TARIKH : 8 - 13 November 2014
TEMPAT : Majlis Sukan Negeri Perak
MASA : 8.00 pagi - 10 malam
KEHADIRAN
1. 4 orang PPN
2. 11 orang jurulatih (1 jurulatih wanita Perlis terlibat)
TEMPAT : Majlis Sukan Negeri Perak
MASA : 8.00 pagi - 10 malam
KEHADIRAN
1. 4 orang PPN
2. 11 orang jurulatih (1 jurulatih wanita Perlis terlibat)
3. 28 orang atlet (4 orang atlet Perlis terlibat)
ULASAN
Hari Pertama
- Pada tanggal 8 November 2014, Cawangan Pelapis telah menganjurkan satu lagi Kem Bakat Sukan Berbasikal Wanita Siri 2/2014 yang diadakan di Majlis Sukan Negeri Perak. Kem ini adalah khusus kepada atlet wanita selepas kem untuk atlet lelaki selesai diadakan di Negeri Perlis. Matlamat kem ini adalah sebagai pengenalan sukan berbasikal di samping mengukuhkan lagi teknik dalam kayuhan serta teknik khususu di dalam acara trek. Kem ini telah diketuai oleh Ketua Jurulatih PK iaitu Encik Soud Husin. Taklimat program telah diadakan pada jam 3.30 petandan disampaikan oleh En. Soud manakala sebelah malam sesi pengenalan diri dikendalikan oleh PPN.
Hari Kedua
- Aktiviti hari ini dimulakan seawal jam 6.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan iringan doa. Sesi pertama kem ini dijalankan sesi pengenalan sukan Berbasikal. Sesi ini dikendalikan oleh En. Ghaffuan dari Negeri Kedah. Ceramah kedua diteruskan dengan sesi 'Bike & Care' dijalankan dan diketuai sendiri oleh En. Soud. Selepas itu, atlet diajar secara praktikal dalam penjagaan basikal. Sesi petang diteruskan dengan sesi Anatomi Basikal dengan penekanan kepada kompenan dan peralatan yang terdapat dalam basikal. Pada sebelah petang atlet diajar 'Cycling & Skills' dan diketuai oleh En. Azri Jusoh. Sesi tayangan video diadakan pada sebelah malam dengan teknik yang betul untuk setiap acara. Sesi video ini juga diterangkan secara mendalam oleh jurulatih.
Hari Ketiga
- Latihan pagi diteruskan pada hari ketiga dengn jarak sejauh 30KM di sekitar Ipoh. Selepas itu, aktiviti Cyling & Skills diajalan kan di selotar MSN Perak sehingga jam 12 tengahari. Pada sebelah petang, sesi ceramah dijalankan dengan tajuk 'Introduction Road & Track Event' dengan pengenalan kepada acara yang dipertandingkan di dalam trek dan jalanraya. Ceramah ini adalah penting kepada atlet kerana setiap atlet yang baru perli mengenali setiap acara yang dipertandingkan di dalam trek. Sebelah petang atlet didedahkan dengan 'Standing Start' sebagai teknik asas di dalam acara trek.
Hari Keempat
- Hari ini diadakan mini pertandingan di Batu Gajah Perak. Dua acara dipertandingkan iaitu 500m pecut dan 2KM Individu Time Trial. Berikut adalah keputusan:-
500m Pecut
1. Ezatie Fifiyana Shazwanie-ASZU
2. Zulaikha Yusof-Terengganu
3. Fatin Najiha Halim-P.Pinang
Ujian Masa Individu (2KM)
1. Ezatie Fifiyana Shahzwanie-ASZU
2. Siti Zulaikha Hamdan-Johor
3. Nur Fasihah Mohd Yusni-Selangor
Sebelah petang diadakan sesi ceramah Persediaan Mental yang disampaikan oleh En. Khairul Faizi. Dalam ceramah beliau banyak menekankan mengenai aspek persediaan mental sebelum dan selepas perlumbaan.
Hari Kelima
- Hari ini dijalankan ujian kecergasan kepada semua atlet. Ujian ini dikendalikan oleh Unit Sains Sukan Negeri Perak. Antara ujian dijalankan adalah :-
1. BMI measure
2. Sit and reach
3. Vertical jump
4. 1 minute push up and sit up
5. T Test
6. Beep test
Sebelah petang sesi ceramah Pemakanan Dalam Sukan dikendalikan oleh En. Pubalan dari Unit Sains Sukan Negeri Perak. Pada sebelah malam, ceramah bertajuk 'Motivation Factor' diadakan.
Hari Keenam
- Upacara penutup diadakan pada pagi ini dimulakan dengan rumusan oleh semua jurulatih terlibat sepanjang kem ini berlangsung. Penutup disempurnakan oleh Pemangku Ketua Unit Negeri Perak dan selepas itu, penyampaian hadiah kepada pemenang dan sijil penyertaan diberikan.
Sekian,terima kasih
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
No comments:
Post a Comment
Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated