Mar 16, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN MEMANAH PELAPIS ZON UTARA 2014 - Hari Kedua

TARIKH          : 15 Mac 2014
TEMPAT         : Padang Stadium Sultan Abdul Halim
MASA             : 8.30 pagi- 6.00 petang

KEHADIRAN

1.    Atlet memanah Pelapis Negeri.
2.    JPM dan JSM sukan memanah.
3.    SDO sukan memanah setiap negeri.

UJIAN

Tiada

LATIHAN

Tiada

PERTANDINGAN

Kejohanan Memanah Pelapis Zon Utara 2014

KECEDERAAN

Tiada

ULASAN

1.    Hari kedua kejohanan dimulakan dengan latihan rasmi seawal jam 8.30 pagi untuk jarak 70m bagi lelaki bawah 16 tahun dan 60m bagi perempuan bawah 16 tahun. Bawah 12 tahun lelaki dan perempuan adalah 25m.

2.    Kejohanan bersambung semula pada jam 2 petang dengan jarak 60m untuk lelaki dan 50m bagi perempuan bawah 16 tahun. Bawah 12 tahun lelaki dan perempuan menggunakan jarak 25m.

3.    Cuaca bagi hari kedua amat baik di sebelah pagi dan pada sebelah petang cuaca mulai mendung dan berangin.

4.    Keputusan pada hari kedua kejohanan menyaksikan ada wakil dari pasukan Pelapis Negeri Perlis menduduki ranking 3 terbaik bagi lelaki dan perempuan bawah 16 tahun menerusi Nurul Afza dan Muhammad Zubair.

5.    Bagi kategori bawah 12 tahun lelaki dan perempuan, rata-rata atlet Pelapis Negeri Perlis menduduki 10 ranking terbaik.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated