May 7, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TENPIN BOLING - PERLIS

TARIKH : 6 Mei 2015
TEMPAT : SAS Arena Perlis Bowl
MASA : 8.30 - 10.30 malam

KEHADIRAN 
1. JSM Shahidi
2. JSM Zunika
3. Atlet 18 orang (9 lelaki,9 wanita)

LATIHAN
- Foul Line Drill
- Stagged Stand

PERTANDINGAN
- Kej. Sportexcel MTBC Junior Circuit Perak Leg pada 22 - 24 Mei 2015

PROGRAM BINAAN
- Klinik Persediaan Mental Bersama ISNPs dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Arau pada 30 - 31 Mei 2015 di MSNPs

ULASAN

1. Kehadiran atlet pada malam ini memuaskan dengan hampir semua atlet yang akan bertanding di Perak hadir.

2. Perjumpaan bersama JSM juga diadakan bagi membincangkan berkenaan laporan di kejohanan di Pahang di mana terdapat atlet yang tidak dapat bertanding akibat demam dan cedera ibu jari yang agak serius. 

3. Pihak JSM memaklumkan masih terdapat ibubapa / penjaga yang masih campur tangan letika atlet sedang menjalani latihan. 

4. Pihak JSM juga ada memohon untuk penambahan lane latihan untuk memfokuskan kepada latihan atlet Sukma sahaja. Perkara tersebut akan dipanjangkan kepada pihak Tuan Pengarah MSNPs. 

5. Satu program akan diadakan melibatkan semua atlet boling iaiti Program Persediaan Mental dengan kerjasama pihak ISNPs dan juga dari UiTM Arau. Program ini akan menjurus kepada persiapan atlet dari aspek ketahanan mental di mana penceramah yang dicadangkan adalah Encik Muhd Fauzan Hassan. Manakala,sesi ketahanan fizikal akan dikendalikan oleh pihak ISNPs. 

6. Pada kejohanan di Pahang yang lepas, 2 orang atlet wanita Perlis berjaya menduduki tempat yang ketiga bagi kategori Wanita U12 iaitu Nurhani Yasmin manakala seorang lagi adalah Nurul Shahira Shahidi kategori Wanita Terbuka kedudukan ketiga.

Sekian,terima kasih

--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated