TARIKH : 22 – 23 November 2014
TEMPAT : Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
MASA : 8 pagi - 7 petang
KEHADIRAN
1. JSM Kamis Bin Harun
2. PPN Dzulfifi Hafiz Bin Mamat
3. PKU Mahazir Baharom (Penutup)
4. PRESIDEN PERSATUAN BOLING PADANG PERLIS Yb. Mat Bin Hassan
5. 6 orang Ahli Persatuan (Urusetia)
6. 62 orang peserta (34 lelaki, 28 wanita)
UJIAN
Tiada
LATIHAN
Tiada
PERTANDINGAN
Mini pertandingan (penutup)
KECEDERAAN
Tiada
ULASAN
1. Klinik Pengenalan Sukan Boling Padang 2014 ini bertujuan untuk menarik minat khususnya pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai sukan boling padang. Ianya juga bertujuan untuk menambah dan menyerap masuk atlet baru bagi sukan boling padang untuk berada dibawah Program Pelapis Negeri.
2. Klinik ini dijalankan selama dua hari bermula dari 22 Nov 2014 sehingga 23 Nov 2014 bertempat di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.
3. Pada awalnya, penyertaan di buka kepada 30 orang atlet yang bersekolah di sekitar pusat latihan sahaja. Memandangkan musim cuti sekolah baru bermula, penyertaan pelajar yang berminat untuk menyertai Klinik ini bertambah kepada seramai 62 orang atlet. Sebanyak 6 buah sekolah memohon untuk menyertai klinik pengenalan ini setelah mengetahui melalui laman social.
4. JSM Kamis Bin Harus yang dibantu oleh beberapa ahli Persatuan Boling Padang Negeri Perlis sebagai urusetia telah menjalankan program ini dengan jayanya.
5. Pada hari pertama selepas pendaftaran, sesi 1 dimulakan dengan taklimat dan pengenalan sukan boling padang yang di ketuai oleh JSM Kamis Bin Harun. Setelah tamat sesi pertama, peserta berhenti berehat sebentar untuk minum pagi. Seterusnya, sesi kedua dijalankan dengan pengenalan peralatan boling padang yang dibantu oleh beberapa orang urusetia. Pada jam 1.00 petang, peserta berhenti untuk makan tengah hari dan solat zohor. Sesi seterusnya adalah teori teknik boling padang dan sesi terakhir adalah praktikal di green. Hari pertama tamat pada pukul 7.00 ptg.
6. Pada hari kedua, peserta banyak diberi tunjuk ajar di green yang memberi gambaran yang lebih jeles tentang cara dan teknik permainan boling padang. Dengan ini, minat terhadap permainan boling padang dapat diterapkan. Pada sesi petang, satu mini pertandingan diadakan di kalangan peserta yang menyertai klinik ini. Mereka dibahagikan kepada tiga orang satu kumpulan. Setelah tamat mini pertandingan, acara penutup telah disempurnakan oleh YB. Mat bin Hassan iaitu Presiden Persatuan Boling Padang Negeri Perlis untuk menyampaikan hadiah dan juga sijil kepada peserta.
7. Dari hasil pemantauan JSM Kamis Bin Harus, seramai lebih daripada separuh peserta dapat diketengahkan untuk program pelapis dengan syarat para peserta dapat menyertai latihan yang dijalankan untuk program pelapis.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated