Oct 21, 2014

BENGKEL PROGRAM KEJURULATIHAN PENGGALAKKAN SUKAN ( PPS ) HARI KETIGA

Tarikh : 21 Oktober 2014 (Selasa)
Masa  : 9.00am - 12.00pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur

Pegawai MSN   : 8 orang
Bil. PPN             : 14 orang
Ketua Jurulatih  : 7 orang
Bil. Jurulatih      : 41 orang

Hari terakhir, sesi bagi hari ini dimulakan dengan pembentangan manual asas setiap sukan. Sukan yang terlibat iaitu Sukan Angkat Berat, Memanah, Berbasikal dan Olahraga.

Perbentangan Oleh :-

En.Nordin bin Jusoh ( PS ) - Sukan Angkat Berat
En. Marbawi bin Sulaiman ( Elit ) - Sukan Memanah
En. Suod bin Hussain ( PK ) - Sukan Berbasikal
En. Manshahar bin Abd Jalil ( Elit ) - Sukan Olahraga

Perbentangan dimulakan dengan sukan Angkat Berat dengan modul latihan yang telah dibincangkan bersama - sama Jurulaitih PPS Negeri. Pembentangan ini menekankan aspek penting dalam pemilihan atlet dan penggunaan peralatan dengan betul mengikut kesesuaian atlet. 

Manual Latihan yang telah dibentangkan oleh wakil sukan akan digunapakai di peringkat PPS. Manual ini akan memudahkan jurulatih PPS mengenalpasti atlet yang sesuai dan dapat menjalankan latihan asas di peringkat akar umbi dengan efisyen.

Penutupan bengkel telah dirasmikan oleh En. Jefri Nagdirin ( PCP ) dengan amanat beliau agar program PPS dapat dijalankan dengan jayanya mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Beliau juga mengharapkan promosi berkaitan PPS ini dihebahkan supaya jaringan PPS dapat dibesarkan.


Sekian.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated