Apr 9, 2015

LAPORAN KLINIK PENGENALAN SUKAN ANGKAT BERAT 2015 - PERLIS

TARIKH                        : 08 April 2015
TEMPAT                       : 
Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kangar
MASA                           : 
10.00 pagi – 2.00 petang


KEHADIRAN

1)     Encik Mahazir Baharom (PKU USPTNPs)

2)     PPN Muhamad Nizam

3)     JSM Mohd Faiz bin Musa

4)     4 orang atlet SUKMA Angkat Berat Negeri Perlis

5)     2 orang Guru SMK Putra

6)     3 orang pelajar praktikal MSNPs

7)      40 orang pelajar ( 19 lelaki dan 21 wanita)                                                                                                          

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

-Tiada-

PERTANDINGAN

-Tiada-

PERALATAN

Barbell, Plate dan Getah Platform

KECEDERAAN

-Tiada-

PROGRAM BINAAN

Klinik Pengenalan Sukan Angkat Berat 2015

ULASAN

1.         Klinik Sukan Angkat Berat 2015 ini bertujuan untuk memperkenalkan sukan Angkat Berat ini di sekolah-sekolah supaya dapat menarik minat para pelajar sekolah untuk menceburi sukan Angkat Berat ini.  

2.         JSM Angkat Berat Mohd Faiz bin Musa mencadangkan supaya klinik ini dibuat di SMK Putra kerana sekolah ini banyak melahirkan atlet Angkat Berat sebelum ini dan merupakan bekas sekolah beliau.

3.         Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar seawal jam 10.00 pagi. Pada awalnya, program ini menyasarkan Cuma 30 orang pelajar lelaki dan wanita yang berusia 14 dan 16 tahun, namun sambutan yang diterima amat baik dengan kehadiran 40 orang murid yang terbahagi kepada 19 orang pelajar lelaki dan 21 orang pelajar wanita.

4.         Selepas pendaftaran pelajar, klinik ini dimulakan dengan penerangan berkaitan program Pelapis Negeri oleh PPN Muhamad Nizam bin Alang Karim. Selepas itu JSM Encik Mohd Faiz bin Musa mengambil alih dengan penerangan berkaitan sukan ini dan pengalaman beliau mewakili Negara dalam sukan Angkat Berat ini.

5.         Selepas selesai penerangan dan berkongsi pengalaman, JSM Mohd Faiz Musa bersama beberapa orang atlet Angkat Berat Negeri Perlis yang beraksi di SUKMA Perlis 2014, menunjukkan demotrasi bagaimana sukan ini dimainkan dan teknik yang betul membuat angkatan.

6.         Para pelajar dan guru diberi peluang untuk mencuba membuat angkatan dengan pengawasan JSM dan atlet.

7.         Program disudahi dengan sesi bergambar dan makan tengahari yang disediakan oleh pengajur klinik tersebut.

Sekian, terima kasih.

 

MUHAMAD NIZAM BIN ALANG KARIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated