Mar 30, 2015

LAPORAN KEJOHANAN SPORTEXCEL NSC-MILO MTBC JUNIOR CIRCUIT 2015

TARIKH : 27 - 29 Mac 2015
TEMPAT : Mega Bowling Center, Prai P.Pinang
MASA : 8.00 pagi - 5.00 petang

KEHADIRAN
1. PPN
2. JSM Shahidi @ Shaharani
3. JSM Zunika
4. Atlet (11 Lelaki, 11 Wanita)

KEPUTUSAN

Kategori Wanita Bawah 12 Tahun (Pusingan Pertama)
1. Nadia Nawwarah Abd Jalil (NS) - 1061 mata
2. Siti Nurul Adilah Mohd Faizal (SEL) - 946 mata
3. Tengku Syasya Qistina Tengku Sabaring (PAH) - 944 mata
6. Anis Anisha Mohd Zaflee (PER) - 908 mata
7. Nurhani Yasmin Mohd Saad (PER) - 899 mata
27. Zarul Fariesha Zamzuri (PER) - 631 mata

** 16 terbaik ke pusingan kedua

Kategori Wanita Bawah 12 Tahun (Pusingan Kedua)

1. Nadia Nawwarah Abd Jalil (NS) - 1706 mata
2. Tengku Syasya Qistina Tengku Sabaring ( PAH) - 1603 mata
3. Aleeya Nur Edrynna Suhaimi (KUL) - 1577 mata
6. Anis Anisha Mohd Zaflee (PER) - 1519 mata
7. Nurhani Yasmin Mohd Saad (PER) - 1517 mata 

Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun (Pusingan Pertama) 

1. Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin (PEN) - 1141 mata
2. Ahmad Azriq Izamudin (KUL) - 1081 mata
3. Aqil Irfan Adnan (SEL) - 1055 mata
32. Ahmad Redzuan Hakim Saberi (PER) - 788 mata

Kategori Wanita Graded (Pusingan Pertama)

1. Alyaa Addini Zulzamri (PEN) -1563 mata
2. Amal Sofiyah Azhar (SSTMI) - 1457 mata
3. Iman Nur Qistina Mohd Lok Pi (PEN) - 1438 mata
35. Anas Zulaikha Narzeri (PER) - 1203 mata
41. Amiera Dannia Mat Isa (PER) - 1157 mata
42. Nurul Wahidah Abd Wahab (PER) - 1148 mata
43. Nur Afiqah Mansor (PER) - 1144 mata
52. Wan Nooranis Wan Zaid (PER) - 1080 mata
59. Zarul Anisha Zamzuri (PER) - 836 mata

Kategori Lelaki Graded (Pusingan Pertama)

1. Muhammad Haziq Mohd Ridzuan (KED) - 1720 mata
2. Muhammad Azri Azni (SSTMI) - 1706 mata
3. Ong Siang Leing (PEN) - 1672 mata
31. Muhammad Zharfan Shahidi @ Shaharani (PER) - 1471 mata
38. Mifzal Haziq Mustaffa (PER) - 1439 mata
57. Muqri Hadif Mustaffa (PER) - 1368 mata
71. Iskandar Zulkarnain Dali (PER) - 1320 mata
81. Mohd Aiman Najmi (PER) - 1281 mata
92. Luqman Daniel Zainon (PER) - 1223 mata
106. Zarul Akmar Zamzuri (PER) - 1128 mata

** 32 terbaik ke pusingan kedua

Kategori Lelaki Graded (Pusingan Kedua)

1. Muhd Haziq Mohd Ridzuan (KED) - 2931 mata
2. Muhammad Azri Azni (SSTMI) - 2863 mata
3. Muhammad Afiq Ozaini (JOH) - 2836 mata
27. Muhammad Zharfan Shahidi @ Shaharani (PER) - 2543 mata

Kategori Wanita Terbuka (Pusingan Pertama)

1. Anis Shazlin Zulkisham (PEN) - 1559 mata
2. Nurul Nadia Hj Mohd Yaacob (PEN) - 1545 mata
3. Aida Munirah Mohd Razif (SEL) - 1514 mata
8. Nurul Shahira Shahidi @ Shaharani (PER) - 1442 mata
24. Nurfarhana Mohd Tamin (PER) - 1177 mata

** 12 terbaik ke pusingan kedua

Kategori Wanita Terbuka (Pusingan Kedua)

1. Anis Sahzlin Zulkisham (PEN) - 2868 mata
2. Aida Munirah Mohd Razif (SEL) - 2698 mata
3. Nur Fadhlin Arisyaohd Ariff (PRK) - 2647 mata
8. Nurul Shahira Shahida @ Shaharani - 2567 mata

Kategori Lelaki Terbuka (Pusingan Pertama)

1. Amirul Firdaus Abdul Halim (PER) - 1795 mata
2. Aminurrasyid Azanuddin (TRG) - 1720 mata
3. Muhammad Azizi Naim Jabar (SEL) - 1671 mata
39. Muhammad Amir Fauzan Norizal (PER) - 1341 mata
42. Aiman Najmi Mad Isa (PER) - 1326 mata
54. Muhammad Alif Mohamad Nizam (PER) - 975 mata

ULASAN

1. Keseluruhan untuk kejohanan pertama pada tahun ini, atlet tidak menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.

2. Hanya 4 orang yang layak untuk beraksi di pusingan kedua. Selebihnya tidak mampu mencapai sasaran yang ditetapkan. 

3. Selepas ini,pemilihan yang lebih rapi akan diadakan untuk kejohanan seterusnya bagi memastikan atlet yang benar-benar mampu bertanding sekurang-kurangnya sehingga ke pusingan kedua dan berada di ranking keenam sahaja yang akan dipilih. 

Sekian.terima kasih. 

--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

LAPORAN PEMANTAUN SUKAN TINJU - PERLIS

TARIKH                        : 16 Mac 2015
TEMPAT                       : 
Gelanggang Tinju Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA                           : 
5.30 Petang


KEHADIRAN

1)     JSM Hamzah Hj. Abdullah

2)     PPN Dzulfifi Hafiz Bin Mamat

3)    orang atlet

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

1)     5 km slow jog

2)     Shadow Boxing

3)     Light Sparing

PERTANDINGAN

Kejohanan Zon Utara Siri 1/2015

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.            Sesi latihan dijalankan dengan kehadiran 9 orang atlet. Kehadiran atlet adalah memuaskan.

2.            JSM banyak memberi penekanan terhadap teknik dan taktikal semasa perlawanan bagi menghadapi Karnival Pelapis Zon Utara Siri 1/2015 yang akan berlangsung nanti.

3.            Tiada kecederaan serius berlaku sepanjang sesi latihan dijalankan.

 Sekian, terima kasih.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI
MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS

LAPORAN PEMANTAUN SUKAN MEMANAH - PERLIS

TARIKH                        : 13 Mac 2015
TEMPAT                       : 
SMK Syed Alwi
MASA                           : 
5.30 Petang


KEHADIRAN

1)     JSM Mohd Shubanthiro Bin Mohd Suhaimi

2)     JSM Mohd Zain Bin Shaffee

3)     PPN Dzulfifi Hafiz Bin Mamat

4)  15 Orang Atlet 

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

1)     Warm Up 

2)     Teknik asas

3)     Shooting  30m, 50m dan 70m

4)     Cooling down

PERTANDINGAN

Kejohanan Pelapis Negeri Antara Zon Utara Siri 01/2015

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.         Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet sebanyak 15 orang.

2.         JSM membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan persiapan Kejohanan Memanah Pelapis Zon Utara Siri 1/2015 pada 20 hingga 22 Mac 2015 ini.

3.         JSM memaklumkan bahawa tiada sasaran untuk kejohanan ini kerana rata-rata atlet baru menyertai PLN memanah. Terdapat beberapa atlet yang berupaya untuk menyumbang pingat terutamanya bagi kategori wanita bawah 16 tahun.

4.          Tiada isu yang dimaklumkan oleh JSM buat masa ini.

Sekian, terima kasih.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI
MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS

Mar 25, 2015

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS NEGERI PERINGKAT ZON UTARA SIRI 01/2015

TARIKH                        : 20 – 22 Mac 2015
TEMPAT                       : 
Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
MASA                           : 
8.00 Pagi – 7.00 Petang


KEHADIRAN

1)     En. Vimalan (Pengurus Sukan Cawangan Pelapis)

2)     En. Farid Fauzi (Ketua Unit USPTN Kedah)

3)     En. Mahazir Baharom (Pemangku Ketua Unit USPTN Perlis)

4)     Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

5)     Staff Sokongan USPTN Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

6)     Pelajar Praktikal USPTN Perlis dan Pulau Pinang

7)     JSM Negeri

a.     Perlis                - 11 orang

b.    Kedah               - 22 orang

c.     Pulau Pinang     - 24 orang

8)     Atlet Pelapis Negeri

a.     Perlis                - 137 orang (98 lelaki, 39 wanita)

b.    Kedah               - 141 orang (97 lelaki, 44 wanita)

c.     Pulau Pinang     - 130 orang (93 lelaki, 36 wanita)

PERTANDINGAN

Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Utara Siri 01/2015

KEPUTUSAN PENUH

KEDUDUKAN PINGAT KESELURUHAN


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

KEDAH

56

38

28

122

2

PULAU PINANG

31

34

28

93

3

PERLIS

24

28

19

71

JUMLAH

111

100

75

286

 

KEDUDUKAN PINGAT MENGIKUT SUKAN


ANGKAT BERAT


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

PULAU PINANG

17

11

13

41

2

KEDAH

12

5

1

18

3

PERLIS

3

5

3

11

JUMLAH

32

21

17

70

 

OLAHRAGA


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

KEDAH

23

12

8

43

2

PERLIS

9

11

9

29

3

PULAU PINANG

7

15

15

37

JUMLAH

39

38

32

109

 

SEPAK TAKRAW


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

PERLIS

2

3

2

7

2

PULAU PINANG

2

1

1

4

3

KEDAH

0

1

4

5

JUMLAH

4

5

7

16

 

MEMANAH


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

KEDAH

19

11

13

43

2

PERLIS

1

4

3

8

3

PULAU PINANG

0

5

4

9

JUMLAH

20

20

20

60

 

TINJU


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

PERLIS

9

5

2

16

2

PULAU PINANG

5

2

1

8

3

KEDAH

2

9

2

13

JUMLAH

16

16

5

37


ULASAN

1.         Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Utara Siri 01/2015. Sebanyak 5 buah jenis sukan telah dipertandingkan di dalam kejohanan ini iaitu sukan Angkat Berat, Memanah, Olahraga, Tinju dan Sepak Takraw yang telah berlangsung di sekitar Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pada 20 hingga 22 Mac 2015

2.         Kejohanan ini melibatkan 3 buah negeri di Zon Utara iaitu Negeri Kedah, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Perlis dengan penglibatan seramai 408 orang atlet. 141 orang atlet dari Kedah (97 lelaki, 44 wanita), 130 orang atlet dari Pulau Pinang (93 lelaki, 36 wanita) dan 137 orang atlet dari Perlis (98 lelaki, 39 wanita). Turut mendapat sambutan dari beberapa buah sekolah dan kelab sekitar Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam beberapa sukan seperti Olahraga dan Memanah.

3.         Seramai 95 orang teknikal yang terbahagi kepada 5 sukan telah terlibat bagi menganjurkan Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Utara Siri 01/2015 ini. Bagi sukan Memanah, seramai 20 orang teknikal terlibat iaitu 15 orang lelaki dan 5 orang wanita yang merupakan Ahli Persatuan Memanah Negeri Perlis. 40 orang teknikal untuk sukan Olahraga dari Persatuan Olahraga Negeri Perlis iaitu 20 orang lelaki dan 20 orang wanita. 10 orang teknikal bagi sukan Sepak Takraw yang terdiri dari pada 10 orang lelaki dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. 17 orang teknikal bagi sukan Angkat Berat yang merupakan atlet Negeri Perlis yang terbahagi kepada 13 orang lelaki dan 4 orang wanita. Manakala bagi sukan tinju seramai 8 orang teknikal terlibat yang datangnya dari Persatuan Tinju Amatur Malaysia. Namun, terdapat sedikit masalah berkaitan sukan tinju yang melibatkan teknikal yang cuba untuk memohon elaun yang tinggi berbanding kadar asal.

 

4.         Prestasi atlet Pelapis Negeri Perlis agak memuaskan bagi semua sukan dimana setiap sukan berjaya menyumbang pingat kepada Negeri Perlis. Sukan tinju dan Olahraga menjadi penyumbang utama pingat bagi Negeri Perlis dengan masing-masing menyumbangkan 9 emas, 5 perak dan 2 gangsa bagi sukan Tinju. 9 emas, 11 perak dan 9 gangsa bagi sukan Olahraga diikuti oleh sukan Angkat Berat sebanyak 3 emas, 5 perak dan 3 gangsa. Sepak Takraw 2 emas, 3 perak dan 2 gangsa serta sukan memanah 1 emas, 4 perak dan 3 gangsa. Atlet Pelapis Negeri Perlis akan cuba meningkatkan prestasi dan pungutan pingat pada edisi kedua yang akan diadakan di negeri Kedah nanti.

5.         Cuaca sepanjang kejohanan berlansung agak baik pada sebelah pagi dan mula panas terik pada sebelah petang. Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sekian, terima kasih.

 

MUHAMAD NIZAM BIN ALANG KARIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

PERLIS - UJIAN KECERGASAN PLN PELAYARAN

TARIKH : 18 Mac 2015
TEMPAT : Dewan Rakan Sukan MSNPs
MASA : 3.00 - 5.00 petang

KEHADIRAN
1. PPN
2. 2 orang pegawai ISNPs
3. 3 orang pelajar praktikal Fakulti Dains Sukan dan Rekreasi 
4. JSM Azro'in
5. 18 orang atlet

UJIAN
- Anthroprometric 
- Handgrip Strength
- 20m sprint
- Sit Up/Push Up Max
- 20m beep test

ULASAN
1. Ujian dijalankan melibatkan semua atlet pelayaran seramai 18 orang.

2. Ujian dijalankan dengan kerjasama dari pihak ISNPs dan juga pelajar praktikal dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM.

3. Kehadiran memuaskan dengan semua atlet hadir kecuali 4 orang atlet tidak dapat hadir.

4. Perjumpaan bersama atlet juga diadakan selepas selesai ujian dijalankan. 

Sekian,terima kasih. 


--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis