May 16, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN PELAYARAN - PERLIS

TARIKH : 16 Mei 2015
TEMPAT : PLN Timah Tasoh
MASA : 9.00 pagi - 5.00 petang

KEHADIRAN
1. JSM Azro'in Mahmud
2. JSM Salehoddin 
2. Atlet 6 orang

LATIHAN 
1. Optimist, Radial, 420
    - Tacking
    - Gybing
    - Follow the leaders

PERTANDINGAN
- Kejohanan Perahu Layar MSSM pada 5-11 Jun 2015 di Port Dickson

PERALATAN
- Bot Dinghy mengalami kebocoran

PROGRAM BINAAN
- tiada

KECEDERAAN
- tiada

ULASAN

1. Kehadiran atlet kurang memuaskan dengan penglibatan dari atlet kategori optimist. Masih terdapat lagi atlet yang tidak dapat hadir kerana jarak PLN yang jauh dari rumah.
 
2. Pada pemantauan kali ini,beberapa perbincangan bersama JSM diadakan antaranya berkaitan program tindik untuk beberapa atlet yang tidak ke kejohanan MSSM. Antara perbincangan lain adalah latihan mungkin tidak dapat dijalankan minggu hadapan kerana keseluruhan kawasan di PLN akan digunakan untuk latihan penyelamat bencana yang melibatkan 27 buah negara terdiri daripada pasukan bomba,polis dan sebagainya. Program tersebut akan bermula 19-24 Mei 2015. 

3. Pihak JSM ada menyuarakan kebimbangan sekiranya program bencana dijalankan,pihak penganjur akan memasuki kawasan PLN yang boleh menyebabkan kehilangan peralatan dan sebagainya. 

4. Kelajuan angin juga pada ketika tidak konsisten. Kadang kala angin mencecah 5 knot dan kadang kala tiada angin. Air di empangan Tasoh juga kini semakin cetek akibat cuaca yang panas yang melampau. 

5. Pihak JSM ada menyatakan hasrat untuk membawa beberapa atlet untuk program tindik di Langkawi pada cuti sekolah ini terutamanya bagi kategori Windsurfing. Peruntukan akan dipohon kepada pihak MSNPs. 

6. Pada kejohanan di Port Dickson,pencapaian terbaik atlet menerusi kategori 4.7 wanita apabila Insyira Iriena berjaya meletakkan diri di kedudukan keempat keseluruhan. 

Sekian,terima kasih. 


-- 
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis


--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated