Apr 9, 2013

AFTER SCHOOL PROGRAM 2013




Tempat : Dewan Angkat Berat SMK Abi
Masa : 8.00 pagi
Tarikh : 5 April 2013

KEHADIRAN
1. JSM ASP Mohd Nabil Abd Manaf
2. JSM Mohd Faiz Musa
3. PPN Akmal Syarifuddin Ahmad

ULASAN
1. Pendaftaran pelajar bermula jam 8 pagi di SMK Abi.
2. Seramai 28 orang pelajar terdiri dari 23 orang lelaki dan 5 orang pelajar perempuan turut serta dalam program.
3. Penerangan dimulakan dengan taklimat dari PPN mengenai program ASP kepada pelajar.
4. Sesi latihan akan dijalankan bermula dari 8 April 2013 (Isnin) jam 5.30 petang sehingga Jumaat kecuali Khamis cuti.
5. Pengenalan sukan angkat berat dilakukan oleh JSM ASP mengenai peralatan, acara pertandingan dan kategori dalam sukan angkat berat.
6. Kerjasama dari pihak sekolah dalam meneruskan ASP sangat bagus dan pihak sekolah mengharapkan agar sukan-sukan lain turut diletakkan senarai ASP di SMK Abi.
7. Proses penambahbaikan kunci baru di stor juga dilakukan akibat dari tindakan yang tidak bertanggungjawab dari sesetengah pihak yang merosakkan kemudahan tersebut.
8. JSM ASP memaklumkan beberapa peralatan perlu ditambah.

Sekian.

Laporan disediakan oleh,
Akmal Syarifuddin Ahmad
PPN Angkat Berat, Lawn Bowl & Sepak Takraw

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated