteruskan dengan mini game Pairs.
5.       Pada bulan ramadhan ini latihan atlet dijalankan seperti biasa cuma masa latihan akan disingkatkan.

Sekian, terima kasih.