Jan 29, 2014

Re: LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH

Azimah ne psikologi kan??

Minta la dia buat program utk kuatkan mental budak2

Terima kasih/ Thank You

Jefri Ngadirin
Majlis Sukan Negara/
National Sport Council
From: Muhamad Nizam
Sent: Wednesday, 29 January 2014 08:27
To: mahazir baharom; jefri.cp.perlissdo@blogger.com
Cc: Jefri Ngadirin; Rashid Ramli; azahariramli.usptn@gmail.com; Giam Fook Pang
Subject: LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH

TARIKH                        : 28 Januari 2014
TEMPAT                       : 
SMK Syed Alwi
MASA                           : 
5.30 Petang


KEHADIRAN

1)     JSM Mohd Shubanthiro

2)     PPN Muhamad Nizam

3)     ISN Cik Azimah

4)     10 atlet lelaki dan 6 atlet wanita

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

1)     Warm Up 

2)     Shot 30m, 50m dan 70m

PERTANDINGAN

Kejohanan  Memanah Majlis Sukan Sekolah Negeri Perlis (MSSPs) 2014

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.            Semua atlet sedang giat menjalani latihan untuk mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Negeri Perlis (MSSPs) 2014 yang dijangka bermula pada bulan Februari 2014.

2.            JSM ada memaklum ada beberapa orang atlet tidak dapat menghadirkan diri ke sesi latihan terlibat dengan aktiviti di sekolah seperti latihan kawad badan beruniform dan latihan merentas desa.

3.            Latihan kali ini disertai oleh Cik Azimah dari Satelit ISN Majlis Sukan Negeri Perlis. Beliau datang ke sesi latihan PLN memanah bertujuan untuk mengenali atlet-atlet memanah Negeri Perlis dan berkongsi ilmu mengenai kepentingan air semasa latihan. Terima kasih diucapkan kepada Cik Azimah atas kesudian beliau hadir ke sesi latihan dan berkongsi ilmu.

4.            PPN juga turut menyerahkan peralatan baru yang diberikan oleh Majlis Sukan Negara seperti set bow biasa dan set bow untuk bawah 12 tahun kepada PLN memanah.

5.            Tiada kecederaan serius berlaku sepanjang sesi latihan dijalankan.

6.            Keadaan cuaca sedikit berangin dan sejuk, namun tidak menghalang latihan dijalankan.

 

Sekian, terima kasih.

Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis


No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated