TARIKH : 11 November 2014
TEMPAT : Stadium Tuanku Syed Putra, Kompleks Sukan Negeri Perlis.
MASA : 8 pagi - 1 petang
TEMPAT : Stadium Tuanku Syed Putra, Kompleks Sukan Negeri Perlis.
MASA : 8 pagi - 1 petang
KEHADIRAN
1. JSM Nazmizan bin Muhammad
2. JSM Hazril bin Hassan
3. PPN Nur Amalina Bt Adznan
4. 5 orang Pembantu Jurulatih
- Mohd Helmi bin Awang
- Mohd Izzuddin bin Yahaya
- Rizhan bin Rajmi
- Mohd Akmal bin Md Zain
- Cikgu Sanusi bin Zainal Abidin
5. 2 orang Urusetia MSN Negeri
- Mohd Nor Jasrizad bin Md Joonoos
- Norazila bt Zainuddin
6. Guru - guru Pengiring
7. 93 orang Peserta
ULASAN
1. Klinik Pengenalan Sukan Olahraga 2014 untuk hari kedua. Semua atlet berkumpul dan melakukan sesi "Warm Up" dan " Streching" yang diketuai oleh Cikgu Sanusi.
2. Atlet dipecahkan semula mengikut acara masing - masing, atlet pecut didedahkan dengan "Dril" untuk acara Pecut yang dilakukan oleh Bekas Atlet Sukma iaitu Mohd Helmi. Setelah selasai atlet menjalani "Testing" 100 m . Seramai 12 orang atlet telah dipilih oleh JSM Nazmizan untuk dimasukkan kedalam Pelapis Olahraga Tahun 2015.
3. Atlet acara balingan pula, didedahkan dengan acara melempar cakera dan baling tukul besi. Mereka diajar cara - cara menggunakan peralatan dan teknik melepar cakera dan baling tukul besi. Atlet bawah 12 tahun menggunakan peralatan yang dibekalkan oleh IAAF kepada JSM Hazril bin Hassan.
4. Klinik Pengenalan Sukan Olahraga 2014 ini bertujuan untuk menarik minat khususnya pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai sukan Olahraga ini. Ianya juga bertujuan untuk menambah dan menyerap masuk atlet baru bagi sukan Olahraga untuk berada dibawah Program Pelapis Negeri.
5. Jumlah Atlet yang terpilih seramai 16 orang untuk Program Pelapis Negeri 2015. Terima kasih kepada Sekolah - sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang telah menghantar atlet menyertai Klinik Olahraga dan memberi kerjasama yang sangat baik.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated