TARIKH: 18-25 Oktober 2014
TEMPAT: Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA: 8.00 pagi - 10.00 malam
KEHADIRAN
1. 3 orang PPN
2. 12 orang jurulatih
3. 28 orang atlet lelaki
4. 10 orang atlet PPS Perlis
PROGRAM BINAAN
- Program Tindik atlet PPS Perlis bersama atlet Kem Bakat Berbasikal Siri 1/2014
ULASAN
Hari pertama
1. Pendaftaran atlet dijalankan di Asrama MSNPs dengan diantara tiba dengan jurulatih sendiri dan yang tiba sendiri. Pendaftaran atlet selesai sehingga petang. Pada sebelah malam sesi suai kenal diadakan dan dikendalikan oleh PPN yang terlibat manakala jurulatih yang terlibat mengadakan perbincangan berkenaan perjalanan kem ini yang dikendalikan oleh JPM PK Muhd Azri Jusoh sambil dibantu oleh JPM PK Junaidi. Turut terlibat sama membantu adalah JPM Muhd Affendi Abdullah.
Hari kedua
1. Seawal jam 7.00 pagi, atlet yang terlibat berhimpun di perkarangan asrama untuk nyanyian lagu Kebangsaan dan senaman pagi di bawah kendalian JSM Muhd Aim Fauzi (Pahang).
2. Sesi pagi diteruskan dengan penerangan berkenaan kem yang akan berlangsung. Penerangan tersebut diberikan oleh JPM Azri. Jam 10 pagi sesi ceramah kedua diadakan iaitu Penjagaan Basikal (Bike & Care) oleh JPM Junaidi. Penerangan tersebut meliputi keseluruhan aspek penjagaan tayar,kabel brek, rantai basikal, gearing dan sebagainya.
3. Sesi Biomekanik Basikal diadakan pada sebelah petang dengan penerangan oleh JSM En. Ghaffuan (Kedah). Dalam ceramah beliau, banyak menekankan dari segi kedudukan atlet dengan saiz basikal dan juga cara pengukuran yang betul. Penggunaan gear juga diterangkan dengan pengiraan ratio gear untuk kesesuaian semasa mengayuh. Easy Ride sejauh 60KM diadakan pada sesi latihan waktu petang dari Kangar - Timah Tasoh - Kangar.
Hari Ketiga
1. Hari seterusnya dijalankan dengan sesi ceramah bagi acara Road & Track yang disampaikan oleh En. Junaidi dan En. Azri Jurulatih PK. Dalam penerangan tersebut banyak menekankan berkenaan acara yang dipertandingkan dalam trek termasuklah penekanan kepada atlet bawah 15 tahun yang perlu menyertai semua acara yang dipertandingkan di kejohanan PLN yang dianjurkan.
2. Pada sebelah petang, aktiviti 'Cornering Skill' dan Teknik 'Sprint' dijalankan dengan penekanan kepada gear yang diguna pakai. Seterusnya, kayuhan 'easy ride' sejauh 50KM di sekitar Negeri Perlis.
3. Pada sebelah malam, sesi bersama ikon dengan kehadiran En. Edros Yunos bekas atlet Berbasikal Kebangsaan. Beliau banyak menceritakan pengalaman beliau sepanjang berkayuh sebagai atlet profesional negara.
Hari keempat
1. Altiviti seterusnya dijalankan adalah sesi ujian kecergasan yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Satelit ISN Perlis. Turut menjalankan ujian ini adalah atlet PPS Perlis. Antara ujian yang dijalankan adalah Standing Broad Jump, Vertical Jump, Push Up, Sit Up, T-Test dan 20m Beep Test. Semua atlet menunjukkan kesungguhan dalam menjalani ujian kecergasan ini.
2. Pada sebelah petang, ujian tunggangan basikal diadakan termasuklah atlet PPS Perlis. Ujian ini diadakan bagi memastikan setiap atlet mengetahui perkara yang perlu dibuat sekiranya berlaku kejadian tidak diingini semasa dalam perlumbaan.
Hari kelima
1. Hari seterusnya dijalankan mini pertandingan acara Individu Time Trial (ITT) 10KM di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau dengan penyertaan dari semua atlet termasuklah atlet PPS Perlis. Berikut adalah keputusan:-
1. Muhd Nur Aiman Rosli (Johor) - 17:41.563s
2. Muhd Mujahid Mohd Shukri (Kedah) - 18:24.606s
3. Abdul Rahman Hamdan (Terengganu) - 18:25.010s
29. Amir Humaidi Azlan (Perlis) - 24:32.801s
2. Sesi sebelah petang adalah berkaitan 'Mental Preparation' dimana setiap atlet perlu mempunyai kekuantan mental yang tinggi di dalam sukan ini. Ceramah ini disampaikan oleh En. Azri Jusoh.
Hari keenam
1. Hari terakhir kem ini diadakan satu mini pertandingan bagi acara kriterium 18KM atau 20 pusingan disekitar kawasan Stadium Tuanku Syed Putra. Berikut adalah keputusan:-
1. Abdul Rahman Hamdan (Terengganu)
2. Nor Fahme Mohd Abdullah (Perak)
3. Muhd Aiman Haiqal (Selangor)
28. Amir Humaidi Azlan (Perlis)
30. Mohd Shahir Shahril (Perlis)
31. Ahmad Farid Amir (Perlis)
32. Muhd Ammar Haziq (Perlis)
33. Ahmad Amirul Aizat (Perlis)
34. Muhd Tarmizi Emran (Perlis)
34. Wan Muhd Asri (Perlis)
2. Pada sebelah petang, satu sesi soal jawab bersama En. Soud Hussain Jurulatih PK bersama atlet diadakan. Beliau banyak menekankan berkenaan aspek disiplin atlet diperingkat umur bawah 15 tahun.
3. Sesi penutup Kem Bakat Berbasikal Siri 1/2014 dirasmikan oleh YB Tuan Abdul Jamil Saad Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis. Dalam ucapan beliau sangat berharap selepas ini akan lahir Azizul Hasni Awang hasil dari program yang dijalankan seperti ini. Beliau juga sangat teruja dengan dengan penganjuran kem ini di Negeri Perlis dan berharap agar program seperti ini dapat dilangsungkan di Perlis lagi.
Hari ketujuh
1. Hari terakhir kem ini dengan semua atlet berangkat pulang ke negeri masing- masing.
2. Bagi pihak MSNPs, pihak Pengarah sangat berterima kasih kepada pihak Cawangan Pelapis kerana kesudian untuk mengadakan program ini di sini disamping dapat mempromosikan Negeri Perlis.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated