Mar 2, 2015

PERJUMPAAN BERSAMA PERSATUAN TENIS NEGERI PERLIS & JURULATIH – JURULATIH TENIS USPTN PERLIS 2015


Tarikh     :     25 Februari 2015 ( Rabu )
Masa      :     3.30 Petang
Tempat   :     Bilik Mesyuarat Asrama, Majlis Sukan Negeri Perlis

Kehadiran :   PPN Nur Amalina Bt Adznan ( USPTN Ps )
                   Cik Norazila bt Zainuddin ( Penyelaras Tenis MSNPs )
                   Cik Raja Shahzuryani bt Raja Shah Riman ( ISNPs )
                   En. Ruhil Amal bin Razali ( JSM Tenis )
                   En. Ahmad Hazeeq bin Ahmad Hisham ( JSM Tenis )
                   En. Ahmad Faizal bin Mansor ( JSM Tenis )
                   En. Mohd Lutfi bin Abdul Rahim ( JSM Tenis )
                   En. Dzarif Ikbar bin Azizan ( JSM Tenis )
                   En. Khairil bin Hj. Ariffin  ( Setiausaha Persatuan Tenis Perlis )
                   En. Hesley bin Ahmad ( AJK Persatuan Tenis Perlis )
  
         Satu perjumpaan antara pihak persatuan dan jurulatih sukan Tenis bagi Program Pelapis 2015. Tujuan utama program ini adalah bagi menerangkan Fungsi Unit Pelapis Negeri serta menjelaskan dengan lebih lanjut Program Pelapis bagi tahun 2015. Perjumpaan ini juga adalah untuk berkenalan lebih rapat dengan Persatuan Tenis Negeri Perlis yang telah membuat perubahan baru dalam Struktur Jawatankuasa Persatuan Tenis Perlis. Semua kelab tenis di dalam Negeri Perlis telah bersatu di dalam Persatuan. Persatuan meminta jurulatih di bawah USPTN Perlis menjadi ahli di dalam Biro Kejurulatihan dan Pemilihan Atlet.

         Selian itu, membincangkan isu MSSPs dan juga Kejohanan – kejohanan yang dianjurkan oleh pihak LTAM yang selalunya bertembung tarikh. Seramai 27 orang atlet telah dipilih ke dalam Program Pelapis, selebihnya dalam 30 orang lagi yang masih baru berada dalam mini tenis.  Memperkenalkan Pegawai daripada Pusat Satelit ISN Perlis iaitu, Cik Raja Shahzuryani menerangkan bantuan yang boleh diberikan kepada Atlet – atlet dan Jurulatih di Negeri Perlis. Bulan 3 akan mula Program “ Conditioning ” bersama atlet Tenis Pelapis. Pihak Persatuan berharap agar pihak MSNPs, USPTNPs, Pusat Satelit Perlis dan juga Jurulatih – jurulatih dapat memberi kerjasama yang baik dalam memcari dan meningkatkan atlet Tenis di Negeri Perlis. Harapan dari semua pihak agar setiap tahun ada atlet Perlis yang masuk ke Program Pelapis Kebangsaan. 

          Kesimpulan dari perjumpaan ringkas ini menunjukkan maklum balas yang baik dari pihak Persatuan serta telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap sukan Tenis. Diharap kerjasama yang erat antara semua pihak dapat diteruskan bagi meningkatkan kegemilangan sukan Tenis di Negeri Perlis.

       





No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated