Nov 25, 2014

LAPORAN KEM TAHUNAN PELAPIS ZON UTARA 2014 - PERLIS

TARIKH : 22 - 24 November 2014
TEMPAT : Kem Paya Pahlawan Jitra Kedah

KEHADIRAN
1. Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis
2. Pegawai Kanan Majlis Sukan Negeri Perlis
3. Pemangku Ketua Unit USPTN Perlis
4. Kakitangan USPTN Perlis
5. JPM/JSM USPTN Perlis
6. Atlet seramai 50 orang

AKTIVITI
1. Jungle Trekking
2. Lake Crossing
3. Rakit
4. Obstacles
5. Flying Fox
6. Abselling
7. Kayak

ULASAN
1. Kem Tahunan USPTN tahun ini telah diadakan dengan kerjasama dari USPTN Kedah dan Pulau Pinang dengan setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya 50 orang atlet.

2. Hasil kerjasama yang baik, kem ini telah berjaya mengumpulkan hampir 150 orang atlet pelapis di setiap negeri. Tujuan asal kem ini adalah untuk memupuk semangat setia kawan di kalangan atlet di dalam kawasan zon utara.

3. Sepanjang aktiviti di kem tersebut, atlet dibahagi kepada 10 kumpulan pada hari pertama dengan sesi ice breaking dijalankan pada sebelah malam. Aktiviti ini dapat memupuk atlet berkenalan sesama sendiri. Dari aktiviti ini juga menunjukkan bahawa ada di antara atlet yang berani manakala ada yang kurang aktif.

4. Hari kedua aktiviti dimulakan seawal jam 6 pagi dengan atlet bangun solat Subuh berjemaah kemudian nyanyian lagu Negaraku serta senaman pagi. Aktiviti hari ini dimulakan dengan sesi taklimat program yang dijalankan oleh jurulatih dari pihak resort. Taklimat tersebut banyak menekankan aspek keselamatan ketika berada di dalam tasik. Aktiviti diteruskan dengan semua kumpulan diajar 'Water Confident' sebelum mereka diberikan rakit untuk ke stesen seterusnya. Kesemua aktiviti Flying Fox, Abselling, Obstacles, Lake Crossing, dan Kayak tamat pada jam 1.30 tengahari. Pada sebelah petang kesemua atlet dan urusetia dibawa menyusuri 'Jungle Trekking' sekitar kawasan hutan Kampung Paya sehingga jam 6.30 petang.

5. Malam terakhir di kem,semua atlet telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan persembahan hiburan oleh setiap kumpulan. Kesemua atlet telah memberikan kesungguhan dan kesepakatan ketika persembahan tersebut. Aktiviti berakhir jam 12.30 pagi.

6. Hari terakhir kem ini berlangsung di mulakan seawal jam 6 pagi di mana atlet dan semua urusetia solat subuh berjemaah dan nyanyian lagu Negaraku serta senaman pagi. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan 'Management Games' mengikut stesen yang ditetapkan. Setiap kumpulan mestilah menghabiskan tugasan yang diberikan dengan masa yang ditetapkan. Aktiviti berakhir jam 12.30 tengahari.

7. Majlis penutup kem ini telah dirasmikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Encik Mahazi Haji Ibrahim. Wakil Pengarah MSN Perlis, Encik Noor Zaidi Hamad dan PKU USPTN Perlis, KU USPTN Kedah serta PKU USPTN P. Pinang turut hadir memeriahkan majlis penutup kem ini. Diharapkan program kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi mengeratkan ikatan di antara negeri-negeri di samping dapat bertukar pendapat. 

Sekian,terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated