Dec 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN DALAMAN SUKAN PELAYARAN 2016 - PERLIS

TARIKH : 25 Disember 2016
TEMPAT : Pusat Sukan Air Empangan Timah Tasoh, Perlis
MASA : 10.00 pagi - 6.30 petang
KEHADIRANJSM USPTNPs -  Encik Salehhodin
                       JSM USPTNPs - Encik Azro'in Bin Mahmood
                       JSM MSNPs - Encik Abdul Aziz

ATLET : 12 orang atlet (L), 12  orang atlet (W)

UJIAN
Tiada

LATIHAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Dalaman Sukan Pelayaran 2016

PERALATAN
5 buah bot Laser Radial,2 buah bot Int. 420's, 2 Windsurf Bic Techno dan 10 buah bot Optimist.

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.           Penyertaan atlet yang menyertai kejohanan ini adalah seramai 24 orang daripada 30 orang atlet dan hanya 4 race sahaja dijalankan untuk kejohanan dalaman ini.
2.           Fokus utama kejohanan dalaman ini dianjurkan adalah untuk memberi pengalaman dan pendedahan suasana regatta kepada atlet baru yang menyertai sukan pelayaran terutama atlet optimist dan windsurf.
3.      Selain itu juga, satu taklimat diberikan kepada ibu bapa atlet berkenaan program latihan dan kejohanan untuk tahun 2017.
4.      Secara keseluruhannya objektif kejohanan dalaman ini mencapai sasaran untuk memberikan pengalaman dan pendedahan kepada atlet baru berkenaan suasana dan prosedur semasa regatta berlangsung.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated