Mar 14, 2015

PERLIS - PEMANTAUAN PLN PELAYARAN

TARIKH : 14 Mac 2015
TEMPAT : PLN Timah Tasoh
MASA : 9.00 pagi - 5.00 petang

KEHADIRAN
1. JSM Azro'in Mahmud
2. JSM Salehoddin 
2. Atlet 8 orang

LATIHAN 
1. Optimist, Laser 4.20
    - Tacking
    - Gybing
    - Follow the leaders

PERTANDINGAN
- 5th Perlis Open Regatta 2015 pada 27-29 Mac 2015

PERALATAN
- tiada

PROGRAM BINAAN
- Ujian Kecergasan bersama ISN Perlis pada 18 Mac 2015
- Mesyuarat JKK Bil. 1/2015 pada 18 Mac 2015
- Bengkel Periodisasi pada 24-25 Mac 2015

KECEDERAAN
- tiada

ULASAN

1. Kehadiran atlet kurang memuaskan dengan penglibatan dari atlet kategori optimist. Latihan pagi ini dijalankan dengan atlet diberikan kelas tambahan dahulu dari jam 9 pagi hingga 11.00 pagi. Kebanyakan atlet menjalani aktiviti sekolah.
 
2. Pada pemantauan kali ini,beberapa perbincangan bersama JSM diadakan antaranya berkaitan masalah disiplin atlet yang kurang hadir menjalani latihan. Faktor tersebut disebabkan jarak kediaman yang jauh dengan tempat latihan. Kekurangan atlet menjalani latihan juga disebabkan cuaca yang sangat panas di Negeri Perlis ketika ini. 

3. Pihak persatuan juga ada memaklumkan persediaan untuk menganjurkan Kejohanan 5th Perlis Open Regatta pada 27 - 29 Mac 2015 di Kompleks Sukan Air Timah Tasoh.

4. Beberapa perancangan diatur selepas ini antaranya perjumpaan bersama ibu bapa dan juga mesyuarat JKK bersama Persatuan Perahu Layar Negeri Perlis. 

5. Antara cadangan pihak JSM adalah supaya pihak MSNPs dapat sediakan kemudahan untuk mengambil atlet dari Kangar ke PLN Tiamh Tasoh kerana terdapat halangan jarak jika atlet hendak menjalani latihan setiap minggu. Antara cadangan lain dari pihak JSM adalah pihak MSNPs dapat menyewa 'dorm' di Tasoh Lake Resort setiap minggu sebagai penginapan untuk menjalani latihan. Sewaan tersebut hanya melibatkan atlet-atlet yang dipilih persatuan untuk ke kejohanan SUKMA 2016. 

6. Kelajuan angin juga pada ketika tidak konsisten. Kadang kala angin mencecah 5 knot dan kadang kala tiada angin. Faktor lain adalah kekurangan aksesori bot optimist. Disebabkan atlet kategori tersebut semakin bertambah,kekurangan ini menyebabkan atlet terpaksa berkongsi bot ketika menjalani latihan. Air di empangan Tasoh juga kini semakin cetek akibat cuaca yang panas dan musim kemarau melanda ketika ini di Perlis. 

7. Program tindik bersama pasukan Pelapis Kebangsaan dan Elit di Langkawi akan diatur sebagai persiapan awal ke kejohanan SUKMA 2016. Program tindik ini akan melibatkan hanya atlet-atlet yang dipilih oleh pihak JSM dan persatuan sahaja. 

8. Pada kejohanan di Pulau Pinang pada 6-8 Mac yang lepas,atlet-atlet telah menunjukkan peningkatan dengan ranking yang baik bagi acara Laser Radial apabila Siti Nasuha Hasmadi berjaya di ranking ketiga manakala bagi acara Laser 4.7 lelaki Muhd Eizlan Nizam berjaya menamatkan di kedudukan kelima keseluruhan. 

Sekian,terima kasiih. 


--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated