Apr 18, 2013

PERJUMPAAN PKU/PPN BERSAMA JSM ANGKAT BERAT




Tarikh: 11 April 2013
Tempat : Pejabat USPTN Perlis
Masa : 5.45 petang

KEHADIRAN
1. PKU En. Mahazir Baharom
2. PPN En. Akmal Syarifuddin Ahmad
3. JSM Rosli Othman
4. JSM Mohd Faiz Musa

ULASAN
1. Perbincangan bermula dengan ucapan PKU yang mengucapkan tahniah atas kecermelangan atlet angkat berat Perlis pada kejohanan yang lepas di Sabah.
2. Beberapa perkara lain disentuh berdasarkan kontrak yang ditandatangani oleh JSM antaranya adalah kerjasama erat antara PKU/PPN/JSM untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam misi untuk melahirkan atlet yang hebat di dalam sukan angkat berat.
3. Rombakan juga telah dibuat dengan sistem JSM dibahagikan kepada dua iaitu seorang JSM melatih atlet junior (pembangunan), manakala JSM melatih atlet senior (elit negeri). Atlet junior yang telah mencapai had angkatan tertentu akan diserap untuk berlatih bersama atlet senior.
4. Dalam ucapan akhir PKU, beliau mengaharapkan agar kedua-dua jurulatih memberikan komitmen tinggi dalam melahirkan kilauan pingat emas si SUKMA 2014 nanti.
5. Perjumpaan berakhir jam 7 malam.

Laporan disediakan oleh:
Akmal Syarifuddin Ahmad
PPN Angkat Berat

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated