Apr 9, 2015

PERLIS - LAPORAN PEMANTAUAN PLN BOLING

TARIKH : 8 April 2015
TEMPAT : SAS Arena Perlis Bowl
MASA : 8.30 - 10.30 malam

KEHADIRAN 
1. JSM Shahidi
2. JSM Zunika
3. Atlet 18 orang (10 lelaki,8 wanita)

LATIHAN
- 5 steps
- Balancing
- Stagged Stand

PERTANDINGAN
- Kej. Sportexcel MTBC Junior Circuit Melaka Leg 2015 pada 09-11 April 2015

PROGRAM BINAAN
- Perjumpaan bersama ibubapa/penjaga

ULASAN

1. Kehadiran atlet pada malam ini memuaskan dengan hampir semua atlet yang akan bertanding di Melaka hadir. Perlis hanya membawa seramai 10 orang atlet ke kejohanan nanti. 

2. Perjumpaan bersama JSM juga diadakan bagi membincangkan berkenaan pergerakan, penginapan dan pemilihan atlet ke kejohanan. Pasukan Perlis akan bertolak esok pagi dari Kangar ke Melaka. PPN juga memaklumkan kepada pihak JSM untuk mewujudkan rekod data bagi setiap atlet untuk setiap kejohanan. 

3. Pihak PPN juga memaklumkan untuk SUKMA tahun hadapan hanya atlet yang layak sahaj dibawa ke kejohanan tersebut. Pihak JSM perlu memberi penekanan yang lebih kepada pemilihan atlet terlibat. 

4. Perjumpaan bersama atlet juga diadakan untuk memberi kata-kata semangat sebelum ke kejohanan. 


Sekian,terima kasih

--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated