Apr 19, 2013

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSNPs 2013




Tempat : Bilik Mesyuarat, MSNPs
Tarikh : 11 April 2013
Masa : 9.30 Pagi

KEHADIRAN
1. En. Noor Zaidi Hamad (Pegawai MSNPs)
2. En. Mahazir Baharom (PKU USPTN)
3. En. Akmal Syarifuddin Ahmad (PPN Angkat Berat & Lawn Bowls)
4. En. Shairul Ambri Salim (PPN)
5. Puan Suwaidah Azmi - Pencatat Minit
6. Encik A'amar Hashim (wakil JPN)
7. Encik Rufizal (wakil UiTM)
8. Encik Azwandi Saad (Guru SMK Abi)
8. SU Persatuan Angkat Berat & Lawn Bowls
9. JSM Angkat Berat & Lawn Bowls

ULASAN
1. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Noor Zaidi Hamad. Dalam ucapan aluan, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat JKK 1/13 pada tahun ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan angkat berat dan lawn bowls yang telah berjaya pada kejohanan angkat berat di Sabah yang lepas manakala pasukan lawn bowls juga telah mencatatkan banyak kejayaan manis pada kejohanan yang disertai tahuun 2012.
2.  Beliau juga telah memperkenalkan pihak pentadbiran baru USPTN yang diterajui oleh PKU Mahazir Baharom.
3. Sesi pembentangan sukan oleh PPN mengenai keseluruhan jurulatih, atlet dan perancangan untuk kedua-dua sukan ini. Dalam sesi solal jawab, beberapa perkara disentuh oleh S/U Persatuan antaranya adalah mengenai pelepasan pelajar ke kejohanan di mana ada sesetengah pihak sekolah tidak membenarkan atlet keluar menyertai kejohanan walaupun pihak JPN telah membenarkan. Persatuan Lawn bowls negeri Perlis juga telah mengemukakan permohonan untuk menganjurkan kejohanan dalaman iaitu Kejohanan Tertutup Lawn Bowls Bawah 18 tahun.
4. Perkara lain adalah perancangan JSM Angkat Berat untuk menambah bilangan ASP di Sekolah Kebangsaan Bintong.
5. Pihak SMK Abi juga mengalu-alukan pihak MSN/USPTNPs untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah projek untuk kedua-dua sukan ini. Hebahan di peringkat sekolah telah diadakan untuk menarik minat pelajar menyertai sukan di bawah USPTN.
6. Pihak UiTM juga telah bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa perkara antaranya untuk menyumbang kepakaran sains sukan untuk pihak USPTN.
7. Mesyuarat berakhir jam 10.30 pagi

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated