Jun 22, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN MEMANAH PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2014 PULAU PINANG (21 JUN 2014)

TARIKH          : 21 Jun 2014
TEMPAT         : Padang Politeknik Seberang Perai
MASA             : 8.30 pagi - 2.00 petang

KEHADIRAN

1.    Atlet memanah Pelapis Negeri Zon Utara.
2.    JPM dan JSM sukan memanah.
3.    SDO sukan memanah negeri.

UJIAN

Tiada

LATIHAN

Tiada

PERTANDINGAN

Kejohanan Memanah Pelapis Zon Utara Siri 2/2014

KECEDERAAN

Tiada

ULASAN

1.    Hari pertama kejohanan selepas latihan rasmi dan pemeriksaan alatan pada hari sebelumnya.

2.    Kejohanan bermula dengan jarak 70 meter bagi lelaki bawah 16 tahun, 60 meter bagi wanita bawah 16 tahun dan 25 meter bagi lelaki dan wanita bawah 12 tahun.

3.    Kejohanan dijalankan sebanyak 2 pusingan bagi hari ini.

4.    Keputusan pada hari ini bagi lelaki bawah 16 tahun, pemanah Pelapis Negeri Perlis iaitu Muhammad Nasrul menduduki ranking ke 8 dengan pungutan mata sebanyak 402.

5.    Bagi kategori bawah 12 tahun lelaki, pemanah Pelapis Negeri Perlis iaitu Muhammad Danial menduduki ranking ke 4 dengan pungutan mata 533 diikuti Muhammad Arif Haikal tempat ke 5 (521), Muhammad Erfan tempat ke 6 (517) dan Muhd Khairul Akmal tempat ke 9 (453).

6.    Bagi kategori bawah 12 tahun wanita, pemanah Pelapis Negeri Perlis iaitu Aimuni Sabihah menduduki ranking ke 2 dengan pungutan mata 552 diikuti Norfauzana Amni tempat ke 10 (366) dan Nurin Qistina tempat ke 14 (214).

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated