Feb 2, 2017

KEJOHANAN DALAMAN SUKAN BERBASIKAL SIRI 1/2017

TARIKH            : 29 Januari 2017
TEMPAT           : Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA               : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

KEHADIRAN
1)  JPM Affandi Abdullah
2) JSM Nuraznisya bt Akin
3) 2 Orang Komisar
4) KUN Mahazir Baharom

Atlet : 30 orang atlet ( 24 L, 6 W )

ATURCARA
8.00 pg - Pendaftaran atlet sukan berbasikal
9.00 pg - Kategori Wanita (9 Lap)
10.00 pg - Kategori Junior (12 Lap)
11.00 pg - Kategori Elit (15 Lap)
12.00 tgh - Penyampaian Hadiah dan Sijil

PERTANDINGAN
- Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan 1/2017

PERALATAN
Yang sedia ada

KECEDERAAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
- Kejohanan Dalaman Siri 2/2016 ( Mac 2017 )

ULASAN
1.         Penyertaan atlet pada kejohanan dalaman adalah seramai 30 orang, 24 orang atlet lelaki dan 6 orang atlet wanita. Semua atlet yang terlibat adalah berumur 12 - 17 tahun di bawah program pelapis negeri.
2.         Kejohanan Dalaman ini bertujuan untuk memberi pededahan pertandingan kepada atlet untuk meningkatkan teknik semasa perlumbaan yang sebenar. Konsep pada siri ini adalah perlumbaan kreterium (sprint point). Untuk acara junior lelaki, pasukan pelapis kebangsaan wanita di Pulau Pinang turut serta. 
3)         Melalui penganjuran kejohanan dalaman ini dapat melihat kesungguhan tinggi dari setiap atlet pelapis yang menyertai kejohanan ini.
4)         Kejohanan ini adalah usaha Persatuan Berbasikal Negeri Perlis dengan kerjasama MSN Perlis dan USPTN Perlis. Pada kejohanan seterusnya, untuk ketegori Elit akan dibukakan kepada semua peminat sukan berbasikal di Negeri Perlis. Selain itu, untuk siri yang berikutnya juga akan dijalankan untuk acara ujian masa individu.
5)         Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated