Jan 28, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN PELAYARAN - PERLIS

TARIKH : 24 Januari 2015
TEMPAT : PLN Timah Tasoh
MASA : 9.00 pagi - 5.00 petang

KEHADIRAN
1. JSM Shukri
2. Atlet 21 orang

LATIHAN 
1. Mini pertandingan Optimist, 4.20/4.70

PERTANDINGAN
- 12th KFC-NSC Langkawi International Regatta Perdana 2015 pada 11 - 15 Febuari 2015

PERALATAN
- tiada

PROGRAM BINAAN
- tiada

KECEDERAAN
- tiada

ULASAN

1. Kehadiran atlet memuaskan dengan penglibatan dari atlet kategori optimist. Latihan pagi ini dijalankan dengan atlet diberikan kelas tambahan dahulu dari jam 9 pagi hingga 11.00 pagi.

2. Semua atlet terutamanya bagi kategori optimist akan menjalani pemilihan untuk Kejohanan 12th KFC-NSC Langkawi International Regatta Perdana 2015 manakala atlet bagi kategori 4.20/4.70 akan menjalani pemilihan esok.

3. Pemantauan hari ini juga, PPN dapat bertemu bersama jurulatih dan atlet di samping berkenalan dengan sukan pelayaran ini. 

4. JSM ada memaklumkan bot optimist yang dapat digunakan terhad kerana ada beberapa bot lain tidak lengkap aksesori untuk kegunaan dengan jumlah atlet yang bertambah sekarang. 

Sekian, terima kasih.

--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated