Feb 20, 2017

TID SUKAN BERBASIKAL, TINJU, PETANQUE, SILAT, OLAHRAGA, ANGKAT BERAT 2016-PERLIS

Tarikh  : 18 Februari 2017
Tempat : Felda Rimba Mas, Padang Besar

Masa    : 8.30 pagi - 2.00 petang

KEHADIRAN

1.     Pegawai Pusat Satelit ISN Perlis

2.     Pengarah MSNPs

3.     KUN USPTNPs

4.    4 PPN USPTNPs

5.     4 Penyelaras MSNPs

6.     JSM sukan tinju, olahraga, berbasikal dan petanque.

7.     80 anak-anak Felda Rimba Mas

UJIAN

- Ujian yang dijalankan adalah mengikut kepada sukan yang ditetapkan. Antaranya:-

1.     Antropometrik (berat badan, tinggi,tinggi duduk dan panjang depa)

2.     Jangkauan melunjur

3.     Lompat jauh berdiri

4.     Lompat menegak

5.     Tekan tubi maksima

6.     40 meter lari pecut

ULASAN 

1.  Program ini diadakan selama 1 hari untuk sukan olahraga, berbasikal, angkat berat dan 2 sukan dari MSNPs iaitu petanque dan silat. Ujian TID ini dijalankan pada sebelah pagi untuk melihat kelayakan anak-anak Felda Rimba Mas. Pada sesi petang, mereka di serahkan kepada jurulatih dan pegawai penyelaras yang hadir untuk diberikan taklimat berkaitan sukan yang diminati mereka.

2. Seramai 80 orang anak-anak felda hadir untuk menjalani TID. Program ini melibatkan MSN Perlis, USPTN Perlis, ISN Perlis dan juga pihak Felda Rimba Mas. Program ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru di dalam sukan negeri perlis terutamananya lima sukan ini. Selain itu, JSM dari sukan tinju, berbasikal, silat dan juga petenque turut hadir di program ini. 

3. Lebih kurang 30 orang peserta dikenal pasti layak untuk di serapkan ke beberapa sukan di atas saranan pihak ISN Perlis untuk didedahkan kepada sukan-sukan yang menjadi fokus utama di Perlis. Mereka akan ditempatkan di PLN dan PLD yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka bagi memudahkan untuk hadir ke sesi latihan.

Sekian,terima kasih.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated