TARIKH :08-09 November 2014
TEMPAT : Lapang Sasar Memanah, Kompleks Sukan Syed Putra
MASA : 8 pagi - 6 petang
KEHADIRAN
1. JSM Shubanthirio
2. JSM Md Zain
3. PPN Muhamad Nizam
4. Guru-Guru dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
5. Ahli Persatuan Memanah Negeri Perlis
6. 28 orang atlet (17 lelaki dan 11 wanita)
UJIAN
Tiada
LATIHAN
Tiada
PERTANDINGAN
Tiada
KECEDERAAN
Tiada
ULASAN
1. Klinik Pengenalan Sukan Memanah 2014 ini bertujuan untuk menarik minat khususnya pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai sukan memanah ini. Ianya juga bertujuan untuk menambah dan menyerap masuk atlet baru bagi sukan memanah untuk berada dibawah Program Pelapis Negeri.
2. Klinik ini dijalankan selama dua hari bermula dari 8 November hingga 9 November 2014 bertempat di Lapang Sasar Memanah, Kompleks Sukan Syed Putra.
3. Klinik ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Persatuan Memanah Negeri Perlis.
4. Mendapat sambutan dari beberapa buah sekolah berhampiran Kompleks Sukan dengan kehadiran 28 orang pelajar iaitu 17 pelajar lelaki dan 11 pelajar wanita.
5. Pada hari pertama klinik selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, klinik diteruskan dengan pengenalan asas peralatan memanah yang diketuai oleh Encik Badrul dari Persatuan Memanah Negeri Perlis. Selepas itu, para peserta diberli tunjuk ajar dan peluang untuk memasang peralatan memanah dan selepas makan tenghari, latihan amali dijalankan dimana para peserta berpeluang mencuba sendiri sukan memanah ini dengan dipantau oleh JSM dan ahli Persatuan Memanah Negeri Perlis.
6. Pada hari kedua, selepas minum pagi dan sesi memanaskan badan, satu pemilihan atlet berbakat dalam sukan memanah ini dijalankan. Ianya dijalankan dalam bentuk pertandingan mini dan terbahagi kepada kategori lelaki dan wanita.
7. JSM akan memberikan cadangan nama peserta yang terpilih untuk masuk ke dalam Program Pelapis Negeri bagi sukan Memanah kepada PPN dalam masa terdekat.
8. Cuaca pada kedua-dua hari amat baik dan tiada sebarang kecederaan berlaku sepanjang klinik berlangsung.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated