Oct 27, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN TINDIK BERSAMA PELAPIS PERLIS


Tarikh : 25 Oktober 2014

Masa : 10.00 Pagi hingga 7.30 Petang

Tempat : Perlis Bowl, SAS Arena Sdn. Bhd


Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis (USPTNPs) bersama USPTN Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengeratkan hubungan antara atlet dengan mengadakan latihan bersama disamping mengadakan perlawanan persahabatan. Objektif latihan ini diadakan bertujuan menjadi saluran beriadah dan membina semangat sepasukan antara atlet 2 negeri. Ia juga menilai prestasi setiap atlet dari masa ke semasa. Atlet yang terlibat dengan SUKMA tidak terlibat dalam Perlawanan Persahabatan ini. Hanya menjalani latihan bersama sahaja.

 

Pada kali ini, sesi latihan bersama telah dapat diadakan pada sebelah pagi selama 3 jam dimana setiap jurulatih memberi tunjuk ajar dari segi teknik balingan, imbangan badan dan sebagainya. Pada sebelah petang jurulatih bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Setiap atlet akan diundi secara rawak untuk mendapatkan 1 kumpulan (3 orang). Setiap kumpulan akan bermain sebanyak 5 games untuk menentukan jatuhan pin kumpulan terbanyak dan dikira sebagai pemenang.

Berikut disertakan keputusan pemenang pada hari ini : -


Johan - Perlis 2 (2464 jatuhan pin)

Naib Johan -  Pulau Pinang 2 (2429 jatuhan pin)
Ketiga -  Pulau Pinang 3 (2402 jatuhan pin)
Keempat -  Perlis 1 (2381 jatuhan pin)
Kelima -  Pulau Pinang 1 (2281 jatuhan pin)

Sesi latihan selesai dengan jayanya pada jam 7.00 petang. Sesi latihan kali kedua akan diadakan sekali lagi dimana Pasukan Perlis akan bertandang ke Pulau Pinang pada 29 November 2014 (Sabtu). Semoga latihan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan dating.


Sekian, Terima Kasih

--
NUR AMALINA BT ADZNAN
PPN USPTN PERLIS

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated