Apr 20, 2013

PEMANTAUAN PN KE PLN NEGERI




Tarikh : 16 April 2013
Tempat : Dewan Rakan Sukan & Dewan Gimnasium Angkat Berat MSNPs
Masa : 6.00 petang

KEHADIRAN
1. PKU Mahazir Baharom
2. PN En. Fairul Fadzly Ahmad Muzni
3. JSM Aziz Abdullah
4. JSM Rosli Mansor
5. JSM Mohd Faiz Musa
6. JSM Rosli Othman

PERTANDINGAN
- Kejohanan Sepak Takraw MSSPs 2013 yang berlangsung di Dewan Rakan Sukan MSNPs bermula 15 - 18 April 2013.

LATIHAN
- Atlet angkat berat menjalani latihan seperti biasa:-
  i- Clean & Jerk
  ii- Clean Pull
  iii- Hang squat
  iv - Back squat

UJIAN
-tiada

KECEDERAAN
-tiada

ULASAN
1. JSM diperkenalkan dengan PN Encik Fairul. Beberapa perkara berkaitan sepak takraw dimaklumkan antaranya mengenai kemudahan gelanggang di SMK Syed Alwi yang mengalami kerosakan tetapi gelanggang adalah sementara untuk menunggu dewan serbaguna siap.
2. Seramai 20 orang atlet yang berlatih di bawah program USPTN bermain mewakili sekolah masing-masing.
3. Saranan PN untuk menjadikan Dewan Rakan Sukan sebagai pusat latihan negeri untuk menggabungkan pemaiin-pemain dari semua sekolah.
4. Pemantauan di PLN angkat berat, JSM memaklumkan set bar untuk perempuan hanya ada satu sahaja untuk kegunaan atlet wanita.
5. Kapur untuk latihan juga berkurangan dan untuk jangka masa panjang, keluasan gim akan ditambah untuk memudahkan atlet berlatih di dalam dewan tertutup.
6. Kehadiran atlet semasa pemantauan PN adalah seramai 15 orang. Seorang atlet Mohamad Shafiq Shafie demam.
7. PN juga melawat gimnasium MSNPs yang baru.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated