Jan 24, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH

TARIKH                        : 23 Januari 2014
TEMPAT                       : 
SMK Syed Alwi
MASA                           : 
5.30 Petang


KEHADIRAN

1)     JSM Mohd Shubanthiro

2)     JSM Mat Zain

3)     10 atlet lelaki dan 6 atlet wanita

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

1)     Warm Up 

2)     Shot 30m, 50m dan 70m

PERTANDINGAN

Kejohanan  Memanah Majlis Sukan Sekolah Negeri Perlis (MSSPs) 2014

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.            Semua atlet sedang giat menjalani latihan untuk mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Negeri Perlis (MSSPs) 2014 yang dijangka bermula pada bulan Februari 2014.

2.            JSM ada memaklum ada beberapa orang atlet tidak dapat menghadirkan diri ke sesi latihan terlibat dengan aktiviti di sekolah seperti latihan kawad badan beruniform dan latihan merentas desa.

3.            Kebanyakkan atlet memanah ini merupakan atlet yang akan mewakili negeri Perlis bagi menghadapi SUKMA yang akan berlangsung di Perlis pada tahun hadapan.

4.            JSM juga ada memaklumkan tentang penambahan atlet pelapis negeri baru yang kebanyakkan nya berusia 12 tahun ke bawah.

5.         PPN memaklumkan pada JSM bahawa atlet pelapis negeri sudah boleh menggunakan khidmat Satelit ISN yang sudah beroperasi di Majlis Sukan Negeri Perlis. Meraka boleh menggunakan khidmat Satelit ISN dari segi Pemakanan Sukan dan Suaian Fizikal.

6.            Tiada kecederaan serius berlaku sepanjang sesi latihan dijalankan.

7.            Keadaan cuaca sedikit berangin dan sejuk, namun tidak menghalang latihan dijalankan.

8.         PPN ingin merakam ribuan terima kasih kepada Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara kerana memberi peralatan baru seperti target butt, set bow dan sebagai nya kepada PLN Memanah Negeri Perlis. Peralatan itu akan diguna pakai sebaik mungkin oleh PLN Negeri Perlis.

Sekian, terima kasih.

Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated