Feb 28, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN PELAYARAN - PERLIS

TARIKH : 28 Febuari 2015
TEMPAT : PLN Timah Tasoh
MASA : 9.00 pagi - 5.00 petang

KEHADIRAN
1. JSM Azro'in Mahmud
2. Atlet 8 orang

LATIHAN 
1. Mini pertandingan Optimist, Laser 4.70
    - Tacking
    - Gybing
    - Follow the leaders

PERTANDINGAN
- 6th KFC-PSC International Regatta 2015 pada 06 - 08 Mac 2015

PERALATAN
- tiada

PROGRAM BINAAN
- Ujian Kecergasan bersama ISN Perlis
- TID Am akan diadakan pada 3 - 5 Mac 2015 mengikut Parlimen di Negeri Perlis

KECEDERAAN
- tiada

ULASAN

1. Kehadiran atlet kurang memuaskan dengan penglibatan dari atlet kategori optimist. Latihan pagi ini dijalankan dengan atlet diberikan kelas tambahan dahulu dari jam 9 pagi hingga 11.00 pagi. Kebanyakan atlet menjalani aktiviti sekolah.
 
2. Pada pemantauan kali ini, jurulatih ada memaklumkan bot yang disewa pada pihak MYA ketika kejohanan di Langkawi pada awal bulan Febuari mengalami kerosakan dan beberapa peralatan bot laser hilang. Perkara ini akan dimaklumkan kepada pihak MSNPs.

3. Pihak persatuan juga ada memaklumkan persediaan untuk menganjurkan Kejohanan 5th Perlis Open Regatta pada 27 - 29 Mac 2015 di Kompleks Sukan Air Timah Tasoh.

4. Beberapa perancangan diatur selepas ini antaranya perjumpaan bersama ibu bapa dan juga mesyuarat JKK bersama Persatuan Perahu Layar Negeri Perlis. 

5. Antara cadangan pihak JSM adalah supaya pihak MSNPs dapat sediakan kemudahan untuk mengambil atlet dari Kangar ke PLN Tiamh Tasoh kerana terdapat halangan jarak jika atlet hendak menjalani latihan setiap minggu.

Sekian,terima kasih.

--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated