Nov 30, 2014

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014

TARIKH : 30 November 2014
TEMPAT : Veledrom Cheras

KEPUTUSAN (Hanya melibatkan atlet Perlis sahaja)

200M SPRINT SUKU AKHIR WANITA BAWAH 15 TAHUN

Heat 4

Arianna Prom Wichit - Perlis ( x ) 
   Nur Fasihah Atikah Mohd Yusni - Selangor (14.879s)

200M SPRINT TEMPAT KE 5 - 8 WANITA BAWAH 15 TAHUN

5. Nurainna Syarah Amran - Akademi Serantau MSN
6. Arianna Promwichit - Perlis
7. Maziatul Azzua Alias - Sarawak

ULASAN

1. Hari terakhir atlet Perlis hanya melibatkan diri bagi acara 200M wanita bawah 15 tahun sahaja dan keputusan kurang memuaskan apabila Arianna tewas kepada atlet Selangor dalam saingan Suku Akhir.

2. Keseluruhan bagi kejohanan kali ini, terdapat banyak kekurangan dari segi persiapan atlet kerana ada diantara atlet yang berehat panjang bagi menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM. 

4. Catatan masa peribadi juga menurun bagi sesetengah atlet dan pasukan Perlis kali ini juga tidak berjaya mempertahankan pingat bagi acara team sprint lelaki 16-18 tahun. 

5. Walaubagaimanapun, kekecewaan sedikit terubat apabila atlet bawah 15 tahun lelaki iaitu Nazarul Nazmir Nur Hisham berjaya membawa pulang 1 perak dan 1 gangsa bagi acara 500M dan Scratch selain berjaya merekodkan catatan baru peribadi bagi acara 3KM Individu Pursuit.

6. Selepas ini, seorang atlet Perlis akan menjalani latihan tindik bersama Pelapis Kebangsaan, seorang atlet menjalani pemilihan dalam Kem ACC manakala 3 atlet lagi akan menghadiri Kem Program Khas Jangka Panjang T20 di Kuala Lumpur. 

7. Fokus seterusnya di peringkat negeri adalah melahirkan lebih ramai atlet diperingkat sekolah terutamanya atlet wanita. Beberapa program telah dirancang bagi tujuan tersebut. 

8. Dari aspek pengadilan (komisar), perlu lebih tulus kerana beberapa keputusan yang dibuat menyebabkan mental atlet menurun. Pihak penganjur perlu lebih adil jika terdapatnya bantahan dari pihak pasukan. 

Sekian,terima kasih.






Nov 29, 2014

LAPORAN KETIGA KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014

TARIKH : 29 November 2014
TEMPAT : Veledrom Cheras

KEPUTUSAN (Hanya melibatkan atlet Perlis sahaja)

KEIRIN PUSINGAN PERTAMA LELAKI 16-18 TAHUN

Heat 1

1. Muhd Syazrin Shaari - KL
2. Mohd Fadhil Zonis - PK
3. Mohd Shaiful Adlan Mohd Shukri - PS
7. Sunan Promwichit Wirach - Perlis

** Dua pelumba terbaik setiap "Heat" akan ke pusingan Separuh Akhir dan baki akan ke pusingan "Repechages"

Heat 4

1. Mohd Khairil Nizam Rasol - PK
2. Muhd Danish Al-Faruq Shukur - P.Pinang
3. Muhd Amirul Aizad Md Nizam - Perlis

** Dua pelumba terbaik setiap "Heat" akan ke pusingan Separuh Akhir dan baki akan ke pusingan "Repechages"

2KM INDIVIDU PURSUIT AKHIR LELAKI 16-18 TAHUN

1. Azli Naim Zulkefli - KL (2:30.937s)
2. Eiman Firdaus Mohd Zamri - PK (2:31.987s)
3. Muhd Daniel Haikal Edy Suhaidee - PK (2:36.800s)
15. Muhd Syahril Md Harun - Perlis (2:48.942s)
24. Sunan Promwichit Wirach - Perlis (2:58.162s)


2KM INDIVIDU PURSUIT AKHIR LELAKI BAWAH 15 TAHUN

1. Muhd Nur Aiman Rosli - Johor (2:35.696s)
2. Wan Abdul Rahman Hamdan - Terengganu (2:40.487s)
3. Syafiq Badhlil Baqi Suhaini - Sarawak (2:46.099s)
4. Nur Nazarul Nazmir Nur Hisham - Perlis (2:46.909s)
31. Wan Muhd Asri Eddy Nor - PPS Perlis (3:15.161s)
32. Muhd Shahir Shahril - PPS Perlis (3:21.301s)
34. Mayuran Marimuthu - PPS Perlis (3:23.794s) 

2KM INDIVIDU PURSUIT AKHIR WANITA BAWAH 15 TAHUN

1. Ezatie Fifiyana Shazwanie Shaiful - Akademi Serantau MSN (3:01.744s)
2. Nurul Najwa Mohd Fauzi - Pahang (3:13.502s)
3. Siti Nur Alya Mansor - Terengganu (3:14.162s)
6. Arianna Prom Wichit - Perlis (3:19.830s)

KEIRIN PUSINGAN REPECHAGES LELAKI 16-18 TAHUN 

Heat 1 

1. 
2.
3. Sunan Promwichit Wirach - Perlis

** Seorang pelumba setiap Heat layak ke pusingan Separuh Akhir dan baki akan bertanding bagi penentuan tempat 7-12 

Heat 4

1. 
2. Muhd Amirul Aizad Md Nizam - Perlis

** Seorang pelumba setiap Heat layak ke pusingan Separuh Akhir dan baki akan bertanding bagi penentuan tempat 7-12

ELIMINATION RACE LELAKI BAWAH 15 TAHUN

Heat 1

* Muhd Akmal Zaidi Zaini - KL
* Muhd Arief Harith Kazman - Perak
* Nor Fahmie Mohd Ismail Abdullah - Perak
14. Amir Humaidi Azlan - Perlis 

- Pelumba yang bertanda * setiap Heat layak ke pusingan Akhir (12 pelumba)

200M SPRINT SUKU AKHIR WANITA BAWAH 15 TAHUN 

Ditangguhkan akibat hujan

ULASAN 

1. Hari ini acara diteruskan dengan acara Individu Pursuit. Perlis meletakkan harapan kepada atlet bawah 15 tahun lelaki iaitu Nazarul Nazmir Nir Hisham namun beliau hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-4 dengan perbezaan masa 0.9s dengan pelumba tempat ke-3.

2. Atlet-atlet PPS Perlis juga menunjukkan peningkatan catatan masa bagi acara Individu Pursuit. 

3. Perlumbaan hari ini ditangguhkan jam 4 petang akibat hujan dan akan disambung esok. 

5. Acara esok iaitu 200M lelaki dan wanita akan disingkatkan kepada 1 pusingan setiap heat (kalah mati) selepas perbincangan bersama jurulatih setiap negeri. 

Sekian,terima kasih












Nov 28, 2014

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014

TARIKH : 28 November 2014
TEMPAT : Veledrom Cheras KL

KEPUTUSAN (Hanya melibatkan atlet Perlis sahaja)

200M SPRINT (UJIAN MASA) KELAYAKAN LELAKI 16-18 TAHUN

1. Muhd Khairul Nizam Rasol - PK (11.331s)
2. Mohd Fadhil Mohd Zonis - PK (11.459s)
3. Mohd Shahriz Affendi Mohd Shahrin - PK (11.579s)
7. Muhd Amirul Aizad Md Nizam - Perlis (12.456s)
9. Muhd Syahril Md Harun - Perlis (12.500s)


200M SPRINT (UJIAN MASA) KELAYAKAN LELAKI BAWAH 15 TAHUN

1. Muhd Harith Arief Kazman - Perak (12.047s)
2. Muhd Nur Aiman Rosli - Johor (12.249s)
3. Imran Hakim Saiful Nizam - Melaka Straleader (12.291s)
19Amir Humaidi Azlan - Perlis (13.351s)
21. Nur Nazarul Nazmir Nur Hisham - Perlis (13.427s)
38. Muhd Ammar Haziq Roieff - PPS Perlis (16.324s)
40. Muhd Farid Amir Sazali - PPS Perlis (17.113s)


200M SPRINT (UJIAN MASA) KELAYAKAN WANITA BAWAH 15 TAHUN

1. Ezzatie Fifiyana Syazwanie Shaiful - Akademi Serantau MSN (13.790s)
2. Siti Nur Alya Mansor - Terengganu (13.963s)
3. Fatin Najiha Halim - P.Pinang (14.487s)
4. Arianna Prom Wichit - Perlis (14.597s)

5KM SCRATCH RACE AKHIR LELAKI BAWAH 15 TAHUN

1. Wan Abdul Rahman Hamdan - Terengganu
2. Nur Nazarul Nazmir Nur Hisham - Perlis
3. Mohd Helmi Mohd Ismail Abdullah - Perak

200M SPRINT 1/8 LELAKI 16-18 TAHUN





ULASAN

1. Acara hari ini dimulakan dengan acara Team Pursuit dan Point Race yang tertangguh semalam. Namun kedua-dua acara ini tidak melibatkan pasukan Perlis.

2. Perlis hari ini mengambil bahagian bagi acara 200M lelaki 16-18 tahun, bawah 15 tahun dan wanita bawah 15 tahun serta scratch,keirin dan Individu Pursuit.

3. Perlis membuat bantahan dalam acara 200M lelaki bawah 15 tahun kerana catatan masa yang direkodkan pihak komisar tidak munasabah. 

4. Acara ditangguhkan jam 5 petang kerana hujan mulai turun ketika saingan suku akhir lelaki bagi acara sprint 200M dan disambung esok. 

Sekian,terima kasih












Nov 27, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014

TARIKH : 27 November 2014
TEMPAT : Veledrom Cheras KL

KEPUTUSAN RASMI (Keputusan Melibatkan Atlet Perlis Sahaja)

TEAM SPRINT AKHIR LELAKI 16-18 TAHUN

1. Pelapis Kebangsaan - 1:06.700s
2. Pelapis Serantau - 1:09.308s
3. Kuala Lumpur - 1:11.897s
4. Perlis 
(Nur Nazarul Nazmir Nur Hisham
Muhd Amirul Aizad Md Nizam
Muhd Syahril Md Harun) - 1:12.064s

1KM UJIAN MASA AKHIR LELAKI 16-18 TAHUN

1. Mohd Fadhil Mohd Zonis - PK (1:11.787s)
2. Azli Najmi Zulkefli - KL (1:12.424s)
3. Eiman Firdaus Mohd Zamri - PK (1:12.724s)
13. Muhd Syahril Md Harun - Perlis (1:16.787s)
18. Muhd Amirul Aizad Md Nizam - Perlis (1:18.546s)

500M UJIAN MASA AKHIR LELAKI BAWAH 15 TAHUN

1. Muhd Harith Arief Kazman - Perak (36.730s)
2. Muhd Nur Aiman Rosli - Johor (36.954s)
3. Nur Nazarul Nazmir Nur Hisham - Perlis (37.231s)
34. Muhd Shahir Sharil - PPS Perlis (44.612s)
35. Muhd Ammar Haziq Roieff - PPS Perlis (45.353s)
37. Muhd Farid Amir Sazali - PPS Perlis (45.910)

500M UJIAN MASA AKHIR WANITA BAWAH 15 TAHUN

1. Fifiyana Shazwanie Shaiful - Akademi Serantau MSN (41.312s)
2. Nur Fasihah Atikah Mohd Yusni - Selangor (43.222s)
3. Siti Nur Alya Mansor - Terengganu (43.279s)
6. Arianna Prom Wichit - Perlis (45.072s)

3KM SCRATCH RACE LELAKI 16-18 TAHUN

Heat 2

1. Aidil Haqeem Abd Ghani - P.Jaya
2. Mohd Firdaus Hadi - P. Serantau
3. Muhd Hishamuddin Jaafar - Mersinh
14. Sunan Promwichit Wirach - Perlis

**12 pelumba terbaik dari setiap Heat layak ke pusingan akhir

3KM SCRATCH RACE LELAKI BAWAH 15 TAHUN

Heat 2

1. Muhd Nur Aiman Rosli - Johor
2. Nur Nazarul Nazmir Nur Hisham - Perlis
3. Muhd Fai Shaiful Rizal - PLN Kedah

**12 pelumba terbaik dari setiap Heat layak ke pusingan akhir

3KM SCRATCH RACE AKHIR WANITA BAWAH 15 TAHUN

1. Ezatie Fifiyana Shazwanie Shaiful - Akademi Serantau MSN
2. Zulaikha Yusof - Terengganu
3. Siti Nur Alya Mansor - Terengganu
7. Arianna Prom Wichit - Perlis

ULASAN

1. Semalam telah diadakan mesyuarat pengurus bagi kejohanan kali ini yang dipengerusikan oleh En. Ikhwan dari pengurusan acara. Dalam perbincangan tersebut telah memutuskan penggunaan gearing bagi setiap kategori. 

2. Bagi kejohanan hari ini, beberapa acara dipertandingkan iaitu Team Sprint, 1KM / 500M Ujian Masa, kelayakan Scratch, Team Pursuit dan Point Race.

3. Atlet Perlis berjaya memenangi tempat ketiga bagi acara 500m lelaki bawah 15 tahun namun bagi acara team sprint bawah 18 tahun, Perlis gagal mempertahankan tempat ketiga yang dimenangi ketika sirkit kedua yang lepas dan hanya berpuas hati di tempat keempat kali ini. 

4. Namun, pertandingan terpaksa dihentikan akibat dari hujan yang lebat ketika saingan akhir bagi acara Team Pursuit pada sebelah petang.

5. Saingan team pursuit dan point race akan disambung pada esok hari.

Sekian,terima kasih.  








Nov 26, 2014

KLINIK PENGENALAN SUKAN OLAHRAGA 2014 - HARI KEDUA
















TARIKH          : 11 November 2014
TEMPAT         : Stadium Tuanku Syed Putra, Kompleks Sukan Negeri Perlis.
MASA             : 8 pagi - 1 petang

KEHADIRAN
1. JSM Nazmizan bin Muhammad
2. JSM Hazril bin Hassan
3. PPN Nur Amalina Bt Adznan
4. 5 orang Pembantu Jurulatih 
    - Mohd Helmi bin Awang
    - Mohd Izzuddin bin Yahaya
    - Rizhan bin Rajmi
    - Mohd Akmal bin Md Zain
    - Cikgu Sanusi bin Zainal Abidin
5. 2 orang Urusetia MSN Negeri
    - Mohd Nor Jasrizad bin Md Joonoos
    - Norazila bt Zainuddin
6. Guru - guru Pengiring
7. 93 orang Peserta

ULASAN

1. Klinik Pengenalan Sukan Olahraga 2014 untuk hari kedua. Semua atlet berkumpul dan melakukan sesi "Warm Up" dan " Streching" yang diketuai oleh Cikgu Sanusi.

2. Atlet dipecahkan semula mengikut acara masing - masing, atlet pecut didedahkan dengan "Dril" untuk acara Pecut yang dilakukan oleh Bekas Atlet Sukma iaitu Mohd Helmi. Setelah selasai atlet menjalani "Testing" 100 m . Seramai 12 orang atlet telah dipilih oleh JSM Nazmizan untuk dimasukkan kedalam Pelapis Olahraga Tahun 2015.

3. Atlet acara balingan pula, didedahkan dengan acara melempar cakera dan baling tukul besi. Mereka diajar cara - cara menggunakan peralatan  dan teknik melepar cakera dan baling tukul besi. Atlet bawah 12 tahun menggunakan peralatan yang dibekalkan oleh IAAF kepada JSM Hazril bin Hassan.

4. Klinik Pengenalan Sukan Olahraga 2014 ini bertujuan untuk menarik minat khususnya pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai sukan Olahraga ini. Ianya juga bertujuan untuk menambah dan menyerap masuk atlet baru bagi sukan Olahraga untuk berada dibawah Program Pelapis Negeri.

5. Jumlah Atlet yang terpilih seramai 16 orang untuk Program Pelapis Negeri 2015. Terima kasih kepada Sekolah - sekolah  dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang telah menghantar atlet menyertai Klinik Olahraga dan memberi kerjasama yang sangat baik.

Sekian, terima kasih.


LAPORAN PEMANTAUAN TENPIN BOLING BIL 1/11


TARIKH          : 7 November 2014
TEMPAT         : Perlis Bowl, SAS Arena Sdn. Bhd
MASA             : 8.00 mlm – 10.00 mlm

KEHADIRAN:

1.     JSM Shahidi @ Shaharani bin Othman
2.     PPN Nur Amalina Bt Adznan
3.     Lelaki          : 7 orang
       Perempuan   : 4 orang   

UJIAN
Tiada

LATIHAN
1. Balancing
2. Arrow 1
3. 5 Steps

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.   Kedatangan atlet kurang memuaskan. Atlet PT3 ramai yang masih belum datang Latihan.
2.  Jurulatih  mencadangkan untuk mengadakan Kejohanan Dalam untuk atlet usptn dan atlet TID pada bulan 12.
3. 2 orang atlet bawah 12 akan menyertai 15th Milo International  Junior All Star Bowling Championship 2014.

Sekian, terima kasih. 










Laporan Pemantauan Sukan Tenpin Boling Bil 2/11

TARIKH          : 25 November 2014
TEMPAT         : Perlis Bowl, SAS Arena Sdn. Bhd
MASA             : 8.00 mlm – 10.00 mlm

KEHADIRAN

1.     JSM Shahidi @ Shaharani bin Othman

2.     JSM Zunika Bt Zainal

3.     PPN Nur Amalina Bt Adznan

4.     Lelaki          : 7 orang

      Perempuan : 6 orang   

UJIAN

Tiada

LATIHAN

1. Balancing

2. Trios

PERTANDINGAN

Tiada

KECEDERAAN

Tiada

ULASAN

1.            Kedatangan atlet memuaskan dan atlet-atlet dapat menerima arahan serta teguran daripada jurulatih seperti biasa.

 

2.            2 orang atlet Pelapis Tenpin Boling Perlis menerima Anugerah Tunas Harapan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Mereka dipilih kerana memenangi pingat gangsa di Kejohanan Tenpin Boling MSSM bawah 12 Tahun 2014. Mereka yang menerima Anugerah ialah Muhammad Zharfan bin Shahidi dan Nuhani Yasmin bt Mohd Saad.

 

3.            Atlet membuat persiapan untuk bertandang ke Pulau Pinang pada 6 Disember 2014. Program tindik ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada atlet – atlet untuk menimba pengalaman baru.

Sekian, terima kasih. 


Laporan Pemantauan Sukan Tenpin Boling bil 1/11

TARIKH          : 7 November 2014
TEMPAT         : Perlis Bowl, SAS Arena Sdn. Bhd
MASA             : 8.00 mlm – 10.00 mlm

KEHADIRAN

1.     JSM Shahidi @ Shaharani bin Othman

2.     PPN Nur Amalina Bt Adznan

3.     Lelaki          : 7 orang

        Perempuan : 4 orang   

UJIAN

Tiada

LATIHAN

1. Balancing

2. Arrow 1

3. 5 Steps

PERTANDINGAN

Tiada

KECEDERAAN

Tiada

ULASAN

1.                   Kedatangan atlet kurang memuaskan. Atlet PT3 ramai yang masih belum turun Latihan.

 

2.            Jurulatih  mencadangkan untuk mengadakan Kejohanan Dalam untuk atlet usptn dan atlet TID pada bulan 12.


3.         2 orang atlet bawah 12 akan menyertai 15th Milo International  Junior All Star Bowling Championship 2014. 

Sekian, terima kasih. 


--
NUR AMALINA BT ADZNAN
PPN USPTN PERLIS

LAPORAN KLINIK PENGENALAN SUKAN BOLING PADANG PERLIS 2014

TARIKH          : 22 – 23 November 2014

TEMPAT         : Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Tuanku                                Syed Putra, Kangar

MASA             : 8 pagi - 7 petang

 

KEHADIRAN

 

1.     JSM Kamis Bin Harun

 

2.     PPN Dzulfifi Hafiz Bin Mamat

 

3.     PKU Mahazir Baharom (Penutup)

 

4.     PRESIDEN PERSATUAN BOLING PADANG PERLIS Yb. Mat Bin               Hassan

 

5.     6 orang Ahli Persatuan (Urusetia)

 

6.     62 orang peserta (34 lelaki, 28 wanita)

 

UJIAN

 

Tiada

 

LATIHAN

 

Tiada

 

PERTANDINGAN

 

Mini pertandingan (penutup)

 

KECEDERAAN

 

Tiada

 

ULASAN

 

1.         Klinik Pengenalan Sukan Boling Padang 2014 ini bertujuan untuk menarik minat khususnya pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai sukan boling padang. Ianya juga bertujuan untuk menambah dan menyerap masuk atlet baru bagi sukan boling padang untuk berada dibawah Program Pelapis Negeri.

 

2.         Klinik ini dijalankan selama dua hari bermula dari 22 Nov 2014 sehingga 23 Nov 2014 bertempat di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.

 

3.         Pada awalnya, penyertaan di buka kepada 30 orang atlet yang bersekolah di sekitar pusat latihan sahaja. Memandangkan musim cuti sekolah baru bermula, penyertaan pelajar yang berminat untuk menyertai Klinik ini bertambah kepada seramai 62 orang atlet. Sebanyak 6 buah sekolah memohon untuk menyertai klinik pengenalan ini setelah mengetahui melalui laman social.

 

4.         JSM Kamis Bin Harus yang dibantu oleh beberapa ahli Persatuan Boling Padang  Negeri Perlis sebagai  urusetia telah menjalankan program ini dengan jayanya.

 

5.         Pada hari pertama selepas pendaftaran, sesi 1 dimulakan dengan taklimat dan pengenalan sukan boling padang yang di ketuai oleh JSM Kamis Bin Harun. Setelah tamat sesi pertama, peserta berhenti berehat sebentar untuk minum pagi. Seterusnya, sesi kedua dijalankan dengan pengenalan peralatan boling padang yang dibantu oleh beberapa orang urusetia. Pada jam 1.00 petang, peserta berhenti untuk makan tengah hari dan solat zohor. Sesi seterusnya adalah teori teknik boling padang dan sesi terakhir adalah praktikal di green. Hari pertama tamat pada pukul 7.00 ptg.

 

6.         Pada hari kedua, peserta banyak diberi tunjuk ajar di green yang memberi gambaran yang lebih jeles tentang cara dan teknik permainan boling padang. Dengan ini, minat terhadap permainan boling padang dapat diterapkan. Pada sesi petang, satu mini pertandingan diadakan di kalangan peserta yang menyertai klinik ini. Mereka dibahagikan kepada tiga orang satu kumpulan. Setelah tamat mini pertandingan, acara penutup telah disempurnakan oleh YB. Mat bin Hassan iaitu Presiden Persatuan Boling Padang Negeri Perlis untuk menyampaikan hadiah dan juga sijil kepada peserta.

 

7.         Dari hasil pemantauan JSM Kamis Bin Harus, seramai lebih daripada separuh peserta dapat diketengahkan untuk program pelapis dengan syarat para peserta dapat menyertai latihan yang dijalankan untuk program pelapis.

 

Sekian, terima kasih.


DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI
MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS