Nov 26, 2014

LAPORAN KLINIK PENGENALAN SUKAN TINJU

TARIKH          : 22 – 23 November 2014
TEMPAT         : Gelanggang Tinju Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA             : 8 pagi - 6 petang

KEHADIRAN

1.     JSM Hamzah Hj Abdullah

2.     PPN Muhamad Nizam

3.     2 orang atlet tinju SUKMA Perlis

4.     Guru-guru pengiring

5.     15 orang peserta

UJIAN

Tiada

LATIHAN

Tiada

PERTANDINGAN

Tiada

KECEDERAAN

Tiada

ULASAN

1.         Klinik Pengenalan Sukan Tinju 2014 ini bertujuan untuk menarik minat khususnya pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai sukan tinju ini. Ianya juga bertujuan untuk menambah dan menyerap masuk atlet baru bagi sukan tinju untuk berada dibawah Program Pelapis Negeri.

2.         Klinik ini dijalankan selama dua hari bermula dari 22 November (sabtu) dan berakhir pada keesokkan hari nya 23 November (ahad) yang bertempat di Gelanggang Tinju Majlis Sukan Negeri Perlis.

3.         Penyertaan bagi klinik ini sedikit mengecewakan apabila hanya 15 peserta sahaja yang mendaftar bagi menyertai klinik ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh cuti persekolahan yang telah pun bermula.

4.         Walaubagaimanapun, klinik ini tetap diteruskan dengan kendalian JSM Tinju En.Hamzah Hj Abdullah dengan bantuan 2 orang atlet tinju SUKMA Perlis.

5.         Pada hari pertama selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, PPN Muhamad Nizam memberi sedikit taklimat berkaitan dengan hala tuju program pelapis kepada para peserta. Setelah itu, JSM Hamzah juga turut memberi taklimat dan memberi penerangan berkaitan sukan tinju ini. Beliau juga turut menerangkan tentang peralatan yang digunakan dan cara sukan ini dimainkan. Selepas itu, para peserta menjalani sesi memanaskan badan yang diketuai oleh atlet SUKMA Perlis.

6.         Selepas selesai sesi memanaskan badan, para peserta diberi tunjuk ajar dan cara yang betul berkaitan dengan kedudukan kaki, badan dan tangan. Cara menumbuk dan bergerak juga di ajar kepada mereka. Selepas rehat makan tengahari, para peserta diberi peluang untuk menyaksikan demostrasi perlawanan tinju oleh 2 atlet SUKMA tersebut dan mereka diberi peluang merasai keadaan berada diatas gelanggang.

6.         Pada hari kedua, aktiviti sama dilakukan. Selepas sesi memanaskan badan, mereka diajar lagi berkaitan teknik-teknik menumbuk, bergerak dan mengelak. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk bertinju diatas gelanggang tapi hanya melakukan "shadow boxing'.

7.         Cuaca pada kedua-dua hari tersebut amat baik sekali sepanjang klinik ini dijalankan.

Sekian, terima kasih. 

MUHAMAD NIZAM BIN ALANG KARIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated