Apr 20, 2013

PEMANTAUAN PN KE PLN NEGERI

Tarikh : 16 April 2013
Tempat : Dewan Rakan Sukan & Dewan Gimnasium Angkat Berat MSNPs
Masa : 6.00 petang

KEHADIRAN
1. PKU Mahazir Baharom
2. PN En. Fairul Fadzly Ahmad Muzni
3. JSM Aziz Abdullah
4. JSM Rosli Mansor
5. JSM Mohd Faiz Musa
6. JSM Rosli Othman

PERTANDINGAN
- Kejohanan Sepak Takraw MSSPs 2013 yang berlangsung di Dewan Rakan Sukan MSNPs bermula 15 - 18 April 2013.

LATIHAN
- Atlet angkat berat menjalani latihan seperti biasa:-
  i- Clean & Jerk
  ii- Clean Pull
  iii- Hang squat
  iv - Back squat

UJIAN
-tiada

KECEDERAAN
-tiada

ULASAN
1. JSM diperkenalkan dengan PN Encik Fairul. Beberapa perkara berkaitan sepak takraw dimaklumkan antaranya mengenai kemudahan gelanggang di SMK Syed Alwi yang mengalami kerosakan tetapi gelanggang adalah sementara untuk menunggu dewan serbaguna siap.
2. Seramai 20 orang atlet yang berlatih di bawah program USPTN bermain mewakili sekolah masing-masing.
3. Saranan PN untuk menjadikan Dewan Rakan Sukan sebagai pusat latihan negeri untuk menggabungkan pemaiin-pemain dari semua sekolah.
4. Pemantauan di PLN angkat berat, JSM memaklumkan set bar untuk perempuan hanya ada satu sahaja untuk kegunaan atlet wanita.
5. Kapur untuk latihan juga berkurangan dan untuk jangka masa panjang, keluasan gim akan ditambah untuk memudahkan atlet berlatih di dalam dewan tertutup.
6. Kehadiran atlet semasa pemantauan PN adalah seramai 15 orang. Seorang atlet Mohamad Shafiq Shafie demam.
7. PN juga melawat gimnasium MSNPs yang baru.

LAWATAN PEMANTAUAN PLN

LAPORAN PN KE PLN TINJU

TEMPAT : DRY GYM KOMPLEKS SUKAN NEGERI
PADA : 17 APRIL 2013
JAM : 5.30 PTG

KEHADIRAN 
1.JSM - En Hamzah Hj Abdullah, JSM MSNPs - En Prem Kiang
2. PN - En Fairul 
3. Atlet - 10 L

LATIHAN
1. Step Boxing One Two
2.Coach Pedding
3. School Boxing
4. Blocking

UJIAN
- Tiada -

PERTANDINGAN
- Tiada -

KECEDERAAN
- Tiada -

ULASAN
- JSM mengucapkan terima kasih atas kehadiran PN En.Fairul ke PLN Tinju,JSM memaklumkan bahawa Dry Gym tersebut merupakan PLN sementara dimana PLN tersebut berkeadaan sangat uzur,bocor dan tempias ketika hujan. Selain itu juga JSM menyatakan isu kekurangan peralatan seperti skipping, pedding dan glove untuk latihan. Pekara tersebut dijelaskan oleh PPN bahawa setiap sukan akan dibekalkan peralatan baru menjelang persediaan SUKMA 2014 di Perlis nanti oleh MSNPs.

Sekian.

Disediakan Oleh

Mahazir Baharom
PPN/PKU
Memanah/Pelayaran&Tinju

LAWATAN PEMANTAUAN PLN

LAWATAN PN KE PLN 

TEMPAT : EMPANGAN TIMAH TASOH,TASOH LAKE RESORT.
PADA : 18 APRIL 2013
JAM : 5.30 PTG

KEHADIRAN

1.JSM - En.Sukri Abd Karim, En Rohaizat Che Idrus.
2. PN - En Fairul
3. Atlet - 17 org (9 L) (8 W)

LATIHAN
1. Teori ikatan pelayaran
2. Latihan asas (Simulasi pertandingan)

UJIAN
- Tiada-

KECEDERAAN
- Tiada-

ULASAN

1. Perjumpaan JSM bersama PN membincangkan berkaitan dengan beberapa masalah peralatan, Hanya terdapat 10 layar sahaja yang boleh digunakan. JSM juga memaklum kepada PN pemohonan subsidi minyak bot latihan. Selian itu juga, perbincangan mengenai peyertaan ke kejohanan Regatta di Lumut pada 19-21 April 2013 dan juga kejohanan Selangor Regatta 10-12 Mei 2013. JSM mengucapkan terima kasih diatas kehadiran PN En Fairul ke PLN pelayaran.

Sekian.

Disediakan Oleh:

Mahazir Baharom
PPN
Memanah/Pelayaran&Tinju

Apr 19, 2013

PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 18 April 2013
Tempat : Dewan Gimnasium MSNPs
Masa : 5.30 petang

KEHADIRAN
1. JSM Rosli Othman
2. Atlet 5 lelaki dan 4 wanita

LATIHAN
1. Latihan ritma (12 stesen)
2. Dynamic Stretching
3. Core Stabilize Exercise

UJIAN
- Ujian angkata akan diadakan pada 20 April 2013 (Sabtu)

KECEDERAAN
- Adira Nadia Khairun Azman akan menjalani rawatan selanjutnya akibat kecederaan yang lepas

ULASAN
1. Latihan kecergasan dijalankan untuk menggantikan aktiviti renang yang dijalankan sebelum ini.
2. 1 ujian angkatan akan dijalankan pada Sabtu 20 April 2013 yang akan dikendalikan oleh JSM Rosli Othman. Ujian ini akan melibatkan atlet junoir sahaja.
3. Kehadiran atlet untuk latihan petang ini memuaskan.
4. Latihan hari ini melibatkan latihan intensiti tinggi untuk atlet mendapatkan semula tahap kecergasan. 
5. Latihan berakhir jam 6.30 petang.
6. Atlet senior negeri bercuti pada hari Khamis.

MESYUARAT JKK BIL. 1/13

Tempat : Bilik Mesyuarat, MSNPs
Tarikh : 11 April 2013
Masa : 9.30 Pagi

KEHADIRAN
1. En. Noor Zaidi Hamad (Pegawai MSNPs)
2. En. Mahazir Baharom (PKU USPTN)
3. En. Akmal Syarifuddin Ahmad (PPN Angkat Berat & Lawn Bowls)
4. En. Shairul Ambri Salim (PPN)
5. Puan Suwaidah Azmi - Pencatat Minit
6. Encik A'amar Hashim (wakil JPN)
7. Encik Rufizal (wakil UiTM)
8. Encik Azwandi Saad (Guru SMK Abi)
8. SU Persatuan Angkat Berat & Lawn Bowls
9. JSM Angkat Berat & Lawn Bowls

ULASAN
1. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Noor Zaidi Hamad. Dalam ucapan aluan, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat JKK 1/13 pada tahun ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan angkat berat dan lawn bowls yang telah berjaya pada kejohanan angkat berat di Sabah yang lepas manakala pasukan lawn bowls juga telah mencatatkan banyak kejayaan manis pada kejohanan yang disertai tahuun 2012.
2.  Beliau juga telah memperkenalkan pihak pentadbiran baru USPTN yang diterajui oleh PKU Mahazir Baharom.
3. Sesi pembentangan sukan oleh PPN mengenai keseluruhan jurulatih, atlet dan perancangan untuk kedua-dua sukan ini. Dalam sesi solal jawab, beberapa perkara disentuh oleh S/U Persatuan antaranya adalah mengenai pelepasan pelajar ke kejohanan di mana ada sesetengah pihak sekolah tidak membenarkan atlet keluar menyertai kejohanan walaupun pihak JPN telah membenarkan. Persatuan Lawn bowls negeri Perlis juga telah mengemukakan permohonan untuk menganjurkan kejohanan dalaman iaitu Kejohanan Tertutup Lawn Bowls Bawah 18 tahun.
4. Perkara lain adalah perancangan JSM Angkat Berat untuk menambah bilangan ASP di Sekolah Kebangsaan Bintong.
5. Pihak SMK Abi juga mengalu-alukan pihak MSN/USPTNPs untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah projek untuk kedua-dua sukan ini. Hebahan di peringkat sekolah telah diadakan untuk menarik minat pelajar menyertai sukan di bawah USPTN.
6. Pihak UiTM juga telah bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa perkara antaranya untuk menyumbang kepakaran sains sukan untuk pihak USPTN.
7. Mesyuarat berakhir jam 10.30 pagi

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSPs 2013

Tarikh : 18 April 2013
Tempat : Dewan Rakan Sukan, MSNPs
Masa : 3.30 petang

KEHADIRAN
JSM Aziz Abdullah

ULASAN
1. Penyertaan melibatkan hampir semua sekolah menengah Negeri Perlis dengan 2 kategori iaitu bawah 15 dan 18 tahun. Kejohanan ini melibatkan penyertaan bawah 18 tahun sebanyak 18 regu manakala bawah 15 tahun sebanyak 22 regu.
2. Sepanjang kejohanan berlangsung, beberapa atlet dikenalpasti untuk diserap ke dalam program USPTN berdasarkan pemerhatian JSM Aziz Abdullah.
3. Perlawanan akhir bawah 15 dan 18 tahun melibatkan atlet yang berlatih dengan JSM USPTN.
4. Perlawanan akhir dijalankan pada jam 4.30 petang.
5. Penutup kejohanan disempurnakan oleh En. Ahmad Rejab, Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan JPN dan SMK Tengku Sulaiman adalah sebagai penganjur kejohanan untuk MSSPs Sepak Takraw untuk tahun ini.
6. Kejohanan Sepak Takraw MSSM akan diadakan pada 3 - 7 Jun 2013 di Kedah.

KEPUTUSAN AKHIR

Bawah 15 Tahun
SMK Syed Alwi mng SMK Syed Hassan
(13-15,15-8,15-10)

Bawah 18 Tahun 
SMK Syed Hassan mng SMK Raja Puan Muda Tunku Fauziah
(15-5,15-5) 

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSNPs 2013